Smokey Rocket Studios

  • Home
  • Smokey Rocket Studios

Smokey Rocket Studios Any Enquiries ☎️ NASP +60175959778
Paid Review Available We Are Crazy!

01/06/2026

Sape yang letak jubah kat belakang pintu ni..😌

𝐑𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐚𝐥𝐮 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝟕 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮..😭Masa tu aku gi lepak dengan member aku kat IOI city mall sekali dengan nak gi makan. ...
31/05/2026

𝐑𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐚𝐥𝐮 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝟕 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮..😭

Masa tu aku gi lepak dengan member aku kat IOI city mall sekali dengan nak gi makan. kitorang gi kedai computer, kedai buku, tengok kete proton x70 baru kat tinggkat Bawah, masa tu memang best la lepak dengan kawan-kawan.🤭

Pastu kiorang lapar nak gi makan, masa kat depan kedai makan tu notification phone aku duk bunyi, aku tengok-tengok boss aku bagi files keje, serious time tu memang aku tengah benggang dengan boss aku, sebab sebelum cuti aku dah bagitau boss aku, ada keje lagi tak? kalau ada saya nak siapkan dulu sebelum cuti. Boss aku cakap takde keje dah....tiba-tiba time cuti dia bagi files keje belambak...pening tul.😤

Masa tu p**ak kawan-kawan aku dah masuk dalam kedai makan tu, diaorang dah duduk dah pun. Masa tu aku plak tengah massage dengan boss aku, aku punya tahab benggang tu kepala dengan mata aku terus lock kat screen phone tu type panjang-panjang, sambil tu aku jalan slow-slow tapi tak tengok depan.😌

Boss aku punya la mintak maaf sebab dia mintak tolong aku untuk siapkan keje tu, sebab keje tu regular customer dia. Aku jalan slow-slow pastu dah duduk kat meja makan. Kat depan aku ada frence fries, aku cakap nak sikit ambik satu pastu terus makan.
masa tu mata aku kat phone lagi, aku cakap "eh korang makan Frence fries je ke?" Aku pandang depan sekali nampak pakcik tu tersenyum kat aku, "sedap tak frence fries tu dik?".🤣

siot la aku duduk salah meja, meja yang aku duduk tu satu family haha, aku terus cakp minta maaf and mintak halalkan frence fries tadi hahaha. Pakcik dengan family dia gelak je kat aku huhu… Kawan-kawan aku dekat meja belakang dah gelak macam orang gila. yang part tak boleh blah kawan-kawan aku cakap diaorang dah nampak yang aku gi salah meja tapi tak panggil aku...kurang ajor.😭

28/05/2026

Baru nak buat duit minyak moto...😂

𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐍𝐢 𝐇𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 🤣minggu lepas aku pergi pasar malam. Niat asal nak beli air balang je. Tapi biasalah… ...
26/05/2026

𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐍𝐢 𝐇𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 🤣

minggu lepas aku pergi pasar malam. Niat asal nak beli air balang je. Tapi biasalah… bila dah masuk pasar malam ni, dia punya “aku tengok dulu je” tu lah permulaan kepada masalah kewangan. Aku lalu satu gerai ni, abang tu jual ayam gunting. Dia jerit:
“Bang mai la try ayam gunting pedas kami ni dik.”

Aku pun dalam hati macam, “eleh ayam tu bukan pedas sangat pon..” Silap besar... Aku beli. Aku makan satu gigitan… terus gatal kepala, memang aku tergaru-garu la kepala aku..

keluar air mata macam tengah tengok K-Drama. Hidung mula running macam paip bocor. Aku cuba la maintain macho sebab ramai orang kat situ haha. Dalam kepala dah baca semua doa yang aku hafal sejak sekolah rendah.

Yang paling tak boleh blah, aku nampak ada budak kecik sebelah rilek je makan ayam pedas tu sambil minum air kotak. Aku ni umur dah besar panjang, makan ayam gunting pedas sikit pun dah nak mengelupur nyawa aku haha.

Pastu aku cari air. Semua air rasa tak cukup sejuk. Air jagung rasa macam sup. Air sirap rasa macam kuah kenduri. Aku beli aiskrim p**a sebab kononnya nak hilangkan rasa pedas tu. Sekali pedas campur sejuk terus otak aku restart macam router wifi kena tutup buka balik hmm...😌

Dah settle semua, aku pun jalan slow-slow sambil duk tahan pedas. Tiba-tiba perut aku berbunyi. Bukan bunyi lapar tau… bunyi macam printer office tengah print 48 helai report...hmmm aku rasa hidup aku ni macam lagi 3 jumaat je time tu huhu..

Masa tu otak aku terus suruh cari toilet. Aku cari toilet dah macam orang hilang anak dah time tu haha. Mata aku jumpa satu benda je paling indah dalam hidup aku time tu… tandas awam.

Aku pun jalan laju nak pergi sana. Sekali ada sorang pakcik tahan aku depan tandas. Dia cakap:

“Dik… ada seringgit tak?”

ADUHHH.
Dalam kepala aku time tu bukan lagi “tolong pakcik”… dalam kepala aku cuma ada "tepi la pakcik". 😭

Aku bagi je la duit tu. Pastu terus dalam toilet macam dah lama tak membuang air besar. 🤣

Moral of the story,
Jangan cabar ayam gunting pedas level yang bukan biasa-biasa.
Sebab akhirnya… bukan mulut je terbakar. 💀

𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐆𝐔𝐓. 𝐑𝐔𝐏𝐀𝐍𝐘𝐀…. 😭Masa aku tengah ride sorang-sorang balik dari BTIC santai je, angin sepoi-se...
25/05/2026

𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐆𝐔𝐓. 𝐑𝐔𝐏𝐀𝐍𝐘𝐀…. 😭

Masa aku tengah ride sorang-sorang balik dari BTIC santai je, angin sepoi-sepoi, siap pasang lagu dalam helmet lagi memang syahdu ahh.

Tapi lepas beberapa minit aku baru perasan ada satu mamat ni naik moto duduk kat belakang aku. ok la normal la tu, jalan ramai orang kan... Tapi dia still ada kat belakang aku, dia semankin dekat plak tu, dah la exhaust dia bising...

Aku tukar lane dia pun tukar lane, aku belok dia pon belok,
time tu memang mata aku takleh duduk diam-diam dah, keje nak tengok side mirror je. Habis basah glove aku sebab bepeluh punya pasal, Otak aku dah muka pikir macam-macam dah time tu, "Apahal dia ni duk ikut aku plak? Aku ada buat benda viral ke?".

Haa time tu otak aku dah start planning escape route, aku rasa macam nak pusing satu KL pastu baru balik haha. Kalau dia rapat lagi, aku belok kiri. Kalau dia block, aku hon kuat-kuat. Kalau dia turun moto, aku… aku lari la. Apa lagi..😭

Tak sempat nak execute escape plan belok kiri je sampai traffic light...pishang mat. Aku boleh dengar exhaust bising dia tu...gila punya bising macam exhaust tu duduk tepi telinga aku. Brader yang ikut aku tadi tu duduk kat sebelah aku, aku buat pura-pura tak Nampak dia, buat-buat cek phone tapi mata dalam helmet tengok dia, brader tu tengok aku tak lepas mat.😥

Brader tu bukak visor helmet dia pastu panggil aku,
"Bang, exhaust abg terjatuh bang". Lepas dia cakap macam tu aku terus toleh belakang tengok exhaust moto aku memang takde...Aku malu gila time tu, pastu terus aku cover balik, "haah bro, aku nak gi beli exhaust baru la ni haha".
Rupa-rupanya yang moto bising tu bukan moto dia tapi moto aku huhu…

Orang tu dah kejar aku berapa minit, cuba nak bagitau yang exhaust moto aku takde, and aku dah pikir tah bukan-bukan dekat dia. Aku yang jahat dalam cerita ni rupanya. 😭😂

Korang pernah kena tak macma ni? kalua pernah cer cite dalam comment 🤣👇

𝐀𝐊𝐔 𝐃𝐀𝐇 𝐗 𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐊𝐈𝐏 𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐅𝐀𝐒𝐓 𝐃𝐀𝐇 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐍𝐈 😭Pernah jadi kat aku time aku tengah buat kerja kat studio. Bangun tido terus ...
24/05/2026

𝐀𝐊𝐔 𝐃𝐀𝐇 𝐗 𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐊𝐈𝐏 𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐅𝐀𝐒𝐓 𝐃𝐀𝐇 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐍𝐈 😭

Pernah jadi kat aku time aku tengah buat kerja kat studio. Bangun tido terus rush gi studio skip breakfast sebab dah lambat dah, sepatutnya call time 7.30am tapi aku sampai studio kul 8.00am...Pishang mat.🫣

Dah sampai studio lambat memang kena marah ler...menanah telinga aku hahahaa.. lepas kena marah tu terus setup camera and terus nak record video. Masa time tengah record tu boleh p**ak perut bunyi gendang kenduri... Waduhh, memang perut pedih mat. Kepala dah start pening, otak aku pon dah start tak function dengan betul, mood aku dah jadi swinging kejap nak marah orang, kejap nak bebai...memang time tu aku rasa macam beruk datang bulan dah time tu....crew tengok aku side eye je hahahaha.😂

Dah habis recording, tak cakap banyak dah aku terus lari gi kantin. Aku ambik nasi satu pinggan dengan lauk tak terkira pastu makan macam biawak yang dah lama tak makan hahahaha...🏃💨💨

So guys, moral of the story, jangan lah tinggal breakfast walaupun lambat gi kerja, sebab perkara kecik macam tu lah yang selalu akan terjejas kesihatan kita dan membuatkan kita rasa macam beruk datang bulan haha. Kalau kita lambat gi kerja sekali pun masa kat rumah cari la apa-apa untuk makan, roti, nasi, sate ayam semalam dan lain-lain lagi janji breakfast. 👍

Cer korang comment sikit pengalaman korang tak makan breakfast. 😆👇💬

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smokey Rocket Studios posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share