14/03/2024
Wasap yang masuk sebentar tadi meruntun hati aku. 😭😭😭
Memang dari dulu ada beberapa keluarga aku ziarah, lauk mereka setiap hari adalah nasi lauk telur mata dan kicap. Itulah sarapan, itu makan tengahari, itu makan malam.
Maklumlah, adik beradik 10 orang. Mak tak kerja. Ayah kerja jaga sahaja. Hari gaji baru ada lauk sedap sikit.
Sebelum ni, saban tahun sehari sebelum Ramadan kami buat agihan barang dapur, daging, ayam, dan ikan secara percuma kepada asnaf untuk mereka makan bulan Ramadan.
Cuma tahun ni kami tak buat. Dana kami kekeringan. Tak ada dana nak run macam tu.
Tapi lepas aku baca wasap kawan aku ni, terus aku hubungi Muhammad Irwan suruh buat agihan ayam dan beras untuk 1000 orang.
Duit belum ada nak bayar beras dan ayam tu aku abaikan dulu. InsyaAllah ada la tu Allah hadirkan kawan-kawan yang bermurah hati kirim infaq seringgit dua seorang.
Kepada asnaf dan keluarga miskin sekitar Gombak/Kuala Lumpur, Jumaat ni agihan 1000 ekor ayam, 1000 kampit beras dan 1000 bekas kurma untuk kalian.
Join grup wasap ini untuk daftar : https://chat.whatsapp.com/FRK3Xmp6pasCwrHQjtD4Lu
Nota : WAJIB join grup wasap. Hanya yang join grup wasap dan melalui tapisan kami sahaja layak dapat bantuan ini.
Dana Kita