Rizali Masri II

  • Home
  • Rizali Masri II

Rizali Masri II Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rizali Masri II, Digital creator, .

PERASAN TAK BEBERAPA HARI NI, ANGIN PAGI SEJUK DIA LAIN MACAM? SEJUK SEHINGGA OGOSKita akan mengalami FENOMENA APHELION....
23/01/2026

PERASAN TAK BEBERAPA HARI NI, ANGIN PAGI SEJUK DIA LAIN MACAM?

SEJUK SEHINGGA OGOS

Kita akan mengalami FENOMENA APHELION.

Bumi akan berada sangat jauh dari Matahari ☀️.

Kita tidak dapat melihat fenomena itu, tetapi kita BOLEH merasai kesannya. Ia akan berlangsung sehingga bulan Ogos.

Kita akan mengalami cuaca yang lebih sejuk berbanding sebelum ini, yang boleh menyebabkan selesema, batuk, kes**aran bernafas, dsb.

Kita mesti meningkatkan imuniti kita dengan menggunakan banyak vitamin dan suplemen untuk menguatkan kesihatan kita.

Jarak dari Bumi ke Matahari biasanya 5 minit cahaya atau 90 juta km.

Semasa fenomena Aphelion, kita berada 152 juta km dari Matahari — iaitu 66% lagi.

Udara akan menjadi lebih sejuk, dan badan kita tidak biasa dengan suhu ini — ia adalah perbezaan yang ketara.

Kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin. Sama ada mendung atau cerah, sejuk akan meningkat sama sahaja!!!

Sila kongsi maklumat ini dengan semua keluarga dan rakan anda, seramai mungkin orang, supaya mereka juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga.

JOM JAGA DIRI KITA!!

25/02/2024

Pengalaman berkhemah kali ini berlainan sedikit di mana sepenuhnya suasana di dalam hutan. 5 hari 4 malam, ditemani sungai air terjun yg sejuk & damai.

Gunung Belumut, Kluang Johor ⛰️🇲🇾

Nama terpanjang di dunia dalam world record ialah milik seorang gadis dari Texas Amerika dengan panjang sebanyak 1019 hu...
03/07/2023

Nama terpanjang di dunia dalam world record ialah milik seorang gadis dari Texas Amerika dengan panjang sebanyak 1019 huruf.

Surat beranak dia sahaja sepanjang 2 kaki. Nama penuhnya ialah:

Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarnae renquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchellecaundenesh eaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenvaunetradevonneya vondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzadawnefriendsettajessicanneles ciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaundrieaquenttaekatilyaevea’shauwneorali aevaekizzieshiyjuanewandalecciannereneitheliapreciousnesceverroneccalovelia tyronevekacarrionnehenriettaescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloies alynnecsiannemerciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetia quaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavernellchishankcarl inaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionnemiariasarahtashabnequcka gailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentescacraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtawndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquin ettesequioadaurilessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohny aetheodoradilcyana Koyaanisquatsiuth Williams.

Pada awalnya nama dia ialah Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams sahaja tetapi selepas 3 minggu, ibunya merasakan nama tersebut masih pendek lalu memberikan nama panjang sebagaimana di atas.

Tetapi disebabkan namanya terlalu panjang maka dia hanya dipanggil Jamie sahaja.

Tips kepada mereka yang hendak memasang jubin / mozek sendiri di rumah. Jubin ada 2 jenis dan direka untuk fungsi berbez...
01/10/2022

Tips kepada mereka yang hendak memasang jubin / mozek sendiri di rumah. Jubin ada 2 jenis dan direka untuk fungsi berbeza.

Ada jubin permukaan licin biasanya digunakan untuk permukaan kering atau pada dinding. Jubin yang kasar biasanya digunakan untuk permukaan yang basah seperti lantai bilik air, halaman rumah terbuka yang kerap basah. Ia bagi mengelak anda tergelincir jika basah.

Sebenarnya selain menggunakan simen gam, susu getah dan simen berkualiti tinggi. Kita boleh cuba siramkan air di bahagian belakang jubin terlebih dahulu untuk memastikan ianya serap air @ kalis air. Cuba tuangkan air sedikit.

Jika air diserap, ianya jenis batuan dan kena rendam air untuk beberapa jam dahulu untuk keluarkan molekul udara terperangkap dalam seramik jubin. Anda akan nampak gelebung udara halus keluar seperti dalam video saya.

Jika air tak diserap pada bahagian belakang jubin, ianya jenis kalis air & biasanya tak perlu direndam 2/3 jam. Fungsi rendaman jubin adalah bila dipasang pada simen basah, ianya tak cepat kering, mudah dibuka semula & tak kosong atau mengelak daripada jubin meletup.

Ada sebabnya untuk anda faham, bukan hal sekadar s**a-s**a. Effect dia tidak nampak masa siap tapi bertahun-tahun selepas siap.

Semoga membantu..

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar.  Yg baharu ada  RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta ...
01/10/2022

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar. Yg baharu ada RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15'.

Moral of story?

Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
Tercatat Di Sisi Tayar.

Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Kredit: yusaini yamin

Rahsia orang Cina bina kekayaan. 1. Bantu adik-beradik. Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan shar...
27/09/2022

Rahsia orang Cina bina kekayaan.

1. Bantu adik-beradik.

Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.

Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.

Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.

Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.

Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.

2. Harta yang ada dikembangkan.

Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.

Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.

Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.

Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.

WE LOVE PROPERTIES. HAHA..

Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.

3. Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga.

Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.

Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.

Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.

Even ada je dengki. Tip**ah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.

4. Save dulu baru spend

Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.

Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.

Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.

Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.

So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.

5. Tak s**a berhutang

Kami memang tak s**a berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.

Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..

Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.

Lagi p**a kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.

Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.

Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.

Sumber : Adam Kelvin

23/03/2022
Saya telah di ROTAN, anda bila lagi? Lindung diri, lindung keluarga, lindung semua!
10/02/2022

Saya telah di ROTAN, anda bila lagi?

Lindung diri, lindung keluarga, lindung semua!

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rizali Masri II posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share