20/03/2025
Sambungan dari Tasawuf Amali
RUKUN—IMAN
Perihal rukun iman itu ialah :
· AMANTUBILLAH
· WAL MALAIKATIHI
· WA KUTUBBIHI
· WA RASULLIHI
· WAL YAUMIL AKHIRI
· WA QADRI AKHIRI, WAARIHI MINALLAHI TA’ALA
Ertinya ialah : Aku percaya adanya Allah Ta’ala s.w.t. Apakah cukup dngan keyakinan begitu saja ? Apakah adanya yang ada itu berada di arsyi atau dilangit sebelah, ataukah berada dalam syurga ?
Kepercayaan yang seperti itu adalah kepercayaan orang taklid buta. Kerana orang kebanyakan mereka meraba-raba sendiri. Sedang dalil ada mengatakan: “WANNAHU AKROBU ILAIHI MINHABLIL WARID“. (ertinya : dekat urat lehermu dengan daging. Maka dekat lagi Tuhan itu).
Jadi makna rukun iman yang pertama tadi harus begini dan tidak boleh dicari dengan dalil yang lain.
Jadi AMANTUBILLAH ini harus diertikan dengan : Sesungguhnya percaya bahawa kehidupan sendiri, kehidupan wujud ini, selama hidup ini adalah tanda adanya Allah s.w.t. Jadi jelasnya kepada kita bahawa dunia ini pasti didalam ruang lingkup hidup Tuhan. Sedangkan sifat hidup ini adalah zat Allah.
AMANTUBILLAH, (ertinya : aku percaya adanya Tuhan).
WAL MALAIKATIHI, (ertinya : percaya kepada malaikatnya).
WA KUTUBBIHI, (ertinya : percaya kepada kitab-kitabnya).
WA RASULLIHI, (ertinya : percaya kepada rasul-rasulnya).
WAL YAUMIL AKHIRI, (ertinya : percaya kepada hari ahir).
WAL QADRI AHIRI, (ertinya : percaya kepada untung baik dan untung jahat daripada Allah Ta’ala).
Sekarang baiklah kita huraikan satu persatu :
AMANTUBILLAHI, (ertinya : Percaya kepada adanya Tuhan).
Belumlah benar kalau belum dihalalkan, ertinya kalau belum kembali kepada roh lagi dan perasaan. Dalil sudah jelas mengatakan bahawa Tuhan lebih dekat kepadamu, daripada urat lehermu sendiri. Jadi kita tak usah sibuk mencari Tuhan. Tuhan ada pada kamu dimana saja kamu berada. Kesimp**annya ialah : pandangan dan tatapanmu itulah tanda adanya Tuhan/yang ada. “LAMAUJUDA BI HAQQIN ILALLAH”. (ertinya: tidak ada yang maujud didalam alam ini,vkecuali Allah Ta’ala).
WAL MALAIKATIHI (ertinya : Percaya kepada malaikat-Nya).
Pertama kita yakin bahawa malaikat itu ada. Cubalah tekadkan dan telanjangi sekujur badan kita, agar supaya cepat beriman kepada Allah s.w.t. Supaya jadi iman kepada Tuhan yang maha Agung/maha kuasa tatkala sedang menghadapi sakaratul maut nanti.
Dalil apakah yang boleh menolong untuk nmenyempurnakan nyawa ?Bukankah kita sudah tahu bahawa malaikat itu utusan Allah. Jelaslah sudah dengan usiknya utusan, tentulah yang hidup yang memerintahkan, biarpun sehelai bulu usiknya, begitu p**a bertambah panjangnya bulu itu, semua itu malaikat yang ditugaskan. Malaikat itu bukan jirim bukan j***m. Tentunya terasa oleh kita bahawa sedang tidur pun, bulu memanjang akan tetap berlaku. Begitulah kenyataannya malaikat pada diri kita ini, tidak akan hilang dengan badan kita ini. Siang dan malam terus bekerja tiada hentinya. Jadi dalam melihat, mendengar, mencium, dan dalam berbicara adalah malaikat yang ditugaskan untuk itu kepada kita. Mandurnya ialah, JIBRIL, MIKAIL, ISRAFIL, DAN IZRAIL.
WA KUTUBBIHI, (ertinya : Percaya kepada kitab kitab-Nya).
Jadi yang benar-benar percaya kepada kitabnya itu seperti Al-qur’an, harus dirangkap dengan wujud kita ini. Jadi begini, kalau kita belum mengetahuinya, kita harus percaya kepada takdir yang sudah tertulis kepada diri kita sendiri. Kita harus yakin dngan adanya takdir Tuhan itu. Tulisan wujud kita ini yang sesungguhnya, kalau kita sudah ainal yakin dan hakkul yakin, kita boleh sabar dalam menghadapi apapun juga. Kerana pokok ilmu itu adalah sabar dan ridho. Tentunya sudah tertulis di lukhmakhfudzh. Jadi iman kepada kitab-kitabnya itu umum. Persoalan diluar alkitab, manusia tidak ada yang tahu, terkecuali Allah. Memang ada persoalan diluar kitab, tetapi amat sulit mencapainya. Itulah yang disebut MAKHSYAF, yang tiada huruf, tiada suara, dan tiada kata-kata. Ini adalah RAHSIA yang amat dalam dan amat dahsyat, dan tidak seorangpun yang mendapatkannya, kecuali Tuhan sendiri. Kehendak Tuhan tidak ada yang dapat menghalangnya. Dia sanggup merubah yang tak dapat diubah oleh makhluk. Sedang perubahan yang ada pada mahluk ini adalah perubahan pada sangkaanmu saja. Tuhan berkuasa menghidupkan yang mati, dan mematikan yang hidup. Fahamkanlah wahai sekalian tholib.
WA RASULLIHI,(ertinya : Percaya kepada rasul-rasulnya).
Memang kita percaya kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, itupun tak ada salahnya, memang dalam bentuk nyata, memang demikian. Tetapi kerana sudah pada wafat semua, sudah lestari, maka tinggal percaya itu berbalik kepada wujud. Iaitu, kepada hakikat badan yang jadi utusan hidup peribadi kita, beginilah tekad kita sesungguhnya percaya kapada rasa wujud kita. Seperti, melihat, mendengar, mengucap dan mencium. Cuba saja kita rasakan, bagaimana kita tidak percaya kepada ujud kita ini ?
Kalau kita mencicipi garam, sudah tentu kita merasa masin, tidak mungkin yang lainnya. Demikian p**a dengan yang lainnya, seperti : pendengaran, tidak mungkin salah lagi. Juga seperti panglihatan, penciuman dan pengucapan. Semuanya dapat kita fahami dengan perasaan kita. Disinilah orang banyak tidak faham makna rasul yang sesungguhnya. Padahal rasul atau utusan itu ada pada kita jua. Makanya kita kalau mengatakan dua kalimat syahadat itu, harus tahu rahsianya. Kalau Tuhan mengatakan Aku naik saksi, tiada Tuhan melainkan Aku, dan Muhammad itu utusanKu. Maka kitapun demikian p**a adanya, kalau lain daripada itu, maka tersalahlah ma’rifat kita. Orang kebanyakan salah memahami tentang makna rasul yang sebenarnya, mereka mengira rasul itu hanya ada pada nabi-nabi, seperti nabi Muhammad. Jadi yang dimaksud dalam pengertian Muhammad itu utusanku, iaitu Muhammad dalam erti rahsia ma’rifat. Kerana setiap insan kamil itu mempunyai utusan (rasul) peribadi. Disinilah letaknya nilai dan barang yang bernilai itu, letaknya dalam peribadi masing-masing. Inilah makna percaya kepada rasul-rasul yang hak.
WAL YAUMIL AKHIRI, (ertinya : Percaya kepada hari akhir yaitu hari kiamat (pembalasan) ).
Kiamat besar hanya kita yakini dan kiamat kecil dapat kita rasakan masing-masing. Pertama kiamat diri, iaitu hancur leburnya kedalam Nur Muhammad, dan hingga sirna dan tuntas sampai tiada merasa lagi memiliki wujud zahir dan bathin. Dan akhirnya menunggal dengan kemaha agungan Tuhan ( menunggal dalam rahsia ).
Dan kiamat diri yang kedua ialah : dikala sakaratul maut telah tiba. Inilah yang disebut kiamat sugro, sedangkan kiamat kubro adalah kiamat yang sebenarnya. Inilah pengertian walyaumil akhiri itu tadi. Yang terakhir sekali ialah :
WAQODRI AKHIRI, (etinya : percaya kepada untung baik dan untung jahat datang daripada Allah jua).
Maksunya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini adalah perbuatan Allah Ta’ala. Allah yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Dan yakinlah kita bahawa kita ini tidak mempunyai daya dan upaya, kecuali dengan kudrat dan iradat Allah Ta’ala jua adanya. Maka dengan adanya rukun iman yang ke-enam ini, tentunya kita menjadi sedar akan diri kita ini. Kesedaran itu timbul kerana ma’rifat dan ma’rifat itu timbul kerana terbuka hijab (dinding).
Orang Ahli hakekat telah lupa kepada makhluk, kerana langsung melihat Allah raja yang Hak. Mereka lupa dengan sebab musabab, kerana teringat kepada yang menentukan dan yang menjadikannya. Orang ini sebagai hamba yang menghadapi hakikat yang nyata baginya terang cahayanya dan sedang berjalan pada jalannya. Telah sampai pada puncaknya, hanya ia sedang tenggelam dalam alam cahaya : sehingga tidak kelihatan bekas-bekas makhluknya lagi. Dan lebih banyak lupanya terhadap alam, daripada ingatnya kepada makhluk. Dan bertemunya daripada renggangnya, dan lenyapnya atau leburlah dirinya dari tetapnya perasaannya, dan lupanya terhadap makhluk daripada ingatnya pada mereka. Demikianlah seorang ahli hakikat yang telah fana’ zahirnya dan fana’ bathinnya kepada yang Hak. Dan siapa yang telah fana’ dengan Allah maka pasti ia lupa atau ghaib dari segala sesuatu. Orang ini pandangannya Allah semata. Siapa dalam tauhidnya itu seolah-olah sebagai hasil kepintarannya sendiri, maka tauhidnya itu tidak dapat menyelamatkan dirinya dari Api neraka.
BERTEMUNYA MANUSIA KEPADA TUHAN>> Bertemunya manusia kepada Tuhan dan sampai kepadanya, itulah puncak harapan, dan dengan itulah dia mencapai kebahagiaan dan kerajaan besar ; bahawa dengan itulah dia akan lupa dan terhibur dari sesuatu selain Allah Ta’ala. Hilangkan pandangan makhluk kepadamu, kerana puas dengan penglihatan Allah kepadamu. Dan lupakan perhatian/menghadapnya mahluk kepadamu.
Nikmat itu meskipun beraneka ragam bentuknya ; hanya disebabkan kerana melihat Allah dan dekatnya kepada Allah. Demikian p**a siksa itu walau bagaimana pun aneka ragamnya, kerana terhijab, dan sempurna nikmat itu, kerana melihat kepada ZAT Tuhan yang maha mulia. Maha suci Allah yang sengaja tidak memberi tanda kepada walinya kecuali sekadar untuk mengenal kepadaNya. Sebagaimana tidak menyampaikan dengan mereka, kecuali kepada orang yang hendak disampaikannya untuk mengenal Allah ; itulah HIKMAH YANG MAHA TINGGI