29/04/2025
Seekor kucing berusia 15 tahun yang setia dan penyayang ditinggalkan begitu sahaja di hadapan sebuah pusat perlindungan haiwan dalam keadaan menyedihkan β terkurung dalam stroller yang basah dan kotor, hanya kerana teman lelaki baharu pemiliknya tidak s**a kucing.
Menurut perkongsian Friends of Bear Cat Rescue, kucing malang itu ditemui di luar pusat jagaan mereka dalam stroller berzip dan berbau hancing. Lebih menyayat hati, kucing tersebut hanya duduk diam seolah-olah masih menunggu tuannya datang menjemputnya semula.
Kakitangan pusat perlindungan itu benar-benar kecewa dan marah dengan apa yang berlaku. Mereka tak lagi cuba berlembut dan terus bersuara secara terbuka.
βKes macam ni memang menyakitkan hati. Ya, awak patut rasa bersalah. Hidup si kucing tiba-tiba berubah sepenuhnya.β
Kucing tersebut kini berada dalam keadaan sangat tertekan dan s**ar menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, terutamanya kerana dia tidak serasi untuk ditempatkan bersama kucing lain.
Pihak pusat perlindungan haiwan merayu agar ada individu di kawasan San Francisco Bay Area (California, Amerika Syarikat) yang sudi mengambilnya sebagai haiwan angkat atau peliharaan, memandangkan dia amat memerlukan suasana yang tenang dan stabil untuk pulih.
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi di media sosial, kebanyakannya marah dan kecewa dengan tindakan pemilik yang sanggup buang kucing setia semata-mata kerana pasangan baharu. Ada netizen yang kata mereka lebih rela putus hubungan dengan pasangan daripada tinggalkan kucing. Ada juga yang anggap perbuatan membuang haiwan peliharaan yang sudah tua sebagai sesuatu yang sangat kejam.
Buat masa ini, Friends of Bear Cat Rescue sedang berusaha mencari individu yang benar-benar penyayang untuk memberikan kucing tersebut peluang kedua menjalani sisa hidupnya dalam suasana penuh kasih sayang, bukan dengan pengabaian lagi.
Source : thereporter my