11/09/2020
Maulid Burdah
Burdah secara bahasa berarti selimut dan juga bisa berarti shifa(kesembuhan). Merupakan karya dari Syaikh Al-Imam Al-Bushiri, nama aslinya Syarafuddin Abu Abdillah Muhammad bin Sa’id (lahir 610 H/ 1213 M meninggal 695 H/ 1296 M) Beliau telah diasuh oleh ayahnya sendiri dalam mempelajari al-Quran dan juga ilmu kesastraan arab. Imam al-Busiri menjadi seorang sasterawan dan penyair yang terkenal
Qasidah Burdah ini bermula pada saat Imam al-Busiri tiba-tiba jatuh sakit dan diserang penyakit Syalal (lumpuh). Menurut catatan ahli tarikh, beliau lumpuh separuh badan. Tabib-tabib yang terkemuka gagal mengubat penyakitnya. Dalam keadaan kesakitan dan tidak berdaya, Imam al-Busiri mengarang syair-syair tentang Raslullah SAW
Puncaknya pada suatu malam ketika Imam al-Busiri tertidur, beliau bermimpi melantunkan qasidah-qasidah yang dikarangnya di hadapan Baginda Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dalam mimpinya sangat gembira dan menyukai qasidah tersebut, lantas Rasulullah mengusap muka Imam al-Busiri dengan kedua tangan. Rasulullah SAW turut menyentuh bahagian tubuh Imam al-Busiri yang lumpuh dan memakaikan Imam al-Busiri dengan burdah (selimut)
Dan pada saat bangun dri tidurnya, Imam al-Busiri sudah sembuh dari lumpuhnya! beliau dengan segera keluar dari tempatnya untuk menceritakan kisahnya kepada orang lain.
Beliau bertemu dengan seorang pemuda yang bertanya kepadanya, “Syeikh, bawakan kepadaku qasidah-qasidah yang telah kau karang tentang Nabi SAW"
Terkejut dengan permintaan pemuda tersebut, Imam al-Busiri bertanya, “Dimanakah anda mengetahui tentang qasidah yang kukarang? Aku tidak pernah menceritakannya maupun melantunkan kepada sesiapapun!!”
Jawab pemuda tersebut, “Aku bermimpi malam tadi bahawa Nabi SAW didendangkan dengan qasidah-qasidah yang cukup indah yang memuji baginda. Aku lihat baginda begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut dan memakaikan pakaian baginda (burdah) kepada orang yang melagukan qasidah tersebut. Dan aku melihatmu dalam mimpiku!”