03/08/2026
Haji Bukhari
Pendekar Rantau dari Silat Pendekar Bertuah
Bahagian 2
Sebelum memasuki rumah Haji Bukhari,
rombongan kami terpukau dengan seni lanskap taman dan kolam depan rumah. Dalam rumah, mata kami menatap keliling dinding kayu yang menyangkut lukisan-lukisan pandangan dan senjata buatan guru tua itu.
"Apak kerja lama sebagai tukang jahit, tetapi buat juga kerja lain yang berhubungkait dengan seni....," beritahunya.
Mengenai pembabitan dalam beladiri,
Haji Bukhari mula bersilat ketika berusia 12 tahun.
Silat awal itu bernama Silat Pengian. "Gurunya Pendekar Babu dan apak diajar tangan kosong dan pedang.
Nama silat pedang itu pedang perisai.
Pada perisai bulat itu ada loceng, bila main bunyi kecing, kecing....,"
cerita Haji Bukhari dengan gaya
(semua ketawa dengan gelagat Haji Bukhari yang adakala melucukan). Ruzaidi turut 'menumpang sekaki'
sebagai wartawan kerana inilah peluang beliau mengenali gurunya dengan lebih dekat.
"Berapa lama kena belajar tu apa?"
tanya Ruzaidi sambil membetul duduknya.
"Ohh... ini ilmu tak sudah encik," jawab Haji Bukhari sambil memandang kami satu-persatu.
"Sampai sekarang tak pandai, encik...
(kami semua ketawa, namun ketawa Ruzaidi paling hebat).
Payah nak cerita... panjang.
Ini (ilmu) tak berpenghujungla nampaknya...
sama dengan perjuangan Mahathir
(Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed-Perdana Menteri Malaysia).
Tak kunjung selesai kan?
Itu Mahathir...
mana tak betul, ketepikan dulu.
Dia jugak maju. Perjuangan tak selesai,
selesainya... matilah,"
jawaban yang membuat kami renung serius walaupun bibir senyum.
"Pernah belajar silat lain?"
tanya penulis.
"Ada... tai chi, untuk ambil rasanya.
Orang muda... macam bendera jugak. Ikut angin berpusing-pusing.
"Apak belajar dengan tauke yang dipanggil Chong Man,
dalam kedai bangunan Cahaya Suria.
Bila sudah petang,
kami tutup pintu dan kami berdua saja buat tai chi.
Saya ikut tauke besar itu untuk ambil rasa saja," cerita Haji Bukhari.
Apa sebenarnya Silat Pengian? Soalan ini bangkit.
"Silat ini merupakan satu tarian encik, jadi kita tak dapat menunjukkan perbezaan.
Tapi bila dimainkan dia ada bezanya.
Beza... camana nak jawab ye?,"
Haji Bukhari diam seketika.
"Silat Pengian takde bunuh langkah.
Kita dalam Pendekar Bertuah ada bunuh langkah," jawab beliau.
Menurut Haji Bukhari,
belajar Silat Pengian perlu perlimau manakala 'menyambung' silat Pendekar Bertuah tidak perlu.
****
( Anak Laman Pengian, nak memasuki "BELAJAR" Laman Pendekar, Tidak perlu perlimau lagi,
Sebaliknya' anak Laman Pendekar nak memasuki "BELAJAR" Laman Pengian harus perlimau ulang )
ini nanti bab penulisan lain kita ulas ( ADMIN )
****
"Silat kita tak payah perlimau. Tapi limau itu sebenarnya syarat saja.
Dulu kita tak boleh berfikir,
sekarang kita boleh berfikir, syarat saja.
Silat kita sekarang pun tari juga. Tari itulah silat".
"Dalam tari ada bunga dalam bunga ada buah.
Kita gerak gini macam robot tak boleh p**ak kan...
Namun kadang-kadang kita macam robot jugak kan?
Itu namanya mengumpan tu," beritahu Haji Bukhari
sambil tunjuk cara yang dikatakan robot dan mengumpan itu.
Bagaimana boleh dari Pengian ke Pendekar Bertuah?
Soalan timbul dari kami.
"Karena kita ni hidup...
orang yang hidup ni biasanya tak pernah puas.
Jadi dia nak coba, jadi di mana ibarat benda yang bulat, sampai ke hari kiamat dia bergolek je.
Bila dia sampai ke tempat yang dihajat, dia berhenti.
Benda yang bulat, selagi tak sampai tempatnya, takkan berhenti.
"Apak beralih ke Pendekar Bertuah sekitar tahun 50an dan hanya orang tertentu sahaja tahu. Yang tak tahu dan pertama kali melihat silat kami akan berkata kami sombong.
Sebab Silat Pengian ni dia tak boleh jatuhkan seorang, dia mahu jatuh berdua. Dia hormat.
"Berbeza dengan silat kami... jadi sombong.
Silat Pendekar Bertuah dengan cara dia.
Main cekak pinggang nampak sombong.
Tapi sebab tak mahu orang nampak ke mana pergerakan ini.
Silat yang Ruzaidi main sekarang ni sombong.
Tapi bukan dia yang sombong, cara dia yang sombong," kata beliau.
Haji Bukhari seterusnya memberitahu bahawa permainan, perguruan beliau tidak enak untuk dipandang dan jijik untuk didengar.
Kalau berbadan besar atau bertemu 'musuh' berbadan besar, menurut beliau, tidak enak dilihat kerana yang penting adalah skill.
"Jadi silat ni semuanya orang tahu namanya seni.
Seni ni dikatakan nampak tetapi tak nampak.
Kalau dikatakan nampak tapi tak rasa".
"Seni ini dari penglihatan, pendengaran, perasaan dan pergerakan.
Dari situlah punca-punca ilmu.
Ilmu bukan dari pena... dari kertas... dari guru... bukan".
"Alat-alat kelengkapan sebagai ilmu adalah pancaindera yang melihat,
dengar, perasaan dan gerak.
Ini perkakas ilmu dan cara mendapatkan ilmu.
Kalau mata kita banyak digunakan untuk tidur...
kurangnya ilmu kita dapat. Ilmu memandang...
kerana memandang itu banyak iktibar dan jadi contoh pada diri".
Ruzaidi mencelah: "Itu rasa la tu!"
Jawab Haji Bukhari; "Bukan... rasa lain.
Di (cikgu Ruzaidi).
Rasa dengan perisa lain p**a.
Jadi ini yang paling rumit untuk diceritakan.
BERSAMBUNG Bahagian 3
Rasa dengan perisa lain p**a.
Bahagian 1
https://www.facebook.com/share/p/1DA3SoyASh/
Info Asal :
( SB 2001 )
Edit Ulang :
Kelab Seni Pendekar Bertuah