08/10/2025
Kepulangan 23 sukarelawan Malaysia dari misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di KLIA malam semalam disambut penuh sorakan dan takbir. Namun, figura penting misi ini, Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad memilih pulang secara senyap tanpa menonjolkan diri.
Difahamkan, Zainal yang kini kelihatan makin kurus dan keletihan terus pulang ke rumah dengan bantuan rakan-rakan rapat, tanpa mahu sebarang pujian atau sanjungan. Semangat perjuangannya tetap teguh meskipun fizikalnya jelas terkesan.