04/04/2026
Untuk pengetahuan Sdra. Mohd Muhaimin Mat Min, projek RTB atau Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bukan projek Kerajaan Negeri Kedah.
RTB adalah projek Kerajaan Persekutuan dilaksanakan dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan & Saliran (JPS). JPS di bawah Kementerian Peralihan Tenaga & Transformasi Air (PETRA) yang menterinya adalah juga Timbalan Perdana Menteri, YAB Datoโ Sri Fadilah Yusof.
Sebab itu Mat Min, cakap siang, pandang-pandang. Cakap malam, dengar-dengar.
Bila Mat Min tibai projek RTB Jalan Kuala Sungai yang lambat siap ni, Mat Min ingat Mat Min dah tibai MB Nusi. Mat Min ingat Mat Min dah tibai YB Munir sebab YB Munir yang sebut projek tu jangka siap 14 Jun 2026.
Mat Min duk sangka Mat Min dah buat jasa besar kepada PHBN dengan merosakkan imej Kerajaan Negeri Kedah. Rupa rupanya Mat Min tibai Timbalan Perdana Menteri Kerajaan yang Mat Min sendiri puja-puja siang dan malam.
Untuk makluman Mat Min, JPS ialah agensi teknikal utama dalam pengurusan dan pelaksanaan projek tebatan banjir di seluruh negara.
Peranan Kerajaan Negeri hanya melibatkan pengambilan dan meluluskan tanah. Selain itu, menyelaras dan memantau projek. Pihak PBT p**a bertanggungjawab dalam urusan kelulusan pelan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) โ sebuah lagi agensi Kerajaan Persekutuan โ p**a berperanan sebagai agensi sokongan dan teknikal selain terlibat dalam pembinaan Infrastruktur awam seperti jalan, bangunan dan jambatan.
Jadi saya boleh katakan Sdra Mat Min telah buat kesilapan besaq dengan cubaan menuding jari kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk dipersalahkan sebagai punca projek lambat siap.
YB Munir sebut tarikh jangka siap itu sekadar bagi pihak kerana isu RTB ini obviously melibatkan kepentingan awam yang amat mendesak. Selain masalah banjir yang terus berlaku, ia juga mengakibatkan masalah kesesakan jalan yang teruk. Isu isu ini termasuk bawah protfolio beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli. Bekalan Air, Sumber Air & Alam Sekitar Negeri.
Jadi Mat Min, apa Mat Min rasa la ni?
๐ท: Muhammad Mat Yakim