Lazdrop Asia

Lazdrop Asia Menyampaikan info-info berkaitan dalam dan luar negara

17/08/2026

Naya uncle

Lelaki Maut Motosikal Terlanggar Belakang Lori Di Jejambat Wakaf BharuTUMPAT – Seorang lelaki berusia 35 tahun maut sele...
17/08/2026

Lelaki Maut Motosikal Terlanggar Belakang Lori Di Jejambat Wakaf Bharu

TUMPAT – Seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang diparkir di bahu jalan kerana kehabisan minyak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang semalam di jejambat Wakaf Bharu. Mangsa dipercayai terlanggar bahagian belakang kanan lori ketika melalui selekoh.

Mangsa mengalami kecederaan parah di dada dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

oleh LIPUTAN7
🇲🇾 MALAYSIA
17 Ogos 2026

Suami Luah Kesedihan Selepas Isteri dan Anak Maut Dalam Nahas Lori TangkiKUANTAN – Seorang suami meluahkan kesedihan sel...
16/08/2026

Suami Luah Kesedihan Selepas Isteri dan Anak Maut Dalam Nahas Lori Tangki

KUANTAN – Seorang suami meluahkan kesedihan selepas kehilangan isteri dan anak lelakinya dalam kemalangan maut membabitkan sebuah lori tangki di Jalan Temerloh-Triang, Jumaat lalu.

Saifulnizam Sulaiman berkata, kepulangan ke rumah selepas tragedi itu terasa amat berbeza kerana isteri, Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anak mereka, Muhamad Fattah Aisy Naufal, 12, sudah tiada.

Beliau turut mengakui masih belum mempunyai kekuatan untuk melihat video kejadian yang tersebar di media sosial, sambil menyifatkan kehilangan itu sebagai antara ujian paling berat dalam hidupnya.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang itu, kereta dinaiki dua beranak berkenaan dihempap lori tangki yang membawa kira-kira 32,000 liter bahan api sebelum terbakar.

Kedua-dua mangsa maut dalam kejadian itu, manakala pemandu lori tangki hanya mengalami kecederaan ringan.

Saifulnizam turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan serta memberikan sokongan kepada keluarganya.

oleh LIPUTAN7
🇲🇾 MALAYSIA
16 Ogos 2026

Pihak berkuasa sukar mencari wanita yang dilaporkan hilang kerana foto-foto mangsa banyak menggunakan 'filter'Operasi me...
16/08/2026

Pihak berkuasa sukar mencari wanita yang dilaporkan hilang kerana foto-foto mangsa banyak menggunakan 'filter'

Operasi mencari Grecia Mendoza melibatkan pihak berkuasa dan ratusan sukarelawan selama beberapa hari selepas wanita itu dilaporkan hilang.

Usaha mencari bagaimanapun berdepan kesukaran apabila saksi dan orang awam tidak dapat mengenal pasti wanita berkenaan berdasarkan foto yang diedarkan.

Grecia akhirnya ditemui dalam keadaan selamat di tepi jalan antara Ocosocoautla dan Jiquipilas.

Kesukaran itu dipercayai berpunca daripada foto yang diberikan keluarganya kepada pihak berkuasa. Foto berkenaan diambil daripada akaun Facebook Grecia dan telah banyak menggunakan penapis sehingga mengubah warna kulit, bentuk wajah serta penampilan matanya.

Akibatnya, pihak berkuasa dan sukarelawan dipercayai mencari berdasarkan imej yang telah diubah suai, bukannya rupa sebenar wanita tersebut.

oleh LIPUTAN7
🇲🇽 MEXICO
16 Ogos 2026

Kerajaan Madani Tidak Kawal Media Seperti Kerajaan Terdahulu – Fahmi FadzilMELAKA – Kerajaan Madani tidak berhasrat untu...
16/08/2026

Kerajaan Madani Tidak Kawal Media Seperti Kerajaan Terdahulu – Fahmi Fadzil

MELAKA – Kerajaan Madani tidak berhasrat untuk mengawal media atau mengulangi pendekatan terhadap pengamal media yang didakwa berlaku ketika pentadbiran terdahulu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerajaan ketika ini memilih pendekatan berbeza dengan menghormati kebebasan media, selaras dengan prinsip perjuangan yang dibawa Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu mengulangi apa yang disifatkannya sebagai tindakan menekan atau mengarah media seperti yang didakwa berlaku pada masa lalu.

Menurut Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR, kerajaan bagaimanapun tidak akan berdiam diri sekiranya terdapat laporan atau maklumat yang didapati tidak tepat.

Katanya, kementerian akan berhubung dengan organisasi media terbabit untuk mendapatkan penjelasan serta menyampaikan teguran melalui saluran yang sewajarnya tanpa memberikan arahan atau tekanan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka, hari ini.

Fahmi turut berkata, pengamal media sendiri mengakui terdapat perbezaan antara pendekatan kerajaan ketika ini dengan pentadbiran terdahulu, khususnya dalam cara kerajaan berurusan dengan organisasi media.

oleh LIPUTAN7
🇲🇾 MALAYSIA
16 Ogos 2026

TOKAN DADAH DIKENALI SEBAGAI ‘BOS GENDUT’ DICEKUP KETIKA JALANI RAWATAN SEDUT LEMAK DI KLINIK KECANTIKANSeorang tokan da...
15/08/2026

TOKAN DADAH DIKENALI SEBAGAI ‘BOS GENDUT’ DICEKUP KETIKA JALANI RAWATAN SEDUT LEMAK DI KLINIK KECANTIKAN

Seorang tokan dadah terkenal dengan gelaran ‘Bos Gendut’ ditahan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia ketika sedang menjalani rawatan sedut lemak di sebuah klinik kecantikan di Jakarta Barat.

Suspek dikenali sebagai MR itu dipercayai antara tokan dadah besar di Kampung Bahari, Jakarta Utara dan telah diburu BNN sejak November tahun lalu.

Ketika serbuan dilakukan, MR ditemui sedang memakai pakaian pesakit berwarna merah jambu dan berbaring di atas meja rawatan.

Penahanan itu dipercayai berkait dengan operasi susulan kes pengedaran 98 kilogram syabu yang dibongkar BNN pada 2025.

BNN turut merampas pelbagai barangan termasuk dadah, wang tunai, senjata api, pedang samurai serta peluru.

Pihak berkuasa turut menyita aset milik suspek bernilai kira-kira 39 bilion rupiah (RM8.5 juta), wang tunai 1.27 bilion rupiah (RM291,000), sebuah BMW dan motosikal Vespa.

Suspek turut disiasat berkaitan kesalahan pengubahan wang haram.

oleh LIPUTAN7
🇮🇩 INDONESIA
16 Ogos 2026

15/08/2026

Bahaya betul

“MEMANG ADA SAKAU DALAM TABUNG HAJI” – ANWARAYER KEROH — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan memang ber...
15/08/2026

“MEMANG ADA SAKAU DALAM TABUNG HAJI” – ANWAR

AYER KEROH — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan memang berlaku perbuatan penyelewengan dalam Tabung Haji (TH), termasuk dakwaan kerugian mencecah RM12 bilion.

Menurut Anwar, pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebelum ini ditangguhkan bagi mengelakkan risiko terhadap agensi berkenaan.

Beliau berkata, siasatan terhadap dakwaan tersebut dilakukan oleh badan penguat kuasa dan bukan di bawah seliaannya.

Anwar turut menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti mencuri atau menyalahgunakan amanah rakyat, tanpa mengira parti, jawatan atau latar belakang.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya tiada pihak dihukum berdasarkan tuduhan semata-mata sebelum siasatan profesional menentukan kesahihan dakwaan.

oleh LIPUTAN7
15 Ogos 2026
🇲🇾 MALAYSIA

15/08/2026

Proses pembuatan roti luar negara

Berang Dengan Suami Yang S**a Nonton Pornografi, Wanita Bunuh Anak-anak Dan Ibu Kandungnya Sebelum Menembak Dirinya Send...
15/08/2026

Berang Dengan Suami Yang S**a Nonton Pornografi, Wanita Bunuh Anak-anak Dan Ibu Kandungnya Sebelum Menembak Dirinya Sendiri

PLANT CITY, FLORIDA — Hailey Dempsey, 27, didakwa menembak mati ibunya, Valerie DeBoe, 55, serta dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 4 tahun dan 4 bulan, sebelum mengarahkan senjata api ke arah dirinya sendiri.

Menurut siasatan polis, tragedi itu berlaku selepas pertikaian antara Hailey dan suaminya berkaitan bahan pornografi yang ditemui dalam telefon suaminya.

Seorang lagi anak perempuan mereka yang berusia 2 tahun terselamat selepas dipercayai turut menjadi sasaran tembakan.

oleh LIPUTAN7
🇺🇸 AMERIKA SYARIKAT
Sabtu | 15/08/2026

Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lazdrop Asia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lazdrop Asia:

Shortcuts

Share