02/06/2024
Mitos-mitos Soya
Ramai masyarakat di luar sana yang takut untuk mengambil soya kerana terpengaruh dengan mitos tentang kadar bahaya soya.
1. Soya Mengurangkan Maskuliniti Lelaki
Ini tidak benar. Kacang soya mempunyai komponen yang dinamakan phytoestrogen dan ia didapati boleh mengganggu kesuburan untuk seekor tikus. Namun begitu, kajian dibuat telah membuktikan phytoestrogen hanya mengganggu kesuburan tikus jantan dan tiada apa-apa kaitan dengan manusia lelaki.
Terdapat kes perubahan hormon pada lelaki yang berpunca daripada pengambilan soya yang terlalu tinggi dan ini hanya perlu dirawat dengan mengurangkan pengambilan soya.
Oleh itu para lelaki jangan takut untuk minum atau makan makanan berasaskan soya, kacang soya tidak mengganggu hormon testosteron anda dan tiada bukti soya akan mengurangkan maskuliniti anda.
2. Soya Menyebabkan Kanser Payudara
Seperti yang dijelaskan di bahagian atas, soya tidak menyebabkan kanser payudara, sebaliknya boleh mengurangkan risiko kanser payudara.
3. Soya Menyebabkan Kanser Prostat
Tuduhan terhadap soya ini juga tidak benar. Soya sebenarnya mampu mengurangkan risiko kanser prostat. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa meminum air soya dapat menurunkan paras PSA (prostate-specific antigen).
4. Soya Mengganggu Fungsi Tiroid
Soya hanya boleh mengganggu fungsi tiroid individu yang menghidapi hipotiroid subklinikal sahaja, dan hanya dos phytoestrogen soya yang sangat tinggi akan membuatkan pesakit hipotiroid subklinikal menjadi hipotiroid klinikal. Oleh itu, mereka yang tiada penyakit ini tidak perlu risau untuk menikmati hidangan berasaskan soya.
Untuk informasi kebih lanjut boleh layari artikel di bawah :-
Artikel : Asyraf, H. (2024, April 8). Ketahui Manfaat Soya. Benarkah Soya Membahayakan Kesihatan? https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi/khasiat-makanan/khasiat-soya
AZRA SOYA