18/08/2026
KESUSAHAN KEWANGAN JANGAN JADI NOKTAH KEPADA IMPIAN.
Dapat tawaran ke universiti sepatutnya menjadi khabar yang menggembirakan. Namun bagi sesetengah keluarga, kegembiraan itu mungkin datang bersama satu persoalan besar. Mampukah kami membiayainya?
Jika anda menerima tawaran ke UMK tetapi sedang berdepan kekangan kewangan, jangan terus membuat keputusan untuk melepaskan peluang pengajian. Datang dan daftarlah dahulu.
Beritahu kami keadaan anda. Insya-Allah, UMK akan cuba melihat bentuk bantuan dan sokongan yang bersesuaian, daripada bantuan kewangan, sara hidup dan makanan, kemudahan pembayaran yuran, bantuan peralatan pembelajaran hinggalah peluang menjana pendapatan melalui MySiswa Job On Campus.
Kami mungkin tidak mampu menghilangkan setiap kesusahan, tetapi kami tidak mahu anda menghadapinya sendirian sehingga terpaksa mengorbankan masa depan.
Datanglah ke UMK. Biar kami dengar, lihat dan cuba bantu.
Kerana kekangan kewangan hari ini tidak seharusnya menentukan sejauh mana anda boleh pergi esok.
Jangan lepaskan peluang kerana kewangan.
Masa depan anda mungkin bermula di sini. Bersama UMK. 💙
Facebook: https://tinyurl.com/4b7vm2e8
Instagram: https://tinyurl.com/5crdz26b
Tiktok: https://tinyurl.com/y3jkr24z
X: https://tinyurl.com/3nkpc7jb
Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.
KESUSAHAN KEWANGAN JANGAN JADI NOKTAH KEPADA IMPIAN.
Dapat tawaran ke universiti sepatutnya menjadi khabar yang menggembirakan. Namun bagi sesetengah keluarga, kegembiraan itu mungkin datang bersama satu persoalan besar. Mampukah kami membiayainya?
Jika anda menerima tawaran ke UMK tetapi sedang berdepan kekangan kewangan, jangan terus membuat keputusan untuk melepaskan peluang pengajian. Datang dan daftarlah dahulu.
Beritahu kami keadaan anda. Insya-Allah, UMK akan cuba melihat bentuk bantuan dan sokongan yang bersesuaian, daripada bantuan kewangan, sara hidup dan makanan, kemudahan pembayaran yuran, bantuan peralatan pembelajaran hinggalah peluang menjana pendapatan melalui MySiswa Job On Campus.
Kami mungkin tidak mampu menghilangkan setiap kesusahan, tetapi kami tidak mahu anda menghadapinya sendirian sehingga terpaksa mengorbankan masa depan.
Datanglah ke UMK. Biar kami dengar, lihat dan cuba bantu.
Kerana kekangan kewangan hari ini tidak seharusnya menentukan sejauh mana anda boleh pergi esok.
Jangan lepaskan peluang kerana kewangan.
Masa depan anda mungkin bermula di sini. Bersama UMK. 💙
Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK