Pandai Jahit

Pandai Jahit TAILOR SABAK
201603161253 (BC0005916-x) https://wa.me/message/JGWDOH4IXJB3N1

" KLINIK TUDUNG & TELEKUNG ANDA "

Mudah je jahit Innerneck Ninja ni, tekap je pola, cara jahit saya pernah kongsikan. Pola pun saya pernah kongsikan. Tapi...
12/10/2025

Mudah je jahit Innerneck Ninja ni, tekap je pola, cara jahit saya pernah kongsikan. Pola pun saya pernah kongsikan.
Tapi kalau tak faham cara nak buat pola, boleh je beli dengan saya tak sampai R M 30 pun sis. Dengan pola ni, silap haribulan boleh jana duit tepi ,jual kat kawan2 ke jiran2 ke atau yang memang ambik tempahan jahit baju tu, boleh upsell kat cust.
Macam sis dalam gambar ni, beliau beli pola dan cuba buat sendiri. Percubaan kali pertama pun dah perfect macam ni kan . Terbaik sis, terima kasih izinkan saya share feedback ❤️

11/10/2025

Kan senang pakai tudung macam ni. Dengar kata 😄

Kadang-kadang tudung dah elok, labuh, kain sedap pakai…  Cuma satu je buat kita rasa tak puas — awning tak onpoint😅Macam...
11/10/2025

Kadang-kadang tudung dah elok, labuh, kain sedap pakai…

Cuma satu je buat kita rasa tak puas — awning tak onpoint😅

Macam tudung ni, customer s**a sangat material & potongannya,

tapi awning jenis biasa cepat kemek & tak bentuk muka.
Jadi dia hantar untuk tukar ke awning scuba.

✔️ Awning scuba ni tebal sikit, jadi dia senang maintain bentuk.
✔️ Tak mudah jatuh atau senget bila pakai lama.
✔️ Kemas ikut bentuk muka — terus nampak siap bergaya walau simple je.

Kadang kita tak perlu beli tudung baru pun.

Repair je tudung yang sedia ada, jimat & masih bergaya! 🌸

Yang penting, kita selesa & yakin 😊.

Gambar tudung yang dah siap alter ada kat komen. Jemput tengok 😁

Saya pun tak ingat dah berapa tahun usia kelas tudung online ni. Buat sebab s**a2 je nak bantu yang nak belajar jahit tu...
11/10/2025

Saya pun tak ingat dah berapa tahun usia kelas tudung online ni.
Buat sebab s**a2 je nak bantu yang nak belajar jahit tudung.
Saya ajar details step by step. Even sampai sekarang student masih keep in touch dan selalu tanya berkaitan tudung.
Dan jarang juga saya promot😅.
Yang telekung nanti saya nak ajar free je sebab fikir2 malas p**ak handle byk2 group kat fon ni.
Tudung terpaksa kenakan yuran sebab saya letak effort yang banyak untuk buat video2 semua tu.

Bahagia betul bila tengok stok awning  keping banyak2 macam ni 😁.Ni awning scuba bertetulang. Untuk telekung masih belum...
11/10/2025

Bahagia betul bila tengok stok awning keping banyak2 macam ni 😁.
Ni awning scuba bertetulang. Untuk telekung masih belum sempat buat lagi.
Ada yang mencari ke awning keping ni

Paling sis takut . . Bila ada baki kain yang cust sediakan untuk buat awning mereka, sis terguna untuk tujuan peribadi. ...
10/10/2025

Paling sis takut . .
Bila ada baki kain yang cust sediakan untuk buat awning mereka, sis terguna untuk tujuan peribadi.
Tak kisah la betapa cantik dan elok nya kain cust tu. Sis tak berani ambil walau seinci.
Sama juga dengan cust jahitan pukal. Kainnya lawa2. Tapi tak berani nak guna sembarangan.
Pernah satu hari, mak mertua sis minta sikit untuk buat awning tudung beliau sbb kain cust tu cantik. Tapi sis minta maaf berkali2. Sis terpaksa pegang amanah dan bersikap jujur.
Teringat masa belajar jahit dulu, ada diselitkan modul pelajaran agama. Ustaz ada pesan berkali2, tukang jahit tak boleh guna perca kain cust tanpa izin mereka. Baki kain perlu dikembalikan semula. Kecuali cust seikhlas hati beri pada kita.
Begitulah

Saiz muka besar. Sis kena buat pola baru khas untuk ukuran muka beliau. Tak boleh ke adjust dari ukuran sedia ada?Boleh....
10/10/2025

Saiz muka besar.
Sis kena buat pola baru khas untuk ukuran muka beliau.
Tak boleh ke adjust dari ukuran sedia ada?
Boleh. Tapi lebih cantik bentuknya jika buat pola baru. Sebab kena adjust sana adjust sini.
Sebab tu tak ramai yang sanggup buat alteration. Kerana lebih mudah buat yang baru 😄.
Tapi sebab sis memang in love dengan alteration, so here we are 😘

Happy nya bila dapat beri inspirasi kepada orang lain untuk minat menjahit juga macam sis ni🥰.Saya rasa macam nak buat g...
10/10/2025

Happy nya bila dapat beri inspirasi kepada orang lain untuk minat menjahit juga macam sis ni🥰.
Saya rasa macam nak buat group khas untuk ajar sesiapa yang betul2 nak belajar jahit telekung. Saya nak ajar jahit free je.
Bukan tak nak share secara public. Tp saya betul2 nak yang serius belajar. Lagi2 dekat bulan puasa ni kan. Mana la tau ada yang nak ambik tempahan telekung ke. Nak buat brand sendiri ke.
Cuba bagitau sat siapa setuju. Mana tau ramai saya boleh create group khas terus.

Yang tungu tutorial beg telekung tu sabar ye 😁Sis baru masuk bilik jahit lepas 3 hari kursus di luar kawasan. Jadi kalut...
10/10/2025

Yang tungu tutorial beg telekung tu sabar ye 😁
Sis baru masuk bilik jahit lepas 3 hari kursus di luar kawasan.
Jadi kalut sikit la nak setelkan kerja yang pending.
Done tukar awning telekung untuk cust sorang ni.semoga selesa dan gembira.

Bukan salah peniaga tudung bila jadi macam ni. Sebenarnya tudung readymade yang ada di pasaran dijahit secara pukal deng...
10/10/2025

Bukan salah peniaga tudung bila jadi macam ni.
Sebenarnya tudung readymade yang ada di pasaran dijahit secara pukal dengan ukuran standard.
Jadi mustahil untuk cater semua saiz muka wanita2 di Malaysia ni kan hehe.
Awning ni kecil je saiz dia, tapi dia penentu rupa tudung tu elok ke tak. Kalau tak kena gaya, boleh buat muka kita nampak pelik sikit.

Kadang tudung tu lawa dah, kain best… cuma awning je perlu sentuhan sikit.
Boleh je baiki, tak payah simpan dalam almari terus.

Beg telekung untuk telekung semalam. Ada yang nak tutorial tak.Biasanya saya akan jahitkan sekali beg ni untuk yang temp...
09/10/2025

Beg telekung untuk telekung semalam. Ada yang nak tutorial tak.
Biasanya saya akan jahitkan sekali beg ni untuk yang tempah telekung dengan saya.
Comel kan. Warna sebenar soft pink belacan. Kat gambar lari sikit tona nya.

Tailor Pun Kena Pandai Marketing😊Bila dah penuh meja dengan bungkusan, baru terasa betapa pentingnya marketing dalam dun...
09/10/2025

Tailor Pun Kena Pandai Marketing😊

Bila dah penuh meja dengan bungkusan, baru terasa betapa pentingnya marketing dalam dunia jahitan. Tak cukup hanya pandai jahit, kena pandai tarik pelanggan juga. Ni 3 tips ringkas untuk tailor lain yang tengah usaha naikkan bisnes:

1. Tunjuk hasil kerja konsisten
Selalu update gambar sebelum & selepas jahitan. Orang s**a tengok hasil sebenar — dari awning senget ke awning terletak, itu konten!

2. Guna ayat yang dekat di hati
Tulis macam cakap dengan kawan. Jangan terlalu formal, tapi jangan p**a terlalu santai sampai hilang keyakinan pelanggan.

3. Jadi tailor yang senang dihubungi
Mudah capai, balas mesej bila lapang, dan jangan biar pelanggan tertanya-tanya. Bila pelanggan rasa selesa, mereka lebih yakin untuk repeat order.

Tailor sekarang bukan duduk belakang mesin je… tapi dah duduk sekali depan kamera & marketing board!☺️

Address

Bagan Nakhoda Omar
45100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pandai Jahit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pandai Jahit:

Share