Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai Medium Perkongsian Informasi Politik Tanahair Terkini

04/01/2026

4 Januari 2026

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran buat Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia.

04/01/2026

Setulus ingatan dan penghargaan daripada UMNO Perak diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena ulang tahun kelahiran pada tanggal 4 Januari.

UMNO terus teguh berdiri di atas landasan perjuangan hasil kepimpinan yang berprinsip, berani dan berwawasan. Semoga terus dikurniakan kesihatan, keteguhan jiwa serta kebijaksanaan untuk memimpin parti memperkukuh perpaduan, mempertahankan maruah perjuangan dan memperjuangkan nasib rakyat.

Bersama kita mara, memperkasakan UMNO demi agama, bangsa dan negara.

04/01/2026

Selamat Hari Lahir YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Moga Allah SWT memberkati kepimpinan dan mempermudahkan setiap amanah yang dipikul demi UMNO dan rakyat.

03/01/2026

Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia

03/01/2026
26/12/2025

Saudara dan saudari yang saya hormati

Saya menulis ini dengan fikiran yang tenang, meskipun hati saya berat.

Ada ketika saya merasakan seolah-olah perjuangan ini harus saya pikul sendirian. Namun saya tetap bertekad untuk meneruskannya — bukan kerana dendam, tetapi kerana prinsip. Apa yang saya tuntut hanyalah hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dan apa yang telah diperkenankan. Niat saya tidak pernah berubah: untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Perjuangan ini bukan usaha untuk mengelak daripada tanggungjawab. Ia adalah ikhtiar menegakkan keadilan, menjunjung integriti Perlembagaan, dan mempertahankan kedaulatan undang-undang yang dilaksanakan tanpa rasa takut atau pilih kasih. Saya akan terus menuntut hak saya melalui saluran yang sah, dengan maruah dan kesabaran, walaupun jalannya sunyi dan menuntut pengorbanan yang besar. Apa pun keputusan hari ini, saya tetap yakin kepada proses kehakiman negara.

Sehubungan itu, saya memohon semua rakyat Malaysia agar kekal tenang, rasional dan berhemah, serta tidak terpengaruh atau terlibat dalam sebarang provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian awam atau menghina proses perundangan. Perbezaan pandangan harus dizahirkan secara matang, tertib dan berlandaskan undang-undang.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menilai perkara ini dengan tenang dan rasional bukan semata-mata dari sudut nasib saya sebagai individu, tetapi demi masa depan institusi negara dan prinsip-prinsip yang kita junjung bersama.

Najib Razak

26/12/2025
26/12/2025

UMNO-BN Keluar PH?
Masa bila masuk PH??? 🤔🤔🤔

26/12/2025

Rakyat sering menilai pemimpin melalui satu peristiwa, tetapi jarang menimbang keseluruhan perjalanan. Ketika kos sara hidup ditekan, ada dasar yang pernah meringankan seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, perumahan, biasiswa dan sokongan komuniti. Hari ini, mahkamah mengesahkan beberapa dokumen boleh digunakan dalam pembelaan, membuka ruang untuk melihat semula naratif yang selama ini dibina. Soalnya bukan siapa paling lantang, tetapi siapa pernah bekerja ketika berkuasa. Sejarah tidak ditulis oleh emosi semata-mata, tetapi oleh fakta, keputusan, dan kesan kepada rakyat. Kita boleh berbeza pandangan, tetapi adilkah kita menutup seluruh cerita?

Address

Bagan Serai
34300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share