09/08/2026
Ni laa rupanyanya buah perah yang telah siap direbus.
Lupa pulak tunjuk isi putih dalam dia.
Ada jugak yang kata,kalau buah perah ni dibuat jeruk,lagi sedap.
Tapi Cekta ni,setakat pandai makan yang rebus ja.
Yang jeruk tu,belum pernah rasa lagi.
Hari tu ada jugak Cekta berbalas komen dengan orang,tanya macam mana cara nak jeruk buah perah.
Tapi sampai sekarang,takdak lagi balasan.
Takpa laa…
Nanti Cekta tanya Pakcik Google pulak.
Bagi yang tak pernah tahu macam mana rupa,rasa dan cara nak makan buah perah ni,meh Cekta story sikit.
Cara nak rebus dia,sebenarnya tak susah pun.
Rebus macam biasa.
Cuma air rebusan kali pertama tu,buang!
Lepas tu rebus kali kedua.
Masa rebus kali kedua ni,baru masukkan garam secukup rasa.
Rebus sampai buah tu betul-betul empuk.
Bila dah masak,nak makan tu jangan lupa koyakkan kulit dia dulu.
Kulit dia tak keras pun.
Lebih kurang macam kita makan kacang tanah rebus tu haa.
Koyak kulit…
Ambik isi…
Masuk mulut…
Haa… kat situ baru faham kenapa orang s**a buah perah ni.
Isi dia rasa lemak-lemak,ada sikit rasa pahit-pahit halus.
Tapi bagi Cekta,pahit dia tu tak mengganggu pun.
Malah rasa tu yang buat dia lain daripada kacang rebus biasa.
Kalau kacang tanah rebus tu korang rasa sedap…
Cuba buah perah pulak!
Bagi Cekta,buah perah ni lagi sedap.
Nak gambarkan rasa dia macam mana pun, Cekta tak reti nak cerita dah.
Sebab benda macam ni…
Cekta cerita sampai esok pun tak guna.
Kena rasa sendiri baru tahu.
Sekarang ni pun,sambil menaip ni,Cekta dah terbayang isi buah perah yang lemak-lemak tu masuk dalam mulut.
Haa…
Meleleh dah air liur!
Hah! sudah!
Nanti orang ingat Cekta tengah makan depan telefon pulak.
Yang tak pernah makan,jangan risau.
Hari tu Cekta ada nampak dalam rumah hitam,ada ja orang jual buah perah ni secara online.
Rajin-rajin laa jari jemari tu mencari.
Jangan tunggu Cekta pi belikan sudah!
Kata suami Cekta,buah perah ni boleh tahan bertahun-tahun.
Cuma dia ada musimnya saja.
Haa kau…
Gigih sungguh Cekta story pasal buah perah hari ni.
Tapi Cekta cerita ni berdasarkan pengalaman Cekta makan dan apa yang Cekta tahu saja.
Yang Cekta tak tulis tu…
Cekta memang tak tahu laa tu.
Kalau ada yang lebih mahir pasal buah perah ni,silakan tambah ilmu.
Cara jeruk pun kalau ada yang tahu,boleh laa kongsi.
Biar pakat-pakat baca.
Mana tahu,lepas ni Cekta pun boleh buat buah perah jeruk pulak.
Dah pandai makan rebus,kita upgrade pi jeruk pulak!