Ida Diana MS

Ida Diana MS * Hibah Rumah, Hibah Harta, Wasiat, Faraid, Urus Pusaka
* Hibah Takaful, Medical Card

04/06/2026
HUTANG DULU ATAU WAKAF DULU?Ramai yang menyangka apabila seseorang meninggal dunia, harta akan terus dibahagikan kepada ...
03/06/2026

HUTANG DULU ATAU WAKAF DULU?

Ramai yang menyangka apabila seseorang meninggal dunia, harta akan terus dibahagikan kepada waris.

Sebenarnya, ada proses yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Urutan Pengurusan

✅ 1. Uruskan kos pengurusan jenazah yang munasabah

✅ 2. Asingkn harta yang telah diHIBAHkan, diWAKAFkan dan diAMANAHkan
* Hibah Rumah
*Hibah Akaun bank/ASB/TabungHqji

✅ 2. Selesaikan semua si mati
* Hutang bank
* Hutang peribadi
* Tunggakan zakat (jika berkaitan)
* Hutang lain yang sah

✅ 3. Laksanakan wasiat yang sah
* Termasuk
* Maksimum 1/3 daripada baki harta selepas hutang diselesaikan

✅ 4. Baki harta dibahagikan mengikut faraid



Penting!

📌 Jika harta telah diwakafkan semasa hidup, harta tersebut bukan lagi milik si mati dan tidak termasuk dalam pusaka.

📌 Jika hanya berwasiat untuk wakaf selepas meninggal dunia, hutang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum wasiat wakaf dilaksanakan.



Kenapa Perlu Merancang Harta Semasa Hidup?

✔ Elak pertikaian waris

✔ Memudahkan urusan keluarga

✔ Memastikan hasrat kita dapat dilaksanakan

✔ Mengurangkan risiko harta terbeku



“Sebaik-baik perancangan adalah ketika kita masih diberi peluang untuk merancang.”

📞 Nak tahu bagaimana hibah, wasiat dan wakaf boleh membantu perancangan harta keluarga anda?

Hubungi Ida Diana
012-307 4764

Di  Wasiyyah Shoppe Berhad, secara umum semua harta yang sah dimiliki dan mempunyai nilai boleh dihibahkan, selagi meme...
01/06/2026

Di Wasiyyah Shoppe Berhad, secara umum semua harta yang sah dimiliki dan mempunyai nilai boleh dihibahkan, selagi memenuhi syarat Syariah dan undang-undang.

Antara harta yang biasa dihibahkan ialah:

* 🏠 Rumah dan hartanah
* Rumah sendiri
* Rumah yang masih ada pinjaman bank (melalui Hibah Hartanah Bercagar)
* Tanah
* Kedai atau bangunan komersial

* 🚗 Kenderaan - bebas pinjaman
* Kereta
* Motosikal
* Lori atau kenderaan lain

* 💰 Wang dan simpanan
* Wang tunai
* Simpanan bank
* Simpanan tetap (FD)
* Akaun pelaburan tertentu
* Tabung Haji, akaun bank

* 📈 Saham dan pelaburan
* Saham syarikat
* Saham amanah
* Pelaburan yang dimiliki secara sah
* ASB, Unit Trust dll

* 💍 Barang berharga
* Emas
* Barang kemas
* Akaun Emas
* Koleksi bernilai tinggi

* 🏢 Perniagaan
* Pegangan syarikat
* Ekuiti perniagaan
* Aset perniagaan tertentu

Syarat asasnya ialah harta tersebut:

1. Milik sah pemberi hibah.
2. Wujud ketika hibah dibuat.
3. Bernilai dan diiktiraf oleh syarak.
4. Boleh dipindahkan kepada penerima hibah.

Ramai yang terkejut bila tahu bahawa rumah yang masih dalam pembiayaan bank juga boleh dihibahkan melalui struktur Hibah Hartanah Bercagar yang diperkenalkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.

Kalau nak, saya boleh bantu senaraikan harta mana yang sesuai dihibahkan, mana yang lebih sesuai dibuat wasiat, dan mana yang lebih sesuai diletakkan dalam amanah (trust) mengikut situasi keluarga anda.

Hubungi saya sekarang.
012-307 4764

Ramai sangka urus pusaka hanya bermula selepas kita meninggal dunia.Sebenarnya, urus pusaka yang paling mudah ialah yang...
29/05/2026

Ramai sangka urus pusaka hanya bermula selepas kita meninggal dunia.
Sebenarnya, urus pusaka yang paling mudah ialah yang dirancang semasa kita masih hidup.

Bila perancangan dibuat awal, waris tidak perlu tercari-cari dokumen, tidak perlu berulang-alik ke pelbagai agensi, dan tidak perlu menunggu bertahun-tahun untuk menyelesaikan urusan harta.
Proses menjadi lebih cepat, kos lebih terkawal, dan yang paling penting, hubungan adik-beradik dapat dipelihara.

Hakikatnya, bukan semua keluarga bergaduh kerana harta yang banyak.
Ada yang bermula hanya kerana tiada perancangan dan tiada kejelasan.

❤️ Merancang hari ini bukan untuk diri kita semata-mata, tetapi untuk memudahkan orang yang kita sayang apabila kita sudah tiada.

📩 Nak tahu langkah mudah untuk mulakan perancangan harta? Tinggalkan perkataan “INFO” di ruangan komen atau WhatsApp saya.

012-307 4764


08/05/2026

13/04/2026

Nilai di yang tidak diuruskan atau tidak dituntut adalam RM100Billion.

✨ Khabar baik!Kini anda boleh tebus wasiat secara PERCUMA khas untuk bakal jemaah haji.📌 Kenapa penting?✔️ Melindungi ke...
07/04/2026

✨ Khabar baik!

Kini anda boleh tebus wasiat secara PERCUMA khas untuk bakal jemaah haji.

📌 Kenapa penting?
✔️ Melindungi kebajikan keluarga jika berlaku apa-apa
✔️ Memastikan harta diurus dengan betul & cepat
✔️ Mengelakkan pertikaian waris

Hubungi saya sekarang ya..
012-307 4764





KUALA LUMPUR - Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) menawarkan perkhidmatan wasiat percuma kepada bakal jemaah haji tahun 2026 sebagai sebahagian daripada...

07/04/2026

Ada yang kenal ini ibu siapa tak?

Alhamdulillah Datin Hajah Faizatul telah merancang harta dengan Wasiyyah. Track record terbaik sejak 2004 lagi dan trustee yang anda boleh percayai untuk menjaga kemaslahatan waris-waris anda kelak.

Hubungi saya untuk merancang harta anda hari ini. Juga langgan khairat pusaka Al-Wasitah untuk pastikan pusaka anda diselesaikan dengan cepat, mudah dan percuma untuk waris.

012-307 4764


“Berapa harga ya?”Itu je soalan yang dia ulang… ulang… ulang 😅Saya pun jawab dengan tenang, “Boleh, tapi jom dengar dulu...
03/04/2026

“Berapa harga ya?”

Itu je soalan yang dia ulang… ulang… ulang 😅

Saya pun jawab dengan tenang, “Boleh, tapi jom dengar dulu penerangan saya. Faham dulu baru kita cerita pasal harga.”

Tapi tetap juga… “Takpe, saya nak tahu harga dulu je.”

Tuan/puan, Ini bukan beli barang dekat Shopee… tekan cart terus bayar.

Ini melibatkan harta, masa depan keluarga, waris kita nanti.

Kalau terus bagi harga tanpa faham:
➡️ Takut ambil yang tak sesuai
➡️ Takut rasa mahal tanpa tahu nilai sebenar
➡️ Atau lebih teruk… langsung tak buat apa-apa

Saya bukan sekadar nak “jual”. Saya nak bantu tuan/puan faham dulu.

Sebab dalam perancangan harta,
👉 Ilmu datang dulu
👉 Baru keputusan jadi betul

Kalau hanya fokus harga… Kita mungkin terlepas benda yang jauh lebih penting.

Jadi saya tetap dengan prinsip saya: “Dengar dulu, faham dulu… baru kita sembang pasal harga.”

Sebab saya nak bantu betul-betul, bukan sekadar bagi angka 😊

Jom set minum2 dengan saya,
Kita santai2 borak dan berkongsi cerita.

Wassap saya sekarang, untuk appointment minggu hadapan, ada slot kosong Rabu- Jumaat.

012-307 4764

“Tak ada anak… tak perlu rancang harta kot?”Ramai pasangan fikir macam tu.Tapi hakikatnya… itu silap besar.Bila kita tak...
31/03/2026

“Tak ada anak… tak perlu rancang harta kot?”

Ramai pasangan fikir macam tu.

Tapi hakikatnya… itu silap besar.
Bila kita tak ada anak,
pasangan kita BUKAN automatik dapat semua harta kita.

Ya… BUKAN semua.

Akan ada waris lain masuk seperti..
ibu bapa, adik-beradik…

Dan akhirnya?
❌ Rumah mungkin kena jual
❌ Duit simpanan kena bahagi
❌ Pasangan yang kita sayang… tak dapat sepenuhnya

Sedangkan sepanjang hidup,
kita bina semua tu bersama-sama.

Sebab tu golongan yang tak ada anak ni sebenarnya KRITIKAL untuk buat perancangan harta.

👉 Nak jaga pasangan? Rancang.
👉 Nak elak perebutan? Rancang.
👉 Nak pastikan harta pergi pada orang yang betul? Rancang.

Jangan tunggu jadi isu… baru nak bertindak.
Kalau anda atau kenalan dalam situasi ni,
better mula sekarang.

Nak tahu cara paling sesuai ikut situasi anda?

PM saya “HIBAH HARTA” 👍
012-307 4764







❤️

Address

Bandar Baru Bangi
43650

Telephone

+60123074764

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ida Diana MS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share