PAS Kawasan Kuala Krau

  • Home
  • PAS Kawasan Kuala Krau

PAS Kawasan Kuala Krau Halaman Rasmi PAS Kawasan Kuala Krau

23/07/2025
23/07/2025
23/07/2025

Dulu dan sekarang, dah berbeza. Zaman AI ni, banyak sungguh tipunya. Biar lagu berbicara!

TURUN TETAP TURUN!Pengumuman "luar biasa" dengan "teaser" selama seminggu yang memberi harapan tinggi kepada rakyat Mala...
23/07/2025

TURUN TETAP TURUN!

Pengumuman "luar biasa" dengan "teaser" selama seminggu yang memberi harapan tinggi kepada rakyat Malaysia, akhirnya tinggal Harapan yang semakin layu, hanya "backfire" kepada Anwar.

Tindakan "damage control" sebelum Perhimpunan Turun Anwar bukan kebetulan, tapi usaha terakhir Anwar bagi memenangi hati rakyat.

Duit itu duit rakyat, orang bui kito ambil, namun, TURUN TETAP TURUN!

Kekecewaan rakyat tidak mudah dijual beli.

Himpunan aman kita 26 Julai, Sabtu ini.

Jumpa sana rodong-rodong !

Gelombang rakyat semakin membara! Ramai yang tidak sabar untuk turun berhimpun minggu ini!Namun, satu peringatan penting...
23/07/2025

Gelombang rakyat semakin membara!

Ramai yang tidak sabar untuk turun berhimpun minggu ini!

Namun, satu peringatan penting kepada semua peserta:

โœ… Ikuti setiap arahan penganjur demi keselamatan dan kelancaran himpunan.
โœ… Bawa barang-barang yang diperlukan semasa berhimpun
โœ… Berpakaian hitam
โœ… Utamakan keselamatan diri dan sahabat seperjuangan.

๐Ÿ“… 26 Julai 2025 pastikan 300,000 rakyat hadir ke Himpunan Turun Anwar!
Kita gegar Kuala Lumpur dengan laungan,
Turun!Turun!Turun Anwar!



JOM FOLLOW
โœ…AKAUN FACEBOOK : PAS Kawasan Kuala Krau
- https://www.facebook.com/paskawasankualakrau
โœ…AKAUN TIKTOK : PAS K.KRAU
- https://www.tiktok.com/
โœ…AKAUN INSTAGRAM : paskualakrau
- https://www.instagram.com/paskawasankualakrau
FOLLOW AND LIKE ๐Ÿ‘๐Ÿผ

10 Nasihat Penjagaan Kesihatan Semasa JerebuNasihat kepada semua orang ramai supaya peka dengan tahap kualiti udara di k...
23/07/2025

10 Nasihat Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu

Nasihat kepada semua orang ramai supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan sebagaimana berikut:

1. Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.

2. Oleh itu selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

3. Banyakkan berada berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.

4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan;

7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).

8. Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar; dan

9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang mengidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

JOM FOLLOW
โœ…AKAUN FACEBOOK : PAS Kawasan Kuala Krau
- https://www.facebook.com/paskawasankualakrau
โœ…AKAUN TIKTOK : PAS K.KRAU
- https://www.tiktok.com/
โœ…AKAUN INSTAGRAM : paskualakrau
- https://www.instagram.com/paskawasankualakrau
FOLLOW AND LIKE ๐Ÿ‘๐Ÿผ

20/07/2025

Ucapan YB Dr Tengku Fakhruddin, ADUN Sura, Dungun Terengganu semasa ceramah PAS Teraju Pahang & Turun Anwar pada 18 Julai 2025 di Padang Chenderawasih, Kuantan Pahang.

Allahuakbar โœŠ

https://www.facebook.com/share/v/18okVcLidc/

NYDP Pas Kawasan Kuala Krau di Muktamar Dewan Pemuda PAS Pahang Kali Ke 43
20/07/2025

NYDP Pas Kawasan Kuala Krau di Muktamar Dewan Pemuda PAS Pahang Kali Ke 43

19/07/2025

Jawi Setiap Jumaat

Jom sama sama tulis rumi di ruangan komen..
suruh anak anak soleh dan solehah kita baca pon bagus jugak.

*HARAKAHDAILY: Umno perlu sedia jadi pembangkang di Pahang* KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Aireroshairi Ros...
19/07/2025

*HARAKAHDAILY: Umno perlu sedia jadi pembangkang di Pahang*

KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Aireroshairi Roslan menegaskan bahawa Umno perlu bersedia secara mental untuk menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), berikutan peningkatan sokongan rakyat terhadap PAS sejak PRU-13 hingga PRU-15. Katanya, kenyataan yang memperlekeh slogan โ€˜PAS Teraju Pahangโ€™ sebagai retorik membuktikan Umno masih berada dalam fasa penafian (denial) dan enggan menerima [ ]

_Baca lanjut:_

KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Aireroshairi Roslan menegaskan bahawa Umno perlu bersedia secara mental untuk menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), berikutan peningkatan sokongan rakyat terhadap PAS sejak PRU-13 hingga PRU-15. Katanya, kenyataan yang memperlekeh s...

UMNO Pahang jangan sombong โ€ผ๏ธ
19/07/2025

UMNO Pahang jangan sombong โ€ผ๏ธ

๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐— ๐—•๐—ข๐—ก๐—š โ€“ ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ž ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—”

Beberapa hari lepas diumumkan bahawa pelaburan direalisasikan masuk ke Pahang bagi separuh tahun mencecah RM4 bilion.

Tahniah kepada rakyat Pahang. Ini satu pencapaian yang patut dihargai.

Namun apabila ada suara yang menyindir:

"Kalau PAS-PN perintah Pahang, boleh ke jadi macam ni?"

"Pelabur takkan masuk kalau PAS perintahโ€ฆ Tengok Kelantan, Terengganu." Kami ingin jawab secara jujur dan berdasarkan fakta.

Jangan pilih satu angka dan buat kesimp**an besar.

Kalau mahu menilai prestasi pelaburan, jangan hanya petik satu negeri dan satu tahun, lalu terus pukul rata dan buat kesimp**an.

Mari kita lihat Kedah, negeri yang ditadbir oleh PAS-PN:

Tahun Pelaburan Diluluskan

2023 RM28.7 bilion
2024 RM45.8 bilion

Manakala pelaburan direalisasikan p**a berjumlah 9.11 billion bagi separuh tahun 2025 dan 20.38 billion bagi 2024.

Kedah kini berada dalam kelompok negeri teratas dari segi pelaburan negara.
PAS-PN mentadbir, pelabur masuk. Itu fakta.

Tahniah Pahang tapi jangan terlalu bangga dengan angka 4 bilion.

Terengganu pada 2023 turut mengatasi Pahang dari segi jumlah pelaburan diluluskan secara keseluruhan, walaupun tanpa pelabuhan mega. Tapi tiada p**a kenyataan dari pemimpin Terengganu yang memperlekeh negeri lain.

Kelantan p**a, walaupun sederhana, tetap bertahan dengan pelaburan dalam bidang yang sesuai seperti industri halal, mineral, pertanian berteknologi. Semua ini dicapai tanpa jaringan lebuh raya bertaraf persekutuan, tanpa pelabuhan, dan tanpa projek mega berpuluh bilion. Tapi tetap stabil dan terus membangun.

Pahang memang patut dapat pelaburan besar, tapi jangan jadikan ia modal bongkak.

Kita akui Pahang memang ada kelebihan LPT, CSR, Kuantan Port, ECRL, zon industri Gebeng, Pelabuhan, dan sumber semula jadi, jarak dekat dengan Lembah Klang. Jadi memang sepatutnya Pahang capai angka besar, bukan luar biasa pun. Ini hasil infrastruktur dan dasar kerajaan terdahulu yang dibangunkan sejak berdekad, bukan hasil semusim.

Pelaburan adalah usaha bersama, bukan hak mutlak satu-satu parti.

Kejayaan pelaburan bukan milik sesiapa. Ia hasil usaha agensi pusat dan negeri, sokongan dasar kerajaan terdahulu, rakyat yang bekerja keras tanpa kira parti, tiada siapa boleh mendabik dada seolah-olah pelaburan ini eksklusif miliknya semata-mata.

Bagaimana jika PAS-PN tadbir Pahang? Jawapannya bukan sahaja boleh, bahkan In Shaa Allah akan lebih baik. Mengapa?

Kerana pelabur bukan hanya lihat projek atau geografi. Mereka cari, Integriti, kestabilan dasar dan urus tadbir yang bersih.

Inilah kekuatan PAS. Kita tak bergantung kepada retorik. Kita tunjuk bukti, seperti di Kedah.

โ€œKita dah dengar โ€˜buah tanggungโ€™ sejak tahun 60-an, kononnya PAS mundur. Tapi hari ini, realiti berubah. PAS kian subur, negeri-negeri PAS stabil dan menarik pelabur. Bukan dengan slogan, tapi dengan kerja.โ€

๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด

๐—ฌ๐—• ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—บ
๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐—”๐——๐—ก ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป

18/07/2025

DARI PRU-13 KE PRU-15: RAKYAT PAHANG DAH PILIH PAS, UMNO MASIH DALAM DENIAL

17 Julai 2025

Dakwaan bahawa slogan "PAS Teraju Pahang" hanya sekadar retorik menunjukkan UMNO masih hidup dalam denial dan tidak mahu mengakui realiti politik yang berubah. Sambutan hangat rakyat Pahang terhadap tagline ini membuktikan bahawa rakyat sudah bersedia untuk perubahan kepimpinan yang lebih bersih dan amanah.

Fakta tidak dapat dinafikan bahawa sokongan rakyat kepada PAS Pahang telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari PRU-13 hingga PRU-15. Peningkatan ini bukan kebetulan, tetapi hasil daripada kerja keras dan dedikasi yang berterusan dalam berkhidmat kepada rakyat.

Sementara UMNO sibuk dengan krisis dalaman dan pergolakan kepimpinan, PAS telah mengukuhkan jentera parti dan memperkasakan hubungan dengan akar umbi.

UMNO hari ini terpaksa menanggung liabiliti berat hasil daripada pakatan tidak wajar dengan DAP yang jelas bercanggah dengan perjuangan orang Melayu dan Islam. Bagaimana UMNO boleh mengaku memperjuangkan agenda Melayu sedangkan mereka sanggup bersekongkol dengan parti yang selama ini menentang kedudukan istimewa orang Melayu? Ditambah p**a dengan prestasi Perdana Menteri yang gagal dalam menangani isu ekonomi, kenaikan kos sara hidup, dan dasar-dasar yang membebankan rakyat, UMNO kini dilihat sebagai parti yang hilang arah dan prinsip.

Keseriusan PAS Pahang dalam hasrat untuk meneraju negeri ini terbukti dengan penyusunan kabinet bayangan yang telah siap dan lengkap untuk menggantikan UMNO selepas PRU-16. Kami tidak hanya bercakap kosong, tetapi telah menyediakan individu-individu yang berkelayakan dan berintegriti untuk memimpin setiap portfolio penting dalam kerajaan negeri.

UMNO perlu bersedia secara mental untuk menjadi pembangkang selepas PRU-16 kerana rakyat Pahang sudah muak dengan gaya kepimpinan yang tidak berubah selama 68 tahun. Masa untuk perubahan telah tiba, dan PAS Pahang sedia untuk memimpin transformasi politik yang akan membawa kemakmuran sebenar kepada rakyat.

Kepada rakyat Pahang, kami berjanji akan meneraju negeri ini dengan penuh amanah, telus, dan berintegriti, iaitu sesuatu yang telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat yang dahagakan kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab.

Ustaz Aireroshairi Roslan
Ketua Penerangan PAS Pahang

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Kuala Krau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share