BukuBest.com

BukuBest.com Penerbit dan penjual buku online. Semua buku 100% original, dari pengedar yang sah.

Judul sama. Yang kanan tu bahasa asal, bahasa Inggeris. Yang kiri versi bahasa Indonesia.Nak bawak dua-dua ke Pesta Buku...
19/10/2023

Judul sama. Yang kanan tu bahasa asal, bahasa Inggeris. Yang kiri versi bahasa Indonesia.

Nak bawak dua-dua ke Pesta Buku UKM. Tapi ada yang berminat ke ni?

Kalau minat, boleh wassap admin Fiza

Http://wassap.my/601154229265/

Malam esok saya dijemput live dalam 5-10 minit dalam sesi no.Cakap apa sahaja, sesi live yang dianjurkan oleh Nuha Books...
15/10/2023

Malam esok saya dijemput live dalam 5-10 minit dalam sesi no.

Cakap apa sahaja, sesi live yang dianjurkan oleh Nuha Books.

Saya ni macam wallpaper je. Tapi tetamu istimewa adalah Datuk Dr Lim Swee Tin. Haaa tu baru power.

Insya Allah nanti saya akan bercerita tentang promosi dan jualan yang akan dilakukan di Pesta Buku UKM yang akan bermula Sabtu - Selasa depan.

Sesi live ni nanti boleh disaksikan di:

1) Fb en Mohamed Nasser Mohamed https://www.facebook.com/mohamed.nasser.3762

2) FB Page: Nuha Books
3) FB Page: Nuha TV
4) FB Page: Siri Apresiasi Sasterawan Negara: A. Samad Said
5) FB Page: Aku Kaki Sakat
6) FB Page: Antologi Puisi Rukun Negara
7) YouTube Channel: NUHABOOK TV

Kerani ni berbakat besar dan rajin bekerja. Malam-malam dia tolong saya prufread novel thriller yang saya nak terbitkan....
11/10/2023

Kerani ni berbakat besar dan rajin bekerja. Malam-malam dia tolong saya prufread novel thriller yang saya nak terbitkan. Novel berjudul Simp**an Maut, terjemahan dari karya asal terbitan Indonesia berjudul Su***de Knot.

Dia ada cara mudah untuk proofread. Caranya duduk sahaja atas manuskrip asal tu. Baru dapat digest kandungan manuskrip tu. Shortcut kan..

Tapi kerja ni memerlukan sepenuh tenaga dan pemikiran. Selepas 5 minit, dia perlu berehat dulu....

KENAPA PAYUNG TERJUN TIDAK DISEDIAKAN DALAM PESAWAT KOMERSIL?Sepanjang karier saya sebagai nakhoda pesawat komersil, ini...
02/09/2023

KENAPA PAYUNG TERJUN TIDAK DISEDIAKAN DALAM PESAWAT KOMERSIL?

Sepanjang karier saya sebagai nakhoda pesawat komersil, inilah soalan yang kerap ditanya. Ini soalan munasabah. Fikirkan, dpd kemungkinan menghempap tanah pada 400 km/j, tidakkah lebih wajar penumpang memakai payung terjun dan melayang dengan selamat ke bumi?

Hakikatnya, ada 6 sebab kenapa payung terjun sebagai peralatan keselamatan pesawat tidak pernah dipertimbangkan dalam industri aviasi.

1 - tindakan terjun dpd pesawat tidaklah semudah yang kita bayangkan. Pengalaman saya terjun dari pesawat pada ketinggian 13,000 kaki atas Palm al-Jumeirah Dubai dulu nyaris berakhir dalam trajedi apabila saya hampir hilang kesedaran dalam 20 saat pertama. Tubuh manusia tidak mampu berfungsi biasa dalam suasana jatuh-bebas (freefall) - graviti akan memecutkan kelajuan tubuh sehingga halaju-muktamad (terminal velocity).

Fisiologi manusia akan percepatkan denyutan jantung dengan mendadak (akibat kekurangan oksigen) hingga kemungkinan berlakunya serangan jantung. Komando payung terjun yang kita lihat musim Merdeka ni sudahpun jalani latihan intensif di peringkat tertinggi. Mustahil untuk sykt penerbangan arahkan 400 penumpang tidak-terlatih terjun selamba pada kelajuan 1100 km sejam pada paras (hingga) 42,000 kaki - termasuk bayi, kanak2, warga emas & OKU.

2 - walaupun semua penumpang berjaya terjun, besar kemungkinan maut akibat terhempap sayap, ekor, kelepak atau penumpang lain. Lagi dahsyat kalau disedut masuk bilah kompresor enjin yg masih berputar.

3 - untuk jayakan proses evakuasi itu, semua penumpang perlu disediakan tangki oksigen yang dilengkapi altimeter berserta injap barometrik untuk membuka payung terjun sekitar 6000 kaki dari tanah. Maksudnya semua penumpang perlu jatuh-bebas antara 24-36,000 kaki di luar tekanan oksigen normal.

4 - jgn andaikan penumpang yang dipakaikan payung terjun akan mendarat atas padang rata. Besar kemungkinan haluan pesawat merentasi lautan ketika insiden berlaku. Ini bermakna kanopi payung penumpang akan runtuh dalam air dan lemaskan mereka. (Pertimbangkan kemungkinan jaket keselamatan terperangkap dalam jaringan tali payung terjun.) Bagaimana p**a dalam keadaan angin kencang berserta laut yang bergelora?

5 - rekabentuk seluruh proses evakuasi harus mencapai keputusan yang sama pada waktu malam, dalam penglihatan sifar, ribut petir dan dan seterusnya. (Dalam ribut, penumpang jauh lebih selamat duduk dalam kabin yang melayang tanpa enjin daripada terjun ke awan dan dipanah petir!) Kalau zon-jatuh (drop zone) payung terjun atas bandaraya, hampir 100% pasti kanopi payung akan runtuh 30m (100 kaki) dari tanah. Semua penumpang akan jatuh pada pecutan graviti maksimum. Tiada yang akan selamat.

6 - julat kawasan payung terjun yang dilepaskan dari pesawat jet pada kelajuan 1100 km/j berupaya mendarat dimana2 titik sebesar wilayah Malaysia (andaikan SAR bermula 25 minit selepas insiden.) Cuba buat kiraan luas bulatan dengan radius 500 km yang dikuasakan dan didarabkan dengan nilai pi). Maka ibu yang terjun bersama anaknya mungkin dijumpai di pesisiran pantai timur Mesia - manakala anaknya mungkin dijumpai di Pulau Natuna, Indonesia!

Statistik nahas pesawat mencadangkan sehingga 73% semua kemalangan udara berlaku ketika pesawat berlepas atau mendarat. Semua pihak harus tekun mencari penyelesaian untuk mengelakkan kecelakaan dalam dua fasa penerbangan ini. Dalam semua fasa lain, tumpuan nakhoda pesawat adalah untuk terus menyediakan bekalan oksigen yang cukup sehingga selamat mendarat.✈️💐

- Kapten Thirunavukkarasu Karasu .
Penulis buku Kapten Bawak Kami Terbang.

Boleh dapatkan banyak lagi info menarik tentang kapal Terbang dan aviasi dalam buku ni ya.

Link Shopee
https://shp.ee/5akz2n9

Link Lazada https://s.lazada.com.my/s.Ty9db

Tayar kapal terbang direkabentuk untuk terbabas sebelum bergolek?***Tahukah Anda? Tayar pesawat tidak sama seperti tayar...
24/08/2023

Tayar kapal terbang direkabentuk untuk terbabas sebelum bergolek?

***

Tahukah Anda? Tayar pesawat tidak sama seperti tayar kereta. Pesawat Airbus A340 yang saya terbangkan ke London/Paris ada 12 tayar yang menghempak landasan pada kelajuan 250 km/j. Namun tayar tersebut tidak pernah pancit/pecah/meletup sebab setiap tayar mengandungi tekanan sehingga 200 psi (ataupun 7x tekanan tayar Proton).

Fakta menarik - setiap tayar direkabentuk untuk terbabas sebelum bergolek. (Bukan seperti tayar kereta yang direkabentuk untuk mengelak daripada terbabas.). Semua pendaratan bermula dengan tayar yang sengaja 'dibabaskan' dahulu untuk menyamakan momentum-sudut (angular momentum) tayar dengan halaju-linear (forward velocity) pesawat tersebut sebelum awapecutan (deceleration) boleh berlaku.

Sebab ini, tayar pesawat tidak ada bunga seperti tayar kereta. Kalau dibungakan, tayar pesawat akan pecah di saat impak. Tayar pesawat tidak diisi dengan angin tapi gas nitrogen sebab nitrogen ialah gas nadir yang tidak mungkin terbakar.

Ini sebab tayar pesawat tiada injap yang boleh dipicit untuk membocorkan gas nitrogen tersebut. Cuma plag berbentuk fius bagi melindungi tayar dpd suhu tinggi. (Kelajuan maksima tayar pesawat sekitar 360 km/j).

Had kelajuan tayar pesawat bertujuan menghadkan momentum-sudut tayar dpd mekar seperti bunga Rafflesia. Juga, brek karbon pesawat itu sendiri besar kemungkinan terbakar sekiranya suhu mencecah 900 Celsius. Untuk mengelakkan tayar daripada terbakar, semua pembuat tayar pesawat (Bridgestone, Michelin dan Goodyear) terpaksa masukkan fius tersebut di dalam tayar (bukan di luar). Tujuannya untuk mengempiskan tayar sedikit untuk membolehkan pergerakkan selamat hingga tiba di gate untuk penyelengaraan.

- Kapten Dr Thiru

Nak banyak lagi fakta menarik tentang kapal terbang dan dunia aviasi? Boleh baca di dalam buku Kapten Bawa Saya Terbang yang Kapten Thiru tulis ni. Dalam tu ada banyak lagi info tentang sistem aviasi dan keselamatan penerbangan untuk info bersama.

Harga cuma RM35 sahaja.

Untuk dapatkan buku ini, boleh dapatkan di
Shopee:
https://shp.ee/5c2pdwk
Lazada:
https://s.lazada.com.my/s.61qDL

Dapatkan sekarang ya!

Tayar kapal terbang direkabentuk untuk terbabas sebelum bergolek. ***Tahukah Anda? Tayar pesawat tidak sama seperti taya...
24/08/2023

Tayar kapal terbang direkabentuk untuk terbabas sebelum bergolek.

***

Tahukah Anda? Tayar pesawat tidak sama seperti tayar kereta. Pesawat Airbus A340 yang saya terbangkan ke London/Paris ada 12 tayar yang menghempak landasan pada kelajuan 250 km/j. Namun tayar tersebut tidak pernah pancit/pecah/meletup sebab setiap tayar mengandungi tekanan sehingga 200 psi (ataupun 7x tekanan tayar Proton).

Fakta menarik - setiap tayar direkabentuk untuk terbabas sebelum bergolek. (Bukan seperti tayar kereta yang direkabentuk untuk mengelak daripada terbabas.). Semua pendaratan bermula dengan tayar yang sengaja 'dibabaskan' dahulu untuk menyamakan momentum-sudut (angular momentum) tayar dengan halaju-linear (forward velocity) pesawat tersebut sebelum awapecutan (deceleration) boleh berlaku.

Sebab ini, tayar pesawat tidak ada bunga seperti tayar kereta. Kalau dibungakan, tayar pesawat akan pecah di saat impak. Tayar pesawat tidak diisi dengan angin tapi gas nitrogen sebab nitrogen ialah gas nadir yang tidak mungkin terbakar.

Ini sebab tayar pesawat tiada injap yang boleh dipicit untuk membocorkan gas nitrogen tersebut. Cuma plag berbentuk fius bagi melindungi tayar dpd suhu tinggi. (Kelajuan maksima tayar pesawat sekitar 360 km/j).

Had kelajuan tayar pesawat bertujuan menghadkan momentum-sudut tayar dpd mekar seperti bunga Rafflesia. Juga, brek karbon pesawat itu sendiri besar kemungkinan terbakar sekiranya suhu mencecah 900 Celsius. Untuk mengelakkan tayar daripada terbakar, semua pembuat tayar pesawat (Bridgestone, Michelin dan Goodyear) terpaksa masukkan fius tersebut di dalam tayar (bukan di luar). Tujuannya untuk mengempiskan tayar sedikit untuk membolehkan pergerakkan selamat hingga tiba di gate untuk penyelengaraan.

- Kapten Dr Thiru

Nak banyak lagi fakta menarik tentang kapal terbang dan dunia aviasi? Boleh baca di dalam buku Kapten Bawa Saya Terbang yang Kapten Thiru tulis ni. Dalam tu ada banyak lagi info tentang sistem aviasi dan keselamatan penerbangan untuk info bersama.

Untuk dapatkan buku ini, boleh dapatkan di

Shopee:
https://shp.ee/5c2pdwk

Lazada:
https://s.lazada.com.my/s.61qDL

Dapatkan sekarang ya!

Selamat datang ke FB Page BukuBest.com Kami di sini hanya membawakan anda buku-buku yang 100% original. Kami dapatkan su...
24/08/2023

Selamat datang ke FB Page BukuBest.com
Kami di sini hanya membawakan anda buku-buku yang 100% original. Kami dapatkan supply dari pembekal buku yang sah.

Kita tak akan sokong buku pirate, ebook pirate atau buku reprint dari versi PDF.

Address

Bandar Mahkota Cheras

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00

Telephone

+60123547636

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BukuBest.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BukuBest.com:

Share

Category