![[[ DALAM BOTOL TU HANTU/JIN ]]Cerita Mistik Dan Tipu Daya Dunia..Kisah benar..Ini cerita bomoh hantu 5 tahun dahulu, say...](https://img4.medioq.com/472/826/122106062474728261.jpg)
26/01/2025
[[ DALAM BOTOL TU HANTU/JIN ]]
Cerita Mistik Dan Tipu Daya Dunia..
Kisah benar..
Ini cerita bomoh hantu 5 tahun dahulu, saya pendekkan jalan ceritanya, kawan saya sakit nak berubat jumpa bomoh, dia ajak saya temankan dia ke rumah bomoh tu, jadi saya kata ok takde masalah, saya pun nak tengok juga cara bomoh tu mengubat orang, adakah jalan bomoh itu yang hak atau yang bathil..
Sampai ke rumah bomoh tu ramai orang yang datang berubat saya perhatikan, sofa ada seorang perempuan yang bomoh tu rawat, bomoh tu tengah nak tangkap hantu yang ada pada tubuh perempuan itu, saya perhatikan bomoh tu masukkan halia, bawang merah dan garam ke dalam botol yang seperti gambar dibawah, saya tengok bomoh tu mula beraksi batin, ok dah dapat katanya, ada 2 ekor pocong dan 1 ekor kuntilanak..
Botol yang pertama anak pocong dan botol yang kedua emak pocong, 2 ekor pocong tu anak beranak katanya, yang lagi satu botol tu kuntilanak, itulah gambar yang kawan saya dapat ambil, saya yang melihat sungguh jelas dan nampak hantu jinnya didalam botol itu..
Kalau anda lihat botol 1 dan 2 tu kurang jelas, tapi botol yang ke 3 tu agak nampak rambut kuntilanaknya, apa yang saya kirimkan gambar dan ceritakan adalah benar sebenarnya dan kesimpulannya selepas selesai urusan kawan saya dan bomoh itu, saya menasihatkannya..
Saya kata pada kawan saya, kau carilah orang lain nak berubat, ini semua tipu daya bomoh tu dan juga syaitan dan jin, mereka bertiga berkerjasama menipu saya pesakit yang datang berubat dengannya, hantu yang ada dalam botol tu adalah hantu yang bomoh tu bela, kalau orang jawa kata perewangnya, atau belaannya, atau sahabatnya jin, hantu ni tak wujud, yang wujud dan ALLAH ciptakan adalah JIN, bahkan syaitan dan iblis itu juga dari bangsa jin, hantu nama-nama jin tu, contoh pocong, kuntilanak, gondorowo, toyol, hantu raya dan sebagainya, itu semua adalah jin, mereka bertiga yakni bomoh, syaitan dan jin itu berkerjasama bagi menipu daya, bahkan bomoh itu sendiri sebenarnya ditipu daya, tinggal lagi kerana DUIT, bomoh itu sanggul berkerjasama dengan syaitan dan jin..
Rasanya cukup sampai disini saya ceritakan kisah kehidupan dan tentang dunia yang penuh dengan tipu daya, baik manusia, syaitan dan jin, sofa berhati-hatilah didalam meniti kehidupan dan ketika diuji oleh ALLAH, adalah yang terbaik ketika diuji sakit oleh ALLAH, maka bertawakallah kepada ALLAH dan sekian terima kasih kepada yang membaca..