26/08/2025
25 Julai 2025 lalu menandakan ulang tahun ketiga saya menyaksikan Bima Sakti di langit Bario.
Sejak senja berlabuh hingga ke tengah malam, galaksi bima sakti memancar jelas dengan mata kasar. Langit hidup dengan lintasan meteor yang hadir satu demi satu sehingga jumlahnya tidak lagi mampu dihitung. Kehadiran kelip-kelip membuat malam itu lebih mempesona, seolah-olah memantulkan cahaya bintang di angkasa.
Malam itu dikurniakan kesempatan yang indah apabila lintasan meteor berjaya diabadikan di dalam beberapa tangkapan gambar. Setiap potret diambil hanya dengan telefon dan tripod. Hasilnya mungkin tidak sempurna, tetapi keindahannya tetap cukup dan memadai di jiwa.
Bima Sakti sentiasa menjadi peringatan betapa luasnya semesta dan betapa bernilainya kenangan malam itu pada saat berdiri dalam kegelapan, berbaring di atas hamparan Bario yang dingin dan berkongsi setiap detik dengan insan tersayang.
Nikmat ini dihargai dengan penuh kesyukuran dan rasa kagum yang tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata serta terbit kerendahan jiwa menyaksikan keagungan ciptaan-Nya. Malam itu sebagai saksi impian yang tercapai dan hadiah bagi kesabaran yang teruji.
Sebagai pencinta cakerawala, setiap lembaran waktu di bawah langit Bario terasa seperti anugerah dan peringatan bahawa meskipun kita sekecil zarah, kita tetap sebahagian daripada ciptaan-Nya yang terindah.
Bario akan sentiasa menjadi yang teristimewa;
Di sinilah ketenangan yang sukar ditemui di mana-mana,
Di sinilah langit bertaut dengan jiwa pengembara,
dan di sinilah bintang-bintang di angkasa bersatu dengan cahaya sekecil kelip-kelip yang menjadi saksi bahawa keajaiban itu sentiasa wujud, sekalipun di tanah air tercinta ini, Sarawak.
Malaysia Mengalun Salam kepada Dunia. ✨
___________________________________________________
On 25th July, marked my 3rd Milky Way anniversary in Bario. From 7:25pm until midnight, the milky way visible brightly to the naked eye and the sky was alive with shooting stars, one after another until they were too many to count.
What made it even more special was the fireflies. They glowed like little lanterns and mirroring the stars in the sky, both felt equally magical.
I managed to capture not just the Milky Way but also some shooting stars in my photos and I also achieved my little goal of framing the foreground together with that magnificent galaxy. All my Milky Way photos have been taken with just my phone and a tripod, nothing more. They’re not perfect but that’s enough for me.
The Milky Way never fails to remind me of how vast the universe is and how important it is to treasure these rare and magical nights. These moments carry the memory of me standing in the dark, lying on the cool ground, holding onto the night as best as I could and sharing it with loved ones. I was humbled and grateful all at once.
This was more than just a sky full of stars.
It was a reminder of dreams fulfilled.
Patience rewarded.
The quiet joy of simply being present under the universe’s most beautiful canvas.
As an astrophile, every second under the stars feels like both a gift and a reminder of how small yet deeply connected we are to His magnificent creation.
Bario will always be a special place;
where I’ve found a kind of peace that’s hard to find anywhere else,
where the sky meets the soulful wanderer in me,
where the stars above and the fireflies below remind me that wonder exists everywhere, including right here at home in Sarawak.
Malaysia Welcomes the World! ✨
Tourism Malaysia