02/08/2026
Hakikat yang susah orang nak terima. Komisen dealer Public Gold hanya 1-2% je. Banyak lagi yang buat untung jauh lebih banyak. Tapi yang buat dealer stay dan kerja kuat, bukan sbb duit semata-mata.
Terima kasih atas pandangan.
Saya setuju bahawa ASB juga adalah instrumen simpanan dan pelaburan yang baik. Saya sendiri menyimpan duit di ASB dan malah jumlah simpanan ASB saya pada satu ketika lebih RM1 juta (modal sendiri – tak ambil loan!). Malah saya telah mengesyorkan ASB dalam buku dan seminar saya sudah lebih 25 tahun.
Tetapi mengatakan "emas yang untung hanya dealer" kurang tepat.
FYI, komisen dealer Public Gold hanyalah sekitar 2%, dan komisen itu dibayar oleh Public Gold daripada kos operasinya, bukan caj tambahan kepada pelanggan.
Sebagai perbandingan, komisen:
• Ejen insurans/takaful: sekitar 10%–25%
• Sesetengah syarikat MLM: boleh mencecah 50%.
Jadi komisen dealer Public Gold sebenarnya antara yang paling rendah.
Akhirnya, setiap orang bebas memilih instrumen yang paling sesuai dengan matlamat kewangan masing-masing. Saya hanya berkongsi ilmu supaya orang ramai boleh membuat keputusan berdasarkan fakta, bukan persepsi, info yang tak sempurna, info yang berat sebelah atau info yang salah sama sekali.