Mohammad Norizhuan Awang -MNA

Mohammad Norizhuan Awang -MNA We cant help everyone, but everyone can help someone

Assalamualaikum, Salam Jumaat Semua.Semoga dipermudahkan urusan kita di hari Jumaat yang mulia ini, dilancarkan rezeki k...
11/12/2025

Assalamualaikum, Salam Jumaat Semua.

Semoga dipermudahkan urusan kita di hari Jumaat yang mulia ini, dilancarkan rezeki kita dan dilindungi dari segala perkara mungkar 🤲

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah, selesai sudah proses Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Saba...
15/11/2025

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, selesai sudah proses Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sipitang.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan pada hari ini. Kehadiran dan semangat kalian benar-benar menguatkan langkah saya.

Kepada Rakyat Lumadan yang saya kasihi,
Pada hari ini, secara rasmi saya menawarkan diri sebagai calon yang akan membawa suara dan harapan kalian.

Dengan penuh rendah diri, saya memohon doa, sokongan dan keyakinan daripada seluruh warga Lumadan. Bantulah saya dan berikanlah peluang untuk saya menjadi YANG BERKHIDMAT demi kemajuan kampung, komuniti dan generasi kita.

InsyaAllah, dengan izin-Nya dan sokongan kalian, kita akan membawa kawasan Dun Lumadan ini ke tahap yang lebih baik, lebih BERPADU!

Ikhlas daripada,
Mohammad Norizhuan Awang
Calon No 1,
Parti Warisan Sabah
N34 Lumadan

13/11/2025
20/10/2025

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Presiden Parti Warisan Sabah,YB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Seluruh Wira Warisan Sabah menzahirkan ucapan dan doa tulus agar Datuk Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan yang berpanjangan serta kekuatan dalam meneruskan perjuangan membela nasib rakyat dan memartabatkan Sabah yang kita cintai.

Di bawah kepimpinan Datuk Seri, semangat perjuangan Warisan terus menyala, menyatukan generasi muda dan seluruh rakyat tanpa mengira latar, demi membina Sabah yang adil, makmur dan bermaruah.

Kami, barisan Wira Warisan seluruh negeri Sabah, berikrar untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Seri, menjunjung perjuangan Selamatkan Sabah hingga ke titisan terakhir semangat anak watan.

Selamat Hari Lahir, Datuk Seri!
Semoga perjuangan ini terus diberkati dan menjadi warisan untuk generasi akan datang.

Ikhlas Daripada : Wira Warisan Sabah

04/10/2025

Address

Beaufort

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohammad Norizhuan Awang -MNA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohammad Norizhuan Awang -MNA:

Share