16/08/2026
BAJET PENGANJURAN MENCECAH RM1 JUTA BAGI MERAIKAN SAMBUTAN MALAM ULANG TAHUN KE 60 TAHUN YAYASAN SABAH TIDAK WAJAR DAN SATU BENTUK PEMBAZIRAN
Bayangkan rata-rata rakyat Sabah dibebani dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ekoran kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan harga barang makanan tapi Yayasan Sabah boleh pulak bazirkan duit meraikan VVIP dan VIP dalam Majlis seperti ini.
Majlis ini bakal dihadiri oleh TYT Sabah, Ketua Menteri, Menteri, Pembantu Menteri, semua Wakil Rakyat Sabah (ADUN dan MP), SU Kerajaan Negeri, Pegawai Tertinggi Agensi Kerajaan dan Konsulat beberapa negara yang berada di Sabah.
Daripada meraikan orang politik dan golongan kayangan (pinjam ayat PMX) kenapa tidak staff Yayasan Sabah diberi penghargaan dalam bentuk pemberian bonus sambil meraikan mereka dalam Majlis makan malam?
Pemberian Bonus rasanya lebih sesuai sebagai tanda penghargaan kepada pekerja GLC terbesar Sabah ini selepas Yayasan Sabah mencatat keuntungan RM683 juta sebelum cukai bagi tahun kewangan 2025.
Kalau mahu juga sambutan yang diraikan bersama VVIP dan VIP, kurangkanlah bajet penganjuran. Jangan kerana rekod kewangan Yayasan Sabah mencatat keuntungan, terus kamu pun berbelanja sakan untuk satu Majlis seperti ini.
Tapi tidak hairan juga bajet yang membazir ini kerana Kerajaan GRS dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor sendiri amat boros dalam mentadbir urus Kerajaan Negeri.
Sejak dari awal pemerintahan GRS, Hajiji dan gerombolannya bermewah hasil duit cukai rakyat Sabah. Tapi beliau tetap bilang, Wakil Rakyatnya semua tidak cukup makan.