Mohammad Norizhuan Awang -MNA

Mohammad Norizhuan Awang -MNA We cant help everyone, but everyone can help someone

Innalillahiwainnalillahirojiunn.Al Fatihah buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia.S...
15/04/2025

Innalillahiwainnalillahirojiunn.

Al Fatihah buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat Allah SWT

10/04/2025
01/03/2025

Salam Ramadan 1446H.

Ikhlas Daripada :
Wira Warisan Sabah

12/02/2025
26/01/2025

Selamat Memperingati Peristiwa Isra Miraj 1446H / 2025M

𝟐𝟎𝟐𝟓 : 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍!"𝐁𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐬𝐞𝐩𝐮𝐥𝐮𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚, 𝐧𝐞𝐬𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐠𝐮𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚". 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝...
02/01/2025

𝟐𝟎𝟐𝟓 : 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍!

"𝐁𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐬𝐞𝐩𝐮𝐥𝐮𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚, 𝐧𝐞𝐬𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐠𝐮𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚". 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐫𝐧𝐨.

Kata-kata tersebut menggambarkan betapa pentingnya pemuda yakni golongan belia dalam mencorak sesebuah organisasi, pertubuhan, waima negeri dan negara.

Bayangkan, jika kita memiliki sepuluh orang pemuda yang berwawasan, semangat juang tinggi, berpadu dan berani ianya sudah cukup untuk mencipta satu impak yang cukup besar sekaligus menggoncang sesebuah sistem dan sang pemimpin yang terlalu selesa ditampuk kuasa.

Dan pemuda-pemuda yang digambarkan ini sedang tumbuh dan kian bercambah dalam kalangan generasi Z di Negeri Sabah sekarang.

Bayangkan, tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri dibawah bayu ini, sekumpulan anak muda dalam kalangan mahasiswa bangkit menjadi "kepala" dalam menyuburkan demokrasi yang menjadi amalan kita.

Bukan sekali, tetapi dua kali!

Semua ini kerana anak muda kian muak dengan kegagalan demi kegagalan yang berlaku dalam tadbir urus kerajaan negeri, yang akhirnya telah memberikan kesan bukan sahaja kepada mereka, tetapi keseluruhan rakyat sabah.

Sedari awal, secara peribadi saya akan letakkan diri saya sebaris bersama anak-anak muda yang berwawasan ini. Tidak kira apa tohmahan dan kritikan terhadap mereka, tetapi saya tetap konsisten bersama mereka!

Kenapa? jawapannya ialah demokrasi!

Ya!, Perhimpunan aman juga merupakan salah satu tingkah demokrasi!. Dan anak muda ini berjaya mendidik rakyat sabah tentang erti demokrasi sebenar!

Kepada seluruh anak muda sabah, tahun 2025 ini adalah panggilan untuk kalian bangkit dan mencipta perubahan!

Kalian adalah generasi yang membawa harapan keseluruhan rakyat sabah dan generasi yang akan mengangkat semula martabat negeri tercinta yang kian tercalar ini.

Jadilah simbol perpaduan, dan pencetus inspirasi. negeri sabah memerlukan keberanian, ketekunan, dan hati kalian.

Ayuh ciptakan Sabah yang lebih hebat untuk generasi akan datang!

MNA
01.01.2025

Address

Beaufort

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohammad Norizhuan Awang -MNA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohammad Norizhuan Awang -MNA:

Share