Dengah Uma Kahei

Dengah Uma Kahei batang dengah

02/08/2026

Sejarah Perahu "Benerang" – Legenda Regatta Baram

MARUDI, 2026 – Di sebalik kehebatan perahu Benerang yang kembali dinobatkan sebagai Raja Sungai Regatta Baram 2026, tersimpan sejarah panjang yang penuh dengan semangat, pengorbanan dan kerjasama masyarakat.

Pemilik perahu, Uncle (Pui) Mani, bergambar bersama anak beliau, Pastor David, sempena Regatta Baram 2026. Menurut Uncle Mani, pembinaan perahu ini bermula pada tahun 1985 dan hanya berjaya disiapkan pada 2008. Perahu tersebut mampu memuatkan lebih daripada 40 orang pekayuh.

Beliau menjelaskan bahawa pembinaan perahu ini merupakan hasil usaha dan kerjasama ramai saudara-mara yang berasal dari Terawan, Mulu, yang berganding bahu sehingga impian tersebut menjadi kenyataan.

Kemunculan sulung perahu ini di Regatta Baram 2008 terus mencipta sejarah apabila berjaya muncul Juara Raja Batang Baram. Gelaran Raja Batang Baram ditentukan menerusi acara tanpa had (Unlimited), iaitu kategori paling berprestij dalam Regatta Baram. Berbeza dengan kebanyakan regatta lain di seluruh Sarawak yang menentukan juara utama melalui acara 30 pekayuh, Regatta Baram menobatkan Raja Sungai melalui perlumbaan tanpa had, menjadikannya satu keunikan tersendiri.

Untuk rekod, perahu ini pada asalnya dikenali sebagai Ular Kenyalang sebelum dijenamakan semula sebagai Benerang pada tahun 2023, dan nama tersebut terus digunakan sehingga Regatta Baram 2026.

Sepanjang sejarah penyertaannya, perahu Benerang telah muncul sebagai Raja Sungai Regatta Baram sebanyak lima kali, iaitu pada tahun 2008, 2011, 2017, 2023 dan 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara perahu paling berjaya dalam sejarah Regatta Baram.

Namun perjalanan perahu ini bukanlah sentiasa mudah. Dalam acara Tanpa Had Piala Sultan Brunei pada Regatta Baram 2011, perahu ini pernah ditewaskan oleh perahu Uma Kahei, Belaga, yang turut diperkuatkan 5 orang pekayuh dari Sekapan Piit dengan 28 orang pekayuh Uma kahei dengan jumlah 33 orang pekayuh kesemuanya dalam perahu uma kahei.

Sejarah itu berulang sekali lagi pada Regatta Baram 2026, apabila perahu Benerang tewas kepada perahu Uma Kahei yang diwakili oleh pekayuh Kasihnya Warisan. Dalam perlumbaan Tanpa Had Piala Premier Sarawak, perahu Uma Kahei dengan kekuatan 40 orang pekayuh KW, berjaya kalahkan Benerang dalam acara tersebut.

Walaupun pernah mengalami kekalahan, pencapaian dan legasi Benerang tetap terpahat dalam sejarah Regatta Baram. Perahu ini bukan sahaja menjadi lambang kegigihan dan perpaduan masyarakat Terawan, Mulu, malah terus dikenang sebagai antara perahu paling berpengaruh yang pernah mengharumkan nama Regatta Baram.Tahniah kepada semua Pasukan yang menjayakan edisi Regatta Baram 2026 kali ini..Tuhan memberkati.

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Ugat Mering telah dipanggil pulang ke pangkuan Tuhan pada hari ini.Salam takzia...
31/07/2026

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Ugat Mering telah dipanggil pulang ke pangkuan Tuhan pada hari ini.

Salam takziah yang setulus hati kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan. Semoga Tuhan mengurniakan kekuatan, damai sejahtera, serta penghiburan kepada seluruh keluarga besar dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Firman Tuhan berkata:

"Berbahagialah orang mati yang mati dalam Tuhan, sejak dari sekarang ini. Sungguh, kata Roh, supaya mereka boleh beristirahat daripada segala jerih payah mereka, kerana segala perbuatan mereka menyertai mereka."
– Wahyu 14:13

Kiranya janji Tuhan ini menjadi sumber pengharapan dan kekuatan buat seluruh keluarga. Semoga roh mendiang beristirahat dengan damai di sisi Tuhan.

Amin.

26/07/2026

Bergigit sampai Adan..saingan sengit dari 3 pasukan..Final yang menegangkan dari 3 buah perahu..
KEPUTUSAN RAJA BATANG BARAM 2026
🥇Benerang Terawan Mulu
🥈Singgal Tagal Anek Murai
🥉Lakin Belaga

Tahniah semua team-team yang sudah berjuang bgi yg terbaik..sekali lagi kalian semua terbaik..Tuhan memberkati.

Video kredit: Beevivian,Mulu Terawan

Ada manis nya Hari iniLakin Belaga
25/07/2026

Ada manis nya Hari ini
Lakin Belaga

25/07/2026

Tahniah buat Team Lakin Belaga
Johan Piala Premier Abang Jo

Takziah buat keluarga besar di dalam dukacita ini..Tuhan selalu menyertai dan bagi penghiburan buat keluarga besar..
22/07/2026

Takziah buat keluarga besar di dalam dukacita ini..Tuhan selalu menyertai dan bagi penghiburan buat keluarga besar..

22/07/2026

Lakin Belaga Uma Kahei,
2014 kali terakhir ikut lumba perahu Baram Regatta pulang sebagai Raja Sungai Baram Regatta 2014..kali ini kita muncul sekali lagi setelah 12tahun lama tidak ikut Regatta Baram.
Moga 21pekayuh muda dan
6 orang veteran warga mas 60an.. moga ada manis-manis nya nanti..

Kata-kata semangat,displin,rendah diri dan Doa  sebelum berangkat ke Regatta Baram, Marudi..Buat yang terbaik untuk 27 o...
21/07/2026

Kata-kata semangat,displin,rendah diri dan Doa sebelum berangkat ke Regatta Baram, Marudi..
Buat yang terbaik untuk 27 orang pekayuh kita (Lakin Belaga Uma Kahei)..moga ada manis-manis nya.

Salam takziah men keluarga Lian Lujah atas kepergian isteri.. Tuhan maie penghiburan men kelok panak ayak halem penusah ...
26/05/2026

Salam takziah men keluarga Lian Lujah atas kepergian isteri.. Tuhan maie penghiburan men kelok panak ayak halem penusah anih..

Address

Uma Kahei Long Mekero
Belaga

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dengah Uma Kahei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category