Alexander Nanta Linggi

Alexander Nanta Linggi Alexander Nanta Linggi, PBB, P215 Kapit

06/08/2026

Memperkasa Integriti, Mentransformasi Industri Pembinaan.

Sekitar Majlis Perasmian Hari Integriti dan Kecemerlangan Industri Pembinaan Sarawak 2026 (IECONS 2026) di Pusat Konvensyen CIDB Negeri Sarawak hari ini.





Integriti dalam projek pembangunan dan pembinaan bukan sekadar soal pematuhan. Ia berkait terus dengan keselamatan rakya...
06/08/2026

Integriti dalam projek pembangunan dan pembinaan bukan sekadar soal pematuhan. Ia berkait terus dengan keselamatan rakyat yang menggunakan jalan raya, jambatan, bangunan dan kemudahan awam yang kita bina.

Sebab itu, setiap keputusan - daripada proses perolehan, pemilihan bahan, pelaksanaan kerja hinggalah kepada penyeliaan di tapak, mesti dibuat dengan telus, bertanggungjawab dan berakauntabiliti.

Apabila integriti dijaga, kualiti dapat dipertahankan, risiko dapat dikurangkan dan kepentingan rakyat lebih terjamin.

Perkara ini saya tekankan pada Hari Integriti dan Kecemerlangan Industri Pembinaan Sarawak 2026 (IECONS 2026) di Kuching sebentar tadi.

Sesebuah projek tidak boleh dinilai berdasarkan kepantasan siap semata-mata. Ia mesti memenuhi spesifikasi dan standard yang ditetapkan, disiapkan mengikut kos serta jadual, dan memberikan nilai terbaik kepada rakyat.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, atas kesudian hadir dan merasmikan program ini.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh tadbir urus, profesionalisme dan keyakinan rakyat terhadap industri pembinaan.

Kementerian Kerja Raya dan CIDB akan terus memperkukuh budaya integriti menerusi pelaksanaan sistem pengurusan antirasuah.

Komitmen ini perlu dipegang utuh bagi memastikan setiap pembangunan dapat memberi manfaat yang selamat dan terbaik kepada rakyat.






MalaysiaMadani

Usaha memperkasa Lebuhraya KL–Karak diteruskan demi perjalanan yang lebih lancar, selesa dan selamat untuk semua. Ini an...
05/08/2026

Usaha memperkasa Lebuhraya KL–Karak diteruskan demi perjalanan yang lebih lancar, selesa dan selamat untuk semua.

Ini antara inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan.





Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Esa atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Lembaga Ju...
05/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Esa atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) bagi tempoh 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2028.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh peranan Lembaga Jurutera Malaysia dalam memartabatkan profesion kejuruteraan serta menyokong agenda pembangunan negara.

Pelantikan watikah ini turut disaksikan oleh YBhg Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya dan Tuan Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman (TKPKR Sekto Infra).

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.





Saya ingin merakamkan rasa simpati terhadap dua mangsa yang cedera akibat kemalangan melibatkan sebuah kenderaan dan sek...
05/08/2026

Saya ingin merakamkan rasa simpati terhadap dua mangsa yang cedera akibat kemalangan melibatkan sebuah kenderaan dan sekump**an gajah di KM274.6 arah utara Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran laluan Cheneh-Chukai, malam tadi.

Berdasarkan laporan awal yang diterima, kawasan terbabit dilengkapi pagar keselamatan bagi menghalang kemasukan hidupan liar ke jajaran lebuh raya. Namun, pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat bahagian pagar yang telah dirobohkan dipercayai akibat rempuhan kawanan gajah yang melalui kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, saya telah mengarahkan syarikat konsesi LPT2 mengambil tindakan segera untuk membaik pulih pagar yang rosak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pasukan teknikal telah berada di tapak bagi menilai tahap kerosakan dan menyelaras pelaksanaan kerja pembaikan dengan kadar segera. Saya dimaklumkan, kerja-kerja pembaikan ini akan bermula selewat-lewatnya esok (6 Ogos 2026).

Pada masa sama, pihak LPT2 diarahkan mengambil langkah serta-merta meningkatkan frekuensi rondaan terutama pada waktu malam di lokasi berisiko.

Saya turut mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengadakan perbincangan bersama pihak syarikat konsensi LPT2 dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) esok (6 Ogos 2026) bagi mengenal pasti langkah penyelesaian jangka panjang yang lebih berkesan.

Selain aspek mitigasi hidupan liar, saya juga mahu cadangan penambahbaikan pencahayaan di lokasi berisiko, termasuk melalui skop projek pemasangan lampu LED, diteliti dari sudut teknikal dan keperluan pelaksanaannya di sepanjang kawasan terlibat.

Saya memandang serius keadaan ini kerana ia bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan pengguna jalan raya, malah berkait rapat dengan pengurusan konflik manusia dan hidupan liar yang semakin mencabar.

Dalam pada itu, saya ingin menasihatkan pengguna lebuh raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi had laju dan meningkatkan tahap kewaspadaan khususnya ketika melalui kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan pergerakan hidupan liar.

Keselamatan jalan raya kekal menjadi keutamaan bagi mencegah kejadian seumpama ini berulang.





RM 34.19 juta diperuntukkan pada tahun 2026 bagi pemasangan lampu jalan solar (ISLED) di 362 lokasi Jalan Persekutuan.Pe...
05/08/2026

RM 34.19 juta diperuntukkan pada tahun 2026 bagi pemasangan lampu jalan solar (ISLED) di 362 lokasi Jalan Persekutuan.

Perinciannya di sini





04/08/2026

Scroll je… Your favourite apps are levelling up!




04/08/2026

Satu pasukan, satu matlamat.

Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya bagi bulan Ogos 2026 hari ini.




Di sebalik setiap jalan, sekolah dan hospital yang dibina, ada kehidupan rakyat yang mahu kita perbaiki.Pada Perhimpunan...
04/08/2026

Di sebalik setiap jalan, sekolah dan hospital yang dibina, ada kehidupan rakyat yang mahu kita perbaiki.

Pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya pagi tadi, saya menegaskan bahawa rakyat tidak menilai kita melalui jumlah mesyuarat atau dasar yang diumumkan, tetapi melalui hasil yang dapat dilihat dan dirasai.

Ketika ini, Jabatan Kerja Raya mengurus projek pembangunan, penyenggaraan dan naik taraf bernilai hampir RM 140 bilion.

Daripada 844 projek dalam pembinaan, 232 mendahului jadual, 272 mengikut jadual, manakala kadar projek sakit berjaya dikurangkan daripada 6.18% kepada 5.92%.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) p**a terus memastikan rangkaian lebuh raya negara kekal selamat, cekap dan boleh dipercayai, termasuk melalui pemasangan 3,000 lampu jalan LED solar di 32 lokasi berisiko kemalangan.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memainkan peranan penting mentransformasikan industri pembinaan melalui teknologi BIM, pembangunan tenaga kerja mahir, inovasi dan amalan pembinaan mampan.

Amanat saya kepada seluruh warga KKR jelas — “Less Excuses. More Execution.”

Kurangkan alasan, cari penyelesaian dan pastikan setiap projek benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.





Selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-76 YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman ...
04/08/2026

Selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-76 YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Di sebalik amanah besar sebagai pemimpin, YAB sentiasa dikenali sebagai seorang yang tenang, dekat dengan rakyat dan tidak pernah jemu mendengar suara mereka.

Nilai inilah yang menjadikan kepimpinan YAB bukan sahaja dihormati, malah disegani serta dihargai oleh seluruh lapisan masyarakat.

Semoga ulang tahun ini membawa lebih banyak keberkatan, kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga tercinta serta kekuatan untuk terus menerajui Sarawak ke arah masa depan yang lebih maju, inklusif dan makmur.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan iltizam YAB dalam membangunkan negeri yang kita cintai ini.

Semoga Tuhan sentiasa memberkati setiap langkah dan usaha YAB dalam memimpin Sarawak.

Address

Bintulu
97###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alexander Nanta Linggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share