PRK P.091 Rompin

PRK P.091 Rompin Facebook Rasmi PAS Kawasan Rompin

Mudahnya nak gula gulakan rakyat
21/06/2025

Mudahnya nak gula gulakan rakyat

Semalam live di TikTok saya kena sekat setelah baru dalam beberapa minit bercakap dan live view sedang meningkat melebihi 5k views.

Notification kata kononnya saya langgar guidelines community padahal pada masa itu saya sedang cerita berkenaaan hutang negara dan perbelanjaan kerajaan.

Saya juga ulas bahawa kenyataan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim semalam berkenaan hutang negara adalah tidak betul. Anwar berkata sejak dia ambil alih kerajaan dia telah turunkan hutang negara sebanyak RM20 billion walaupun hutang negara sebenar telah meningkat dari RM686 billion sebelum PH memerintah pada tahun 2018 kepada hampir dua kali ganda iaitu RM1.3 trillion kini. Dalam dua setengah tahun Anwar memerintah dia telah tambah lebih RM200 billion hutang.

Namun Anwar kata sebelum itu kerajaan sebelum dia ambil hutang RM100 billion setahun, dia cuma ambil RM85 billion dan akan ambil RM80 billion hutang sahaja setahun. Oleh itu ikut takrifan dia maka dia kononnya telah turunkan hutang.

Anwar, itu bukan turunkan hutang, itu masih tambah hutang dengan jumlah yang lebih kecil. Contohnya, kalau tahun lepas kamu berhutang beli rumah RM100 ribu, dan tahun ini kamu berhutang lagi beli kereta p**a RM80 ribu, jumlah hutang kamu meningkat kepada RM180 ribu walaupun kamu ambil hutang tahun ini rendah sedikit RM20 ribu dari tahun lepas.

Bila kamu gebang pada jiran-jiran yang kamu telah kurangkan hutang sebanyak RM20 ribu, itu tidak betul. Habis tu kalau tahun depan kamu ambil personal loan lagi RM50 ribu, takkan kamu nak bagitahu orang yang kamu sudah kurangkan hutang lagi sebanyak RM30 ribu? Ini pemikiran masuk air.

Dan kamu tidak boleh bandingkan hutang kamu dengan hutang kerajaan dahulu sebanyak RM100 billion setahun pada zaman COVID. Semasa zaman COVID hampir semua negara di dunia ambil hutang lebih untuk rangsangan ekonomi. Selepas COVID berakhir kamu sepatutnya normalisasikan kembali hutang seperti sebelum COVID iaitu sebanyak RM40-60 billion sahaja setahun, bukan ambil hutang RM80-RM90 billion rendah sikit saja dari COVID dan berbelanja paling besar dalam sejarah dalam dua tahun kamu memerintah sampai peratusan hutang telah cecah 65% dari saiz ekonomi.

Dan ke manakah perginya duit berbillion-billion itu? Saya dan kebanyakan rakyat tidak nampak. Yang kami rasa dan nampak ialah kamu naikkan cukai, potong subsidi, naikkan harga minyak dan buang orang untuk tampung perbelanjaan besar kamu itu. Inilah Ekonomi Madani.

Dan lepas itu bila saya tegur dan cakap pasal benda ini tiba-tiba live saya dan banyak akaun media sosial rakyat disekat.

Way to go Anwar. Definasi GST pun kamu tak tahu, General Services Tax konon. Mesti ramai undi kamu dalam pilihanraya nanti.

Jemput semua hadir memeriahkan majlis
12/04/2025

Jemput semua hadir memeriahkan majlis

09/02/2025

🔴 SIARAN LANGSUNG | CERAMAH PERDANA JELAJAH PAS TERAJU PAHANG
Saksikan ceramah yang membawa harapan baru untuk Pahang bersama tokoh-tokoh perjuangan kita:

YB Ustaz Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS)
YB Tuan Haji Hasanuddin Salim (Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang)
YBhg Tuan Fazil Azmi Nadzri (YDP PAS Kawasan Maran)

📅 9 Februari 2024 (Ahad)
⏰ 9.30 malam

📍 Markaz Al-Khidmat PAS Kawasan Maran, Taman Embun Mutiara, Kg Awah

Tonton secara langsung di:
📱 Facebook: TV Makmur
📺 YouTube: TV Makmur Official
🎥 TikTok:
Jangan lupa SHARE & TAG rakan-rakan anda!

Semoga dipermudahkan urusan
26/01/2025

Semoga dipermudahkan urusan

Tahniah..
23/12/2024

Tahniah..

07/12/2024
25/11/2024

JAMBATAN KEKAL FELDA SELANCAR: KELEWATAN PEMBINAAN UNDANG KECEWA RAKYAT

Pada bulan Februari 2023, sebuah bencana alam telah menyebabkan jalan utama untuk penduduk gugusan Felda Selancar di Pahang terputus akibat hujan lebat.

Perkara ini menimbulkan kesulitan besar kepada penduduk yang bergantung sepenuhnya kepada jalan tersebut untuk aktiviti harian mereka.

Sebagai langkah sementara, kerajaan negeri telah membina sebuah jambatan Bailey dengan satu lorong pada Mac 2023.

Namun, hingga kini, jambatan kekal yang sepatutnya dibina dengan dua lorong masih belum selesai menunjukkan kegagalan pihak kerajaan memenuhi keperluan penduduk setempat.

Jambatan Bailey: Solusi Sementara yang Tidak Memadai

Walaupun jambatan Bailey yang dibina pada Mac 2023 memberi sedikit kelegaan, kapasiti satu lorong jelas tidak memadai untuk menampung jumlah kenderaan yang melintas. Terutamanya semasa musim perayaan atau waktu puncak, kesesakan yang berlaku amat mencabar, memperlihatkan betapa terdesaknya keperluan untuk membina jambatan kekal.

Kecewa apabila setelah siap jambatan sementara itu, cuma laluan satu lorong sahaja.

Jambatan satu lorong ini bukan sahaja mengganggu kelancaran lalu lintas, malah turut memberi tekanan kepada penduduk yang sudah terjejas akibat insiden awal tahun tersebut.

Kelewatan Pembinaan Jambatan Kekal yang lebih baik.

Meskipun Timbalan Perdana Menteri telah turun padang untuk menilai situasi dan memberi perhatian terhadap masalah ini, pembangunan jambatan kekal yang dijanjikan masih belum nampak hasilnya. Situasi ini mencerminkan kegagalan kerajaan negeri untuk bertindak secara efektif dan segera dalam menangani masalah infrastruktur yang amat penting bagi kesejahteraan rakyat.

Lebih membimbangkan, ia menunjukkan ketidakcekapan pihak berkuasa dalam merancang dan melaksanakan projek infrastruktur yang mampu menyelesaikan masalah jangka panjang penduduk.

Kritikan Terhadap Exco Kerjaraya Negeri Pahang

Kegagalan membina jambatan kekal ini tidak boleh dipandang ringan. Sebagai sebuah kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan asas untuk rakyat, tindakan kerajaan Negeri Pahang yang perlahan ini menunjukkan kelemahan dalam pengurusan dan pelaksanaan projek. Exco Kerjaraya Negeri Pahang seharusnya lebih peka terhadap keperluan penduduk dan segera menyelesaikan isu ini dengan pembangunan jambatan yang lebih baik dan kukuh.

Selain itu, kegagalan ini turut mencerminkan kekurangan koordinasi antara pihak kerajaan negeri dengan agensi kerajaan pusat yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah infrastruktur kritikal. Seandainya projek ini diberi perhatian lebih serius, penduduk gugusan Felda tidak seharusnya terus hidup dalam keadaan tidak menentu dengan risiko kemalangan dan kesesakan lalu lintas yang berterusan.

Masa Depan yang Tidak Pasti

Kegagalan membina jambatan kekal yang dijanjikan memberi gambaran bahawa kerajaan Negeri Pahang, terutama Exco Kerjaraya, kurang cekap dalam memenuhi keperluan asas penduduk. Walaupun pelbagai janji dan langkah sementara telah diambil, masalah utama belum diselesaikan. Oleh itu, kerajaan negeri perlu segera menggerakkan usaha pembinaan jambatan kekal dengan dua lorong untuk memastikan kehidupan penduduk gugusan Felda Selancar dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Ketidakcekapan dalam menangani isu ini hanya akan mengundang lebih banyak kemarahan dan kekecewaan rakyat terhadap pihak berkuasa yang gagal memenuhi tanggungjawab mereka.

Desakan dan tuntutan kepada YAB Menteri Besar dan Exco Kerja Raya

Disini mewakili masyarakat setempat saya mendesak dan menuntut YAB Menteri Besar dan juga YB Exco Kerja Raya yang merupakan ADN Muadzam Shah untuk menyelesaikan dan mempercepatkan pembinaan jambatan kekal ini.

Kita maklum ada cadangan untuk membina jambatan kekal ini tahun hadapan. Bagi masyarakat setempat sudah hampir 2 tahun terseksa dan berdepan dengan pelbagai risiko.

Jadi desakan ini amatlah wajar dan diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit ini. Jangan sampai ada lagi nyawa yang melayang akibat kelalaian dan sikap acuh tak acuh dalam menyelesaikan isu ini.

ISLAM ADALAH PENYELESAIAN
KITA MEMIMPIN
PAS TERAJU PAHANG

AHMAD AZLAN ABU BAKAR CA (M)
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pahang

14/11/2024

🔴 LIVE CERAMAH PERDANA SELAMATKAN MALAYSIA 3.0
NEGERI PAHANG | BENTONG

📢 Malam ini bakal membincangkan isu-isu terkini tanah air bersama penceramah jemputan:

✨ YB Dr. Azman Ibrahim - AJK PAS Pusat
✨ Dr. Zuhdi Marsuki - AJK PAS Pusat
✨ TN Mohd Khairuddin Abdullah - Yang Dipertua PAS Bentong
✨ Ustaz Sukri Omar - Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia
✨ YB Hasanuddin Salim - Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang

📍 Lokasi: Markaz Chegar Medang, Bentong
🕘 Masa: 9.00 Malam
📅 Tarikh: 14 November 2024 (Khamis)

Join live sekarang! Jangan lupa SHARE & LIKE untuk manfaat semua 🙏

09/11/2024

✨ Majlis Perasmian Penutup
ALAM RIA PASTI PAHANG 2024 ✨

📺 TONTON SIARAN LANGSUNG
📍 Lokasi: Kompleks al-Makmur Kerdau
📅 9 November 2024 (Sabtu)
⏰ 12:45 PM

Tag kawan-kawan anda! 👥

09/11/2024

⭐️ ALAM RIA PASTI PAHANG 2024 ⭐️

📺 TONTON SIARAN LANGSUNG

📍 Lokasi: Kompleks al-Makmur Kerdau
📅 9 November 2024 (Sabtu)
⏰ 8:00 Pagi

Tag kawan-kawan anda! 👥




13/10/2024

🌟 CERAMAH UMUM: ISU FELDA 🌟
📢 "APA NASIB WARGA FELDA DI ERA MADANI?"
🗣️ Penceramah:

Saudara Naraza Muda (Aktivis & Penganalisis Isu Felda)
YB Dato' Andansura Rabu (ADUN Beserah / Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang)
YB Ustaz Nazri bin Ahmad (ADN Bukit Ibam / Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin)

📍 Lokasi: Markas PAS Felda Keratong 3

Address

Bukit Ibam
Bukit Ibam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PRK P.091 Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share