22/07/2025
Untuk para pelabur lebih memahami konsep pelaburan unit trust khususnya dana unit trust kategori harga berubah ubah, antara analogi yang sesuai dan boleh kita gunakan adalah simpanan @ pelaburan emas..
🔹EMAS
1 gram emas = RM250.00
10 gram emas = RM2,500.00
Harga emas naik : 1 gram = RM300.00
10 gram emas = RM3,000.00
Harga emas turun : 1 gram = RM200.00
10 gram emas = RM2,000.00
🔹UNIT TRUST HARGA BERUBAH UBAH
1 unit = RM1.00
10,000.00 unit = RM10,000.00
Harga seunit naik : 1 unit = RM1.50
10,000.00 unit = RM15,000.00
Harga seunit turun : 1 unit = RM0.50
10,000.00 unit = RM5,000.00
Jumlah berat emas & jumlah unit pegangan pelabur tidak akan hilang sampai bila bila..
Juga tidak akan berkurang sampai bila bila..
Yang turun naik adalah value berdasarkan harga emas semasa & harga seunit semasa..
Jika turun temurun masyarakat kita boleh menerima konsep simpanan @ pelaburan emas, kita juga seharusnya boleh menerima konsep pelaburan unit trust khususnya dana unit trust harga berubah ubah..
Sebabnya, kedua duanya terdedah kepada pergerakan turun naik harga..
Malah bila harga emas turun, ramai yang ambil peluang untuk membeli emas..
Sampai sanggup beratur berjam jam😂..
So bila harga seunit dana unit trust harga berubah ubah yang kita laburkan turun, kita seharusnya ambil peluang yang sama untuk melabur @ menambah pelaburan..
Seperti "Panduan Tabiat Para Pelabur Hebat"..
Banyak banyak beli..
Semoga Bermanfaat😊..