Pemuda Bukit Gantang

Pemuda Bukit Gantang Laman Facebook rasmi Pemuda UMNO Bukit Gantang

1 lagi program tarikan anak muda dan tarikan pelancong luar menjadikan trong sebagai tempat pelanconganinsyallah kita ju...
14/08/2026

1 lagi program tarikan anak muda dan tarikan pelancong luar menjadikan trong sebagai tempat pelancongan

insyallah kita jumpa nanti di sana๐Ÿ˜ฌ

๐Ÿ๐Ÿ”ฅ TRONG FUN ENDURO 2026! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ

Anak muda Trong dan sekitarโ€ฆ jangan dok rumah! ๐Ÿ˜Ž

Jom turun ramai-ramai tengok aksi rider Enduro mengharung lumpur, bukit, batu dan laluan mencabar di Kg. Air Terjun, Trong! ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ’จ

๐Ÿ“… 20 SEPTEMBER 2026 | AHAD
๐Ÿ“ KG. AIR TERJUN, TRONG, PERAK

Nak tengok motor terbang? ๐Ÿ’ฅ
Nak rasa suasana race? ๐Ÿ”ฅ
Nak ambil video buat TikTok? ๐Ÿ“ฑ๐Ÿ˜‚
Nak support geng-geng rider? Mai ramai-ramai!

Bawa member, bawa keluarga, bawa geng motor sekali. Kita meriahkan Trong Fun Enduro 2026!

20 SEPTEMBER โ€” KITA JUMPA DI AIR TERJUN, TRONG! ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ”ฅ

Trong Di Hatiku๐Ÿค



09/08/2026

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN DAN MESYUARAT PERWAKILAN WANITA,PERGERAKAN PEMUDA & PUTERI UMNO BUKIT GANTANG TAHUN 2026

Terima Kasih Perwakilan dan Pemerhati yang Hadir๐Ÿ’™

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Gantang Kali Ke-38 Tahun 2026 yang berlan...
08/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Gantang Kali Ke-38 Tahun 2026 yang berlangsung di Plaza ADTEC, hari ni. Mesyuarat kali ni dibuat serentak bersama Wanita dan Puteri UMNO Bukit Gantang.

Sdr Ibnu Isa Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang bersama kepimpinan Jawatankuasa Pemuda UMNO Bukit Gantang nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua perwakilan dan pemerhati yang hadir, tunaikan tanggungjawab dan sama-sama bagi pandangan dalam mesyuarat.

Ini juga persidangan terakhir sebelum kita masuk ke fasa PRU-16. Jadi dari sini kita dah mula bersedia dengan apa saja keadaan yang bakal kita hadapi.

Apa pun yang jadi nanti, Pemuda Bukit Gantang akan terus jaga saf, kerja sama-sama dan buat kerja untuk UMNO Bukit Gantang. Kita tengok apa yang ada depan mata, kita buat kerja satu-satu.

Pemuda Cara Kita!




PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT PERWAKILAN WANITA,PERGERAKAN PEMUDA & PUTERI UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG TAHUN 2026Sekitar ...
08/08/2026

PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT PERWAKILAN WANITA,PERGERAKAN PEMUDA & PUTERI UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG TAHUN 2026

Sekitar Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Sayap UMNO Bahagian Bukit Gantang tahun 2026 yang dirasmikan oleh Tuan Mohammad Sollehin Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bukit Gantang yang diadakan di Dewan Plaza Adtec,Taiping Perak

Pemuda Cara Kita!




Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.Selamat datang dan selamat bersidang kepada seluruh Perwakilan dan Pemerhati ...
07/08/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan selamat bersidang kepada seluruh Perwakilan dan Pemerhati sempena Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang Kali Ke-38 Tahun 2026.

Terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa untuk hadir. Semoga mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan dan menjadi ruang untuk kita berkongsi pandangan serta terus mengukuhkan gerak kerja Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Selamat bersidang dan semoga segala keputusan yang dibuat memberi manfaat kepada organisasi serta masyarakat.

Pemuda Cara Kita! ๐Ÿ’ช





ASSALAMUALAIKUM W.B.T.Seluruh Perwakilan dan Pemerhati Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang dijemput hadir meme...
04/08/2026

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Seluruh Perwakilan dan Pemerhati Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang dijemput hadir memeriahkan:

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERSIDANG!

๐Ÿ”ฅ MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG 2026M | 1448H

๐Ÿ—“ 8 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•— 8.00 Pagi
๐Ÿ“ Dewan ADTEC, Taiping

๐ŸŽ™๏ธ Perasmian Oleh:
TUAN Mohammad Sollehin Bin Mohamad Tajie Mohammad Sollehin
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia
merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang

Ayuh kita hadir beramai-ramai bagi menjayakan mesyuarat tahunan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang. Kehadiran semua perwakilan dan pemerhati amat bermakna untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan serta meneruskan gerak kerja Pemuda di bahagian ini.

Mohon semua perwakilan hadir mengikut masa yang ditetapkan dan semua pemerhati turut sama memeriahkan dewan.

Kita jumpa 8 Ogos ini di Dewan ADTEC, Taiping!




SALAM TAKZIAHุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDengan penuh rasa dukacita, saya dan seluruh Jawatankuasa Perge...
03/08/2026

SALAM TAKZIAH

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita, saya dan seluruh Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang merakamkan ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Radzi Bin Rahimi (Eddie), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran, yang telah kembali ke rahmatullah.

Kami turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga yang terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡ุŒ ูˆุฃูƒุฑู… ู†ุฒู„ู‡ ูˆูˆุณุน ู…ุฏุฎู„ู‡ุŒ ูˆุงุฌุนู„ ู‚ุจุฑู‡ ุฑูˆุถุฉ ู…ู† ุฑูŠุงุถ ุงู„ุฌู†ุฉ.

Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah beliau, sejahterakan dan maafkanlah segala kesalahannya. Muliakanlah tempat kembalinya, luaskanlah kuburnya dan jadikanlah kuburnya sebagai salah satu taman daripada taman-taman syurga.

Al-Fatihah.

Ikhlas Daripada:

Ibnu Rasyeed Bin Datoโ€™ Hj. Mat Isa
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang

Serta Seluruh Jawatankuasa
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang

Tahniah & Syabas YB Ustaz Muhammad Sufian! ๐Ÿ’™Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Ustaz Muhammad Sufian atas kemen...
02/08/2026

Tahniah & Syabas YB Ustaz Muhammad Sufian! ๐Ÿ’™

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Ustaz Muhammad Sufian atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan (PRN-16) sebagai ADUN N16 Seri Menanti dengan majoriti 4,323 undi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada 5,858 pengundi DUN Seri Menanti atas kepercayaan dan mandat yang telah diberikan kepada Barisan Nasional. Amanah ini adalah satu tanggungjawab besar untuk terus berkhidmat, membela kebajikan rakyat serta membawa pembangunan yang lebih baik buat seluruh warga Seri Menanti.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan kepada YB Ustaz Muhammad Sufian dalam memikul amanah sebagai wakil rakyat demi kesejahteraan masyarakat.

Ikhlas daripada:

Ibnu Rasyeed Bin Datoโ€™ Hj. Mat Isa
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Gantang
bersama seluruh Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Tahniah YB Ustaz Muhammad Sufian. Selamat menjalankan amanah demi agama, bangsa dan tanah air. ๐Ÿ’™

01/08/2026

Address

Changkat Jering

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Bukit Gantang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share