GAPOBENDA.com

GAPOBENDA.com Hallo Guys!!!Follow kami untuk dapatkan berita hangat!!?!!

Penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi dilantik sebagai Duta Utama FAT Sports, jenama barangan sukan terkemuka d...
30/05/2025

Penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi dilantik sebagai Duta Utama FAT Sports, jenama barangan sukan terkemuka dari Indonesia selama dua tahun bersama 3 lagi pemain.

Pelantikan ini diumumkan dalam satu majlis menandatangani memorandum persefahaman yang berlangsung di Cyberjaya pada Jumaat bersama 3 lagi penjaga gawang iaitu Sikh Izhan Nazrel, Syed Nasrulhaq Syed Bidin dan Rahadiazli Rahalim.

Keempat-empat mereka dianggap antara penjaga gol terbaik negara yang sering menjadi pilihan utama di dalam Harimau Malaya ketika ini menjadikan 4 nama ini selaku wajah jenama tersebut di Malaysia.

Malah, FAT Sports dalam masa sama turut memperkenalkan sarung tangan baharu bersama teknologi terkini yang bakal digunakan oleh keempat-empat pemain skuad kebangsaan terbabit.

Pengasas FAT Sports, Franky Adi Tama berkata, pihaknya sudah lama mengikuti perkembangan prestasi mereka sebelum memutuskan untuk menjalinkan kerjasama.

“Selepas 10 tahun kami berada di Malaysia, kini tiba masanya kami berkembang lebih jauh dan melantik empat penjaga gol utama negara sebagai duta,” katanya dalam sidang media.

Tambah beliau, langkah ini turut seiring dengan rancangan syarikat untuk membuka kedai pertama mereka di Malaysia, dengan Johor Bahru dipilih bagi destinasi pembukaan stor rasmi FAT Sports yang pertama.

Beliau juga sifatkan pelantikan 4 pemain dalam satu masa ini bagaikan pencapaian besar buat jenama itu di rantau ini.

Syihan Hazmi yang mempamerkan aksi hebat ketika bertemu Cape Verde turut akui teruja diberi kepercayaan sebagai duta produk FAT Sports yang sudah 13 tahun berkecimpun dalam penghasilan sarung tangan ini.

“Saya sememangnya teruja dengan kerjasama ini. Saya telah mencuba produk FAT Sports dan sangat berpuas hati dengan kualiti serta keselesaan yang ditawarkan.”

“Ia memenuhi keperluan saya sebagai penjaga gol,” kata Syihan.

Pandangan sama turut dikongsi oleh Sikh Izhan, Syed Nasrulhaq dan Rahadiazli yang menyifatkan sarung tangan keluaran FAT Sports memberi keselesaan dan keyakinan tambahan ketika beraksi di padang.

Kerjasama ini juga menjadi simbol komitmen FAT Sports dalam menyokong perkembangan pemain profesional di Malaysia melalui kelengkapan berkualiti tinggi.

Dengan keempat-empat penjaga gol kini bernaung di bawah satu jenama yang sama, ini bukan sahaja telah mengukuhkan nama reputasi FAT Sports sebagai peneraju barangan sukan penjaga gol.

Malah, ini turut membuka lembaran baharu dalam kolaborasi rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia dalam dunia bola sepak.

sumber:MakanBola

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengakui kecewa apabila mengetahui status kes beliau diklasifikasikan sebagai tia...
10/05/2025

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengakui kecewa apabila mengetahui status kes beliau diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Kalau ada yang tak kena dengan saya, beritahulah saya. Jangan aniaya saya.”-Faisal Halim

Address

Jalan
Cheras, Selangor
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GAPOBENDA.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share