19/09/2025
大马残奥理事会在谢儮好的金牌奖金风波上,已经把马来西亚体育管理的腐败与滥权,暴露得一清二楚。
残奥理事会主席美格沙立曼,你居然还有脸去质问谢儮好:“这个6万令吉的数字从何而来?”这简直是天大的笑话!
去年8月,各大媒体,包括马新社,都已经清清楚楚报道过这个数额。如果报道有误,你们理事会当时就该第一时间澄清、纠正,而不是装聋作哑。你们的沉默,就是默认。
等到赞助商抽身了,残奥理事会才回头质问运动员、推翻既有事实,甚至威胁禁赛、放话提告。残奥理事会,你难道不觉得丢脸吗?不觉得恶心吗?运动员流血流汗,为国争光,结果换来的却是理事会的冷漠、推卸和污蔑。你对得起这些残奥健儿吗?
更可耻的是,残奥理事会不仅不敢承担责任,还试图把责任丢给运动员,把他们塑造成“说谎者”。这不仅是对谢儮好的羞辱,更是对所有残奥选手的侮辱。残奥理事会的态度,就是把运动员踩在脚下,把他们的尊严当成你卸责的工具。
美格沙立曼,你已经失去了领导资格。一个连自己曾经承诺过的东西都能翻脸不认的人,有什么资格继续坐在主席的位置?你这样的领导,只会摧毁运动员的信任,让整个体系沦为笑柄。
这起风波不是“奖金”的问题,而是制度的腐败、人性的冷漠,以及理事会高层丑陋的嘴脸。承诺随口说,责任从不担,等到出事就推卸给最弱势的运动员。这才是大马残奥理事会真正的耻辱!
6万令吉承诺的链接 : https://www.astroawani.com/berita-sukan/habuan-rm60000-menanti-pemenang-emas-sukan-paralimpik-2024-megat-d-shahriman-484537
Majlis Paralimpik Malaysia dalam isu wang ganjaran Cheah Liek Hou sudah pun mendedahkan dengan jelas betapa seriusnya kelemahan tatakelola dalam pengurusan sukan negara.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Megat Shahriman, kamu masih ada muka untuk persoalkan Cheah Liek Hou: “Dari mana datang angka RM60,000 ini?” – ini benar-benar satu lawak besar!
Ogos tahun lalu, semua media utama termasuk Bernama sudah melaporkan dengan jelas jumlah ini. Jika laporan itu tidak tepat, majlis kamu sepatutnya tampil segera untuk menjelaskan dan membetulkannya, bukannya buat-buat pekak dan berdiam diri. Diam kamu itu tandanya kamu setuju.
Sekarang bila penaja tarik diri, baru Majlis Paralimpik mahu persoalkan atlet, mahu menafikan fakta yang sedia ada, malah ugut mahu gantung, mahu saman p**a. Majlis Paralimpik, kamu langsung tidak rasa malu? Tidak rasa jijik? Atlet berpeluh darah, bertungkus-lumus harumkan nama negara, akhirnya dibalas dengan sikap dingin, lepas tangan dan fitnah daripada majlis sendiri. Majlis Paralimpik sanggup buat begini terhadap wira paralimpik kita?
Lebih hina lagi, kamu bukan sahaja tidak berani bertanggungjawab, malah cuba lemparkan kesalahan kepada atlet, mahu gambarkan mereka sebagai “penipu”. Ini bukan sahaja penghinaan kepada Cheah Liek Hou, malah penghinaan kepada semua atlet paralimpik. Sikap kamu itu jelas menindas atlet dan menjadikan maruah mereka sebagai alat untuk kamu lari daripada tanggungjawab.
Megat Shahriman, kamu sudah hilang kelayakan untuk memimpin. Seorang yang janji sendiri pun boleh mungkir, ada apa-apa kelayakan lagi untuk duduk di kerusi presiden? Dengan kepimpinan seperti kamu, bukan sahaja kepercayaan atlet hancur, malah keseluruhan sistem akan jadi bahan ketawa orang ramai.
Isu ini bukan soal “wang ganjaran” semata-mata. Ia soal kelemahan tatakelola, soal sikap dingin terhadap manusia, dan soal wajah hodoh kepimpinan majlis. Janji dibuat sambil lewa, tanggungjawab tidak pernah dipikul, bila masalah timbul terus salahkan atlet yang paling lemah dan tidak berdaya. Inilah sebenarnya aib besar Majlis Paralimpik Malaysia!