Molar Studio

Molar Studio Your go-to hub for creative marketing solutions, from professional printing services to digital advertising strategies. Let's bring your brand to life!

24/09/2023

ROAS dah >3 tak perlu tengok dah CTR, CPC semua tu.

Lain la ROAS

4 Rules Untuk Bina Lead Magnet Yang Menarik Potential CustomersUntuk successfully convert leads jadi paying customers, f...
21/11/2022

4 Rules Untuk Bina Lead Magnet Yang Menarik Potential Customers
Untuk successfully convert leads jadi paying customers, first sekali kita kena tarik audience yang betul - betul relevan dengan produk kita.
Ada 4 ‘ground rules’ yang anda mesti ikut semasa nak hasilkan lead magnet.

Di akhir post ni, anda akan belajar tentang bagaimana nak bina lead magnet yang efektif supaya dapat tarik potential customers.

1. Super spesifik
Lead magnet anda kena super specific.

Kalau anda buat servis video pemasaran, offer skrip video yang high converting sebagai magnet.

Kalau anda jual produk untuk kurus, bagi planner untuk bantu potential customers turun berat badan dalam 14 hari.

Topik lead magnet anda tak boleh wide, dia kena betul – betul spesifik dengan produk dan masalah potential customers anda.

Kalau lead magnet anda spesifik, barulah anda boleh tarik leads yang spesifik untuk produk anda.
2. Selesaikan masalah sebenar
Lead magnet anda mestilah mengandungi nasihat atau maklumat yang boleh selesaikan masalah sebenar.

Maksudnya, isi konten lead magnet tu kena lah betul – betul berguna kepada target audience anda.

Walaupun lead magnet ni percuma, tak bermaksud isi kontennya pun tak bernilai.

Bila kita bagi useful dan life changing advice, kita sebagai brand dapat bina trust dan relationship dengan audience.
3. Boleh dihadam dengan cepat & Actionable
Konten lead magnet anda mestilah boleh dihadam dengan cepat dan actionable.

Maksudnya, lepas 5 minit audience baca konten tu, mereka dah boleh hadam dan terus take action.

Anda tak perlu bagi solution untuk point A, B, C sampai Z. Goal kita adalah untuk tarik audience yang tepat dan bantu mereka shift dari point A ke point B.

Jadi pastikan maklumat yang anda nak bagi tu ringkas dan tidak tergantung.
4. Boleh diakses dengan segera
Lead magnet anda mestilah boleh diakses dengan segera. Lepas target audience submit email dan nama, pastikan mereka boleh terus akses lead magnet tersebut.

Attention span audience anda sangat – sangat singkat. Kalau kita ambil masa yang lama untuk deliver lead magnet, kita akan buat audience hilang minat.

Kebiasaannya, lead magnet dihasilkan dalam bentuk video ataupun pdf.

Jadi kalau anda buat video, pastikan durasi tidak lebih 5 minit. Kalau buat dalam bentuk pdf, hasilkan ebook dengan 5 – 8 halaman.

Untuk cold audience, bagi useful information yang mereka boleh hadam dalam masa 5 minit dan pastikan maklumat tu actionable.

Untuk warm audience p**a, bagi information yang lebih panjang seperti webinar, blog post, case study atau success story.

Untuk hot leads, baru kita boleh offer produk.

So tu adalah tips untuk deliver content kepada leads berdasarkan fasa situasi mereka.

Sebelum bina lead magnet, tanya diri anda 4 soalan ni:

Siapa potential customers aku?

Kalau aku buat lead magnet A, dia akan tarik orang yang macam mana?

Kalau B p**ak, dia akan tarik orang yang macam mana?

Kena tak dengan avatar pelanggan aku?

Lead magnet ni selesaikan masalah sebenar tak?

Orang kisah tak pasal masalah dan penyelesaian yang aku nak bagi percuma ni.

Lepas baca, audience boleh take action dan terus praktik tak dengan maklumat yang aku bagi ni?

Lepas aku dapat contact details dari leads, adakah mereka akan dapat akses terus konten awesome ni?

Kalau jawapan untuk semua soalan tu adalah ‘ya’ then proceed untuk siapkan lead magnet tersebut.

Kalau anda perlukan bantuan semasa nak buat lead magnet, feel free untuk komen di bawah, nanti saya akan cuba jawab dan berikan idea.

22/09/2022

Ramai yang mengadu Ads Manager kena flag.
Ada yang kena restricted tanpa sebab munasabah.
Ada yang kena disabled terus tanpa sepatah kata.
Klien kami di Molar pun ada yang kena.
Jom min kongsi satu tips untuk kurangkan risiko kena hadap situasi seperti diatas.
Verify profile anda!

Masuk di Settings & privacy >

Klik Settings >

Klik Account settings >

Klik Identity confirmation.

Sebaiknya, tukar nama profile anda kepada nama penuh IC/lesen/Passport.
Sebab hanya 3 dokumen tu yang diterima.

Maklumat diatas perlulah sama dengan dokumen ya.

Thank me later, ha gitu!

Address

Cyberjaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Molar Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Molar Studio:

Share