aina.mazlin_

aina.mazlin_ Selling beauty and health products

Life doesn’t get easier.It’s you that need to get wiser.Melangkah ke tahun 2026 dengan perubahan fasa kehidupan yang leb...
26/01/2026

Life doesn’t get easier.
It’s you that need to get wiser.

Melangkah ke tahun 2026 dengan perubahan fasa kehidupan yang lebih stabil dan akhirnya menemui kembali diri yang saya rindu.
My study years was so chaos — saya rasa saya bukan diri saya, i mean the 14-17 years old me. I was trapped in my own bad habit developed selepas saya meninggalkan asrama. I was struggling A LOT!
Jadual tidur berantakan, tugasan sukar untuk diselesaikan, sukar menepati waktu, sering lupa sesuatu dan ada masa anxiety singgah jadi tetamu. Macam-macam sakit datang dan pergi. Yang akhirnya semua ini menghambat perkembangan dakwah dan tarbiah diri.

After a period of reading and studying things to understand myself — to become a better muslim and a daie with qudwah hasanah. I finally found out and confronted the root of my problem.

Dan daripada situ saya mula menyusun rentak, mengurus segala hambatan, berdamai dengan ketidaksempurnaan.
Kerana saya tahu, setiap manusia ujian berbeza-beza — dan hanya diri kita yang tahu apa yang sudah kita lakukan untuk memastikan kita dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dakwah ini dengan baik.

Jangan takut untuk mulai lagi.
Jangan takut untuk terus mencari solusi.
Gagal satu rencana, kita cuba lagi rencana yang lain.
Allah melihat usaha kita.
Allah tahu struggle kita.
Sekarang tugas kita adalah untuk terus mencuba hingga Dia yang datangkan hasilnya — baik atau buruk pengakhirannya, segalanya pasti kebaikan.

Ainyanunalif
27012026

“Jangan cepat gives up walaupun sangat lambat untuk kita nampak hasil.”Alhamdulillah kalini direzekikan untuk ke Skudai,...
25/01/2026

“Jangan cepat gives up walaupun sangat lambat untuk kita nampak hasil.”

Alhamdulillah kalini direzekikan untuk ke Skudai, Johor bersama tim tajmik sekolah belajar dan ‘tagging’ bersama akhawat yang dah berpengalaman mentajmik dan mentarbiah sekolah-sekolah di negeri Johor.

Pesan yang kerap kali diulang,
“Kena banyak bersabar.”
“Jangan cepat gives up walaupun sangat lambat untuk kita nampak hasil.”
“Kena kuatkan diri. Isti’ab kena besar.”

Begitulah — hakikatnya di mana-mana posisi di jalan dakwah ini tiada yang mudah.
Saya pernah bawa liqa’ — Susah!
Pernah tajmik kolej biasa — Susah!
Pernah tajmik kolej student kesihatan — SUSAHHH!

Mungkin kalau sebelum ni dalam hati ada rasa nak terjun ke medan tarbiah sekolah ni sebab rasa dah tiada harapan dengan mad’u di kolej ‘golden horns’ tu.

Tapi bila ‘berguru’ tadi — it’s so devastating. The path isn’t going to be easy too.

Nak katanya — inilah sunnatullah dakwah ni. Takde taburan mawar di permaidani merah. Tapi kita tetap kena yakin bahawa setiap jiwa manusia ni Allah yang pegang.

Di posisi manapun kita, tetaplah berusaha — Tetaplah bergerak! Tetaplah mentarbiyah! Tetaplah membina!

“Sikap manusia tetap sama dan halangan
juga masih sama. Manusia pun begitu juga. Oleh itu risalah/mesej ini mesti disampaikan. Tugas dakwah mesti ditunaikan dengan disampaikan melalui penyampaian
dan juga dengan dipraktikkan/ supaya penyampai itu menjadi penterjemah hidup terpampang terhadap mesej yang mereka sampaikan.” — [Formula yang hanya difahami Rijal —Muntalaq]

Bismillah
We ARE MURABBI Wherever We Are! 💕

Ainyanunalif
25012026

Akhirnya kita faham perasaan Nabi Musa as saat baginda melafazkan kata — إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَهْدِينِ“Sesungguhnya Tu...
22/01/2026

Akhirnya kita faham perasaan Nabi Musa as saat baginda melafazkan kata — إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَهْدِينِ

“Sesungguhnya Tuhanku bersamaku; Dia akan memberi petunjuk kepadaku.”

Buntu.

Bila dapat perutusan demi perutusan untuk dilaksanakan di tempat yang asing itu, yang memang kadang rasa sedikit ‘absurd’. Dan perutusan yang terakhir sebelum kembali pulang medan adalah untuk sekali lagi melaksanakan arahan yang seharusnya diselesaikan di Kuching. “Jual barang yang ada diri dan dapatkan rm50 setiap seorang.”

Bila jejakkan kaki di Airport Bintulu..
Allahu sunyi jiddan 😭
Hanya ada kakak-kakak yang jaga kaunter dan kedai makan masing-masing.
Di Kuching yang ramai pun barang kami tak terjual, apatah lagi di tempat yang tiada orang ni!

Partner saya tika itu mengeluarkan idea yang cukup absurd lagi! — “Saya nak offer urut lah.”
Saya dalam hati, “Apa budak ni mengarut ni.”

Little did I know kerana idea dia yang unik tu, sekali dia approach this one akak di restoran, terus akak tu hulurkan wang yang sangat banyak — yang buatkan saya dan dia kehilangan kata.

Persis saat si bani israil yang berkata “Kita akan ditawan.”

Lalu Musa as menjawab “Tidak sekali- kali! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku, Dia akan menunjuk jalan kepadaku”

Benar Ya Rabb — Engkau sentiasa ada di setiap langkah yang mulai lemah dan harapan yang semakin patah.

Di setiap yang tidak mungkin itu, Engkau tunjukkan bahawa tiada yang mustahil jika kita tidak berputus asa.

Tiada yang tidak mampu kita upayakan selagi kita menaruh doa dan harapan kepada tuhan — Allah azza wa jalla.

Sarawak — terima kasih atas tarbiahnya🤧

Kacamata 👓
Ainyanunalif
22012026

To be a Real Arslan. 🦁🦁It took more than just courage and task completion. It needs your soul, your mind, your everythin...
22/01/2026

To be a Real Arslan. 🦁🦁

It took more than just courage and task completion.
It needs your soul, your mind, your everything.
To be a real Arslan.

Few weeks before wasilah, aura Tabuk tu sangat terasa. I am about 80% sure this gonna be another Tabuk for me.

Walaupun jiwa dan raga ni rasa tak rela dan tak sanggup nak tempuhi perjalanan yang sama lagi.
Tapi aku sedar, sungguh tarbiah peristiwa sepanjang Tabuk dululah yang banyak membina diri ini dan comrades yang lain.

Perjalanan yang memaksa kita terfikir berkali-kali,
Untuk siapa kita masih di jalan ini.
Sekadar ada atau menjadi beban?
Sekadar selesai misi tapi jiwa dan nafsu masih merindukan keselesaan.

Bangkitlah,
Wahai jiwa para mujahid.
Umat menantimu.
Kita tidak berada di sini untuk terus jadi kijang bertopengkan singa.

Buanglah segala belenggu jiwa,
segala ego yang melangit,
segala perasaan yang tidak salim.
Pusatkan segalanya untuk dakwah dan Allah.

Moga-moga kijang itu kita mampu sembelih.
Pulanglah dengan menjadi jiwa sang singa yang sebenar!

Ainyanunalif
22012026

📖 : Esok Masih Ada👤 : Ustaz Syaari Ab Rahman🖊️ : .tentangkitaa Belajar berdamai dengan future anxiety daripada Surah Al-...
28/12/2025

📖 : Esok Masih Ada
👤 : Ustaz Syaari Ab Rahman
🖊️ : .tentangkitaa

Belajar berdamai dengan future anxiety daripada Surah Al-Tin.

Buku ini memberikan saya perspektif baru tentang mesej yang boleh kita pelajari daripada surah al-tin.
Surah yang dimulakan dengan sumpahan Allah terhadap 4 perkara yang menjadi simbolik kepada rantaian wahyu dan kesinambungan risalah tauhid – jika kita tidak pelajari maknanya maka kita tidak mungkin dapat mempelajari maksud sebenar disebalik 4 perkara tersebut.

Buku ini secara tuntas menjelaskan potensi setiap manusia yang sememangnya diciptakan mempunyai tujuan hidup yang sama iaitu untuk menjadi khalifah. Dan kerana taklifan ini juga manusia mempunyai kecenderungan untuk merasai future anxiety. Tetapi Allah tidaklah memberikan suatu taklifan melainkan kerana Dia tahu kita mampu. Dan kerana itu juga bersama taklifan itu, diturunkan juga wahyu untuk menjadi kompas yang penunjuk arah kepada manusia.

Penutup yang sangat baik diberikan oleh penulis apabila beliau memberikan gambaran bahwa keyakinan kepada janji Allah swt terhadap kemerdekaan tanah Palestine itulah yang menjadi kunci kebebasan tanah ini
Palestine dan surah al-tin bukanlah perkara yang terpisah, tetapi ia memberikan satu gambaran bahawa kesinambungan risalah nubuwwah inilah yang menjadi pasak dan asas kepada perjuangan pembebasan tanah Zaitun itu.

“Dan mungkin di situlah sebenarnya “Paletine” dalam diri kita berada – sebuah wilayah jiwa yang dijajah oleh ketakutan, propaganda dan keputusasaan yang menunggu untuk dibebaskan oleh cahaya iman.”

Untuk setiap jiwa yang sedang berusaha untuk hari esok, yakinlah hanya dengan keimanan dan amal soleh sahaja yang mampu meninggikan dan mengekalkan darjat jiwa manusia di tempat yang tinggi dan mulia.

Teruslah bercita-cita,
Teruslah berusaha,
Teruslah percaya pada Dia,
Kerana esok masih ada.

28122025
Ainyanunalif_

Semoga terminal terakhir kita syurga, ya?
11/01/2025

Semoga terminal terakhir kita syurga, ya?

Manusia yang diberkahi!Minggu lepas dengar podcast YouCast bersama Dr. Kamilin Jamilin [2 jam 43 minit ye 🙃]Sangat hooke...
16/12/2024

Manusia yang diberkahi!

Minggu lepas dengar podcast YouCast bersama Dr. Kamilin Jamilin [2 jam 43 minit ye 🙃]

Sangat hooked up bila DKJ ada menyebutkan satu doa yang dia selalu amalkan, yang diambil daripada Al-quran. Doa tersebut diambil daripada kata-kata Nabi Isa a.s dalam surah Maryam ayat:31.

Ya Allah, jadikanlah kami manusia yang diberkahi dimanapun kami berada 🤲🏻

Bukan semua nikmat mereka, perlu juga untuk kita ada❤️
14/12/2024

Bukan semua nikmat mereka, perlu juga untuk kita ada❤️

Semoga terhakis sifat ananiyah (individualistik) dalam diri.Kembalilah melihat dunia yang nyata. Mendekati manusia yang ...
13/12/2024

Semoga terhakis sifat ananiyah (individualistik) dalam diri.
Kembalilah melihat dunia yang nyata. Mendekati manusia yang juga akan kita bersamai hingga ke syurga💖

وَسِيقَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ رَبَّهُمۡ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ زُمَرًاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَٰبُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا سَلَٰمٌ عَلَيۡكُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَٰلِدِينَ

Orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan di bawa ke syurga secara berkumpulan sehingga mereka sampai ke syurga dengan pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: “Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini, kamu kekal di dalamnya”.

Az-Zumar: 73

A moment of reflection.Mengenang nasib ummah.Mengenang nasib diri sendiri.Ampuni kami ya Allah. 😭🤲🏻
12/12/2024

A moment of reflection.
Mengenang nasib ummah.
Mengenang nasib diri sendiri.
Ampuni kami ya Allah. 😭🤲🏻

“….Yang lebih baik daripada unta merah” It’s been years since i’ve been introduced with this beautiful hadith. Kalau seb...
10/12/2024

“….Yang lebih baik daripada unta merah”

It’s been years since i’ve been introduced with this beautiful hadith. Kalau sebelum ni diawalnya, gambaran yang lebih baik drpd unta merah yang aku inginkan ialah Audi, BMW.. ewahhh ahhaha
Gitulah imagination dedulu bila muwajih kasi gambaran.
Oh ya, kenapa unta merah?
Unta merah ni kalau orang arab ada pada waktu tu, tu kira harta paling berharga dah bagi mereka.
Ibarat kalau orang kita ada tesla, lambo? Entahlah, kalau saya ada Muadz 🚗 Si Merah je.

Tapi subanallah, mashaa Allah, tabarakallah😭
Allah berikan gambaran perasaan sebenar tentang perkara yang lebih baik daripada unta merah tu.

3 ketul yang pakai baju merah tu😆
Lagi sorang kat bilikk, demamm 🥹
Literally mereka baru balik drpd program yang dorg hadiri sejak pagi. Dua ke Sekinchan, Dua ke program Idea di PICC.

Pukul 7, masuk notification whatsapp
“Akak, kitorg belum sampai kolej”

Deg, berdebar dah kita. Sepatutnya ada wasilah bedah buku malam tu, isyak bersama

“Takpe,take timee je. Nanti dah solat isyak akak pick up” Kita cuba lah kan pujuknya.

Dah sibuk bukak majlis, muwajih start tiba-tiba nampak dorg masuk surau. Masih dengan baju program 😭🤧😭💖❤️❤️‍🔥

Allah, perasaan yang tak tahu nak kata. Adik-adik ni dah besar, dah kuat mujahadahnya 😭🤲🏻

Moga Allah sentiasa pelihara mereka, kuatkan himmah mereka. Sentiasa ikat hati mereka kepada tarbiah dan deenul islam ini 🤲🏻😭

Kerana mereka, dan Ghulam yang lain juga ialah generasi penerus untuk mengibarkan panji fikrah islam ini 💖


Gambar pertama demi feed aesthetic 😌🙃🙃🤣😌

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when aina.mazlin_ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share