
28/04/2025
πProgram Santai Sihat Bersama Profesional Kesihatan Bersekutu Bersama Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS UPM) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysiaπ
π
Tarikh: 26 - 27 April 2025
π Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
π Lokasi: AEON Mall Nilai
Unit Fizik Perubatan, HSAAS UPM berbangga menjadi sebahagian daripada program ini yang bertujuan untuk:
β
Memupuk budaya pemakanan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.
β
Meningkatkan pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan diri.
β
Memberi pendedahan teori berkenaan pemeriksaan Ultrasound secara percuma.
β
Menyebarkan kesedaran tentang pencegahan penyakit berjangkit.
Antara aktiviti menarik sepanjang program:
π©Ί Pemeriksaan kesihatan asas (Indeks BMI, Tekanan Darah, Gula dalam Darah) - Jabatan Pemakanan
π Pameran Gaya Hidup Sihat - Jabatan Dietetik
π Pemeriksaan Kendiri Payudara - Jabatan Radiologi
π¦ Pendedahan Kepentingan Penjagaan Diri Elak Penyakit Berjangkit - Jabatan Mikrobiologi
πββοΈ Lifestyle Redesign - Jabatan Perubatan Rehabilitasi
π§Ό Sabun dan Pengenalan - Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan
π‘οΈ Kepentingan X-ray dan Decontamination - Unit Fizik Perubatan
𧬠Jenis Darah dan Pengenalan STEM Sains Bioperubatan - Jabatan Sains Bioperubatan
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan memeriahkan program ini. Semoga usaha ini terus memupuk budaya hidup sihat dalam komuniti kita! πΏπͺ