18/04/2026
ZIARAH PRIHATIN ARC Dungun
18 April 2026 | Sabtu
KETUA ARC kawasan Dungun bersama² barisan AJK telah mengadakan satu ziarah prihatin ke atas Saudara Fatah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, baru-baru ini.
Kejadian dilaporkan berlaku di hadapan Caltex Durian Mentangau, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius iaitu patah tangan dan kaki.
Hasil makluman terkini, Saudara Fatah kini berada di rumah keluarganya di Kampung Baru untuk menjalani proses pemulihan dan rawatan susulan.
ARC Dungun hadir menziarahi bagi menyampaikan sedikit sumbangan serta sokongan moral dengan mendoakan agar diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan.
Semoga Saudara Fatah terus kuat menghadapi ujian ini dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.