Kelab Info Malaysia

Kelab Info Malaysia Kelab Infoholik Malaysia, memaparkan pelbagai isu dari laporan trafik hingga ke tandas rosak

“Komen adalah tanggungjawab sendiri.

Admin berhak memadam sebarang komen berunsur fitnah, sensitif atau menyalahi undang-undang tanpa notis.”

15/01/2026

Samut Sakhon: Satu lagi kejadian kren tumbang dilaporkan berlaku di Samut Sakhon, Thailand, yang mengakibatkan seorang maut. Kejadian itu dirakam dan tular di media sosial, mencetuskan kebimbangan terhadap aspek keselamatan tapak pembinaan.

Sebelum ini, negara berkenaan dikejutkan dengan insiden lebih tragis dalam kejadian berasingan di Sikhio, apabila sekurang-kurangnya 32 orang terkorban selepas sebuah kren tumbang dan menghempap kereta api yang sedang bergerak.

Pihak berkuasa kini dipercayai sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian serta menilai tahap keselamatan penggunaan kren di lokasi berisiko.

Seorang lelaki maut selepas digilis lori yang bergerak sendiri ketika kerja pembaikan sedang dilakukan. Mangsa disahkan ...
14/01/2026

Seorang lelaki maut selepas digilis lori yang bergerak sendiri ketika kerja pembaikan sedang dilakukan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Punca kejadian masih disiasat.

Lokasi : Teluk intan

Kemalangan dikatakan berlaku di Tol Bentong. Tiada maklumat mangsa terlibat.
14/01/2026

Kemalangan dikatakan berlaku di Tol Bentong. Tiada maklumat mangsa terlibat.

13/01/2026

Rakaman tentang kemalangan melibatkan pelajar sekolah.

Kredit: owner dashcam

Info asal :Apa guna apps PBTCare? Bila buat aduan ditolak macam tu je, alasan tiada maklumat hubungan?'Abistu emel tu bu...
13/01/2026

Info asal :

Apa guna apps PBTCare? Bila buat aduan ditolak macam tu je, alasan tiada maklumat hubungan?'Abistu emel tu bukan maklumat hubungan?

Apps sampah dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Memang pemalas agaknya orang-orang Majlis Daerah Kota Tinggi dan KPKT ni. Dah sedap duduk dan tidur di kerusi empuk.

Sebelum ni majlis lain yang diberi aduan semua menjalankan tugas dengan cemerlang.

Kredit : owner

12/01/2026

Info asal :

TARIKH: 12 JANUARI 2026

VIDEO TULAR DI LAMAN SOSIAL SEORANG LELAKI DITAMPAR DI KAWASAN STESEN MINYAK

POLIS DAERAH JOHOR BAHRU UTARA TELAH MENGESAN SATU RAKAMAN VIDEO YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL, SEORANG LELAKI YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL DITAMPAR OLEH SEORANG LELAKI LAIN DI SEBUAH STESEN MINYAK.

HASIL SIASATAN AWAL MENDAPATI KEJADIAN DIPERCAYAI BERLAKU PADA 11 JANUARI 2026, JAM LEBIH KURANG 6.50 PETANG, BERTEMPAT DI SEBUAH STESEN MINYAK DI KAWASAN TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU. INDIVIDU YANG TERLIBAT TELAH DIKENAL PASTI SEBAGAI SEORANG ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH JOHOR BAHRU UTARA DAN SEDANG MENJALANI CUTI SEMASA KEJADIAN BERLAKU.

SETAKAT INI, PIHAK POLIS BELUM MENERIMA SEBARANG LAPORAN POLIS BERKAITAN KEJADIAN TERSEBUT. WALAU BAGAIMANA PUN, PIHAK POLIS TELAH MENGENAL PASTI MANGSA YANG TERLIBAT DAN SEDANG BERUSAHA MENGESAN MANGSA TERSEBUT BAGI MEMBANTU SIASATAN.

PIHAK POLIS MEMANDANG SERIUS SEBARANG DAKWAAN KESALAHAN ATAU SALAH LAKU YANG MELIBATKAN PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS. SEHUBUNGAN ITU, SATU SIASATAN DALAMAN TELAH DIBUKA DAN TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL SEKIRANYA DIDAPATI BERLAKU SEBARANG PELANGGARAN UNDANG-UNDANG, PERATURAN ATAU TATAKELAKUAN YANG TELAH DITETAPKAN.

ORANG RAMAI DINASIHATKAN AGAR TIDAK MEMBUAT SEBARANG SPEKULASI DI ATAS ISU INI DAN KERJASAMA ORANG AWAM YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT AMAT DIALU-ALUKAN. PIHAK POLIS MEMBERI JAMINAN SIASATAN AKAN DIJALANKAN SECARA TELUS, ADIL DAN BERINTEGRITI.

(SUPT. AZROL ANUAR NOR) PEMANGKU KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU UTARA

Kemalangan di plaza tol Sungai Dua. Lelaki warga Pakistan maut. Kredit : owner, Media sosial
12/01/2026

Kemalangan di plaza tol Sungai Dua. Lelaki warga Pakistan maut.

Kredit : owner, Media sosial

TRAGEDI LEMAS DI SUNGAI KEDONDONG – AMARAN KERAS KEPADA ORANG AWAMSatu kejadian lemas telah berlaku melibatkan seorang l...
11/01/2026

TRAGEDI LEMAS DI SUNGAI KEDONDONG – AMARAN KERAS KEPADA ORANG AWAM

Satu kejadian lemas telah berlaku melibatkan seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20an di kawasan Sungai Kedondong. Mangsa yang bertindak menyelamatkan seorang pengunjung lain namun didapati lemas setelah menyelamatkan pengunjung tersebut.Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Untuk pengetahuan semua, kawasan Sungai Kedondong ADALAH KAWASAN LARANGAN AKTIVITI RIADAH sebagaimana arahan rasmi daripada pihak Jabatan Perhutanan. Namun, sikap degil, sambil lewa dan tidak menghiraukan amaran keselamatan masih berleluasa dalam kalangan pengunjung yang menceroboh masuk sesuka hati.

Kejadian ini bukan kemalangan semata-mata, tetapi berpunca daripada kegagalan mematuhi peraturan dan kurangnya kesedaran keselamatan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengorbankan nyawa orang lain serta menyukarkan tugas pasukan penyelamat.

Tegas diingatkan bahawa kawasan Sungai Kedondong telah DITUTUP SEPENUHNYA kepada orang awam bermula 17 November 2025 sehingga 31 Januari 2026. Sebarang pencerobohan adalah berisiko tinggi dan boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Jangan tunggu sehingga nyawa melayang baru mahu patuh.
Keselamatan bukan pilihan, ia satu kewajipan.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga tragedi ini menjadi pengajaran buat semua.

11/01/2026

Kilang Di Senai Kibarkan Jalur Gemilang Secara Terbalik (Ahad, 11/01/2026)

SENAI – Tular di media sosial satu perkongsian awam yang mendakwa sebuah kilang di kawasan Senai di sini mengibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik, sekali gus mengundang perhatian dan reaksi orang ramai.

Perkara itu dikongsikan melalui inbox Community Roda Johor (CRJ) selepas seorang individu mendakwa ternampak bendera Malaysia dipasang secara tidak tepat di premis/kilang berkenaan.

Menurut hantaran tersebut, pengadu memaklumkan situasi berkenaan berlaku pada hari ini, Ahad, dan memohon bantuan orang awam yang berada di kawasan berhampiran untuk mengesahkan serta menyalurkan maklumat lanjut.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak kilang atau pihak berkuasa berkaitan berhubung dakwaan berkenaan, sama ada ia berpunca daripada kesilapan teknikal, kecuaian atau faktor lain.

11/01/2026

Tular sebuah Proton Saga terbalik selepas dipercayai berlanggar dengan sebuah kenderaan lain. Difahamkan sebelum kejadian, kenderaan itu menyelit ke lorong kiri untuk memotong.

Sumber: utusanmelayuplusofficial

11/1/2026Kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah lori dilaporkan berlaku di KM441.2 (Arah Selatan) antara laluan Sun...
11/01/2026

11/1/2026
Kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah lori dilaporkan berlaku di KM441.2 (Arah Selatan) antara laluan Sungai Buaya ke Rawang.

STATUS TERKINI: Gunakan laluan alternatif. Kenderaan berat sila keluar di Plaza Tol Bukit Beruntung dan kenderaan ringan keluar di Plaza Tol Sungai Buaya.

10/01/2026

Salah siapa?

Kredit : Owner dashcam

Address

George Town
90210

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Info Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Info Malaysia:

Share