Nota Dr Chris

Nota Dr Chris Setiap nota membawa ilmu perubatan sebenar yang boleh difahami sesiapa. Doctor Kecemasan

Dari bilik kecemasan ke ruang tamu,
Dr Chris menulis agar lebih ramai boleh faham sebelum risau.

PalpitationBila Degupan Jantung Tiba-Tiba Terasa “Terlalu Jelas”Ramai pesakit masuk ke jabatan kecemasan dan terus berka...
19/12/2025

Palpitation
Bila Degupan Jantung Tiba-Tiba Terasa “Terlalu Jelas”

Ramai pesakit masuk ke jabatan kecemasan dan terus berkata:

“Doktor, jantung saya tiba-tiba berdebar kuat, laju, macam tak teratur…
adakah ini masalah jantung?”

Sebenarnya, inilah yang kita panggil palpitation.

Palpitation bukan satu penyakit,
tetapi satu sensasi — bila anda mula sedar atau terasa degupan jantung sendiri:

👉🏻Berdegup terlalu laju
👉🏻Berdegup lebih kuat dari biasa
👉🏻Rasa macam “tertinggal satu degupan”
👉🏻Atau rasa bergetar halus (fluttering)

Ia memang menakutkan,
tetapi kebanyakan palpitation bukan datang daripada penyakit jantung.



📌Kenapa Palpitation Boleh Berlaku?

Otak dan jantung dihubungkan oleh sistem saraf yang sangat sensitif.

Bila badan terdedah kepada:
📌 stress
📌 kebimbangan
📌 kopi / kafein
📌 kurang tidur
📌 perubahan hormone

apa yang berlaku ialah:
✔ otak melepaskan adrenalin
✔ sistem saraf simpatetik “tekan minyak”
✔ jantung berdegup lebih laju dan kuat

Itulah sebabnya anda tiba-tiba terasa degupan jantung sendiri.

Badan menyangka anda sedang “dalam bahaya”,
sedangkan realitinya anda cuma penat, tertekan, atau kurang rehat.



📌 Punca Palpitation Yang Biasa

🔹 Stres & anxiety (paling kerap)
🔹 Kafein: kopi, teh, minuman tenaga
🔹 Nikotin & alkohol
🔹 Kurang tidur, keletihan, dehidrasi
🔹 Perubahan hormon (haid, hamil, menopaus)
🔹 Ubat tertentu
🔹 Masalah perubatan (anemia, hyperthyroidism, demam)
🔹 Masalah jantung sebenar (arrhythmia seperti AF)



Apa Yang Boleh Membantu Redakan Palpitation?

1️⃣ Tarik nafas perlahan dan dalam
2️⃣ Senaman sederhana secara konsisten
3️⃣ Elakkan lonjakan gula & kafein
4️⃣ Kenal pasti pencetus peribadi
5️⃣ Latihan relaksasi / meditasi
6️⃣ Tangani anxiety (CBT terbukti berkesan)
7️⃣ Jumpa doktor jika ada pening, sakit dada, sesak nafas atau pengsan



Palpitation selalunya hanyalah
degupan jantung yang “dibesarkan” oleh sistem saraf.

Ia jarang berbahaya,
tetapi tidak wajar diabaikan.

Nota Dr Chris | Doktor Kecemasan

Kenapa Kaki Sering Kejang Tengah Malam?Pernah tak —sedang lena tidur, tiba-tiba betis ketat macam kena tarik kuat-kuat,s...
09/12/2025

Kenapa Kaki Sering Kejang Tengah Malam?

Pernah tak —
sedang lena tidur, tiba-tiba betis ketat macam kena tarik kuat-kuat,
sakit sampai terus terjaga,
kaki keras macam batu, nak gerakkan pun tak boleh?

Beberapa saat rasa macam beberapa minit.
Bila dah longgar, tinggal p**a sakit lenguh satu hari.

Inilah yang kita panggil kejang kaki waktu malam
(Nocturnal Leg Cramps).
Lebih 60% orang pernah lalui.
Ia tak berbahaya,
tapi memang cukup menyakitkan dan ganggu tidur.



📌 Kenapa jadi kejang tengah malam?

Tiada satu punca sahaja,
tapi ini antara faktor paling biasa:

✔ Posisi kaki semasa tidur
Kebanyakan orang tidur dengan jari kaki mengarah ke bawah (plantar flexion).
Ini jadikan otot betis pendek & tegang → mudah kejang.

✔ Duduk atau berdiri terlalu lama
Otot betis jadi tegang lama-lama.

✔ Senaman berlebihan
Terutama larian, squat, atau latihan kaki yang intensif.

✔ Posisi duduk tak betul (contoh: silang kaki)

✔ Umur meningkat
Tendon semakin pendek secara semula jadi → kejang lebih kerap.

✔ Kesan sampingan ubat
Termasuk:
• diuretik
• ubat kolesterol (statins)
• steroid
• sesetengah ubat antidepressant

✔ Kadang-kadang berkaitan masalah kesihatan
Walaupun jarang, ia boleh dikaitkan dengan:
diabetes, masalah tiroid, masalah buah pinggang, saraf, saluran darah, atau kehamilan.
(Jika berlaku terlalu kerap, perlu periksa.)



📌 Bila tengah kejang, buat ini segera

✔ Tarik jari kaki ke atas
Ini cara paling cepat melegakan.

✔ Urut kawasan kejang
Bantu otot relax.

✔ Bangun & berjalan dengan tumit dahulu
Aktifkan otot lawan (antagonist muscle) → kejang lebih cepat reda.

✔ Tuam panas atau mandi air suam
Melancarkan aliran darah.

✔ Jika masih lenguh selepas itu,
boleh ambil ubat tahan sakit.



📌 Cara kurangkan kejang waktu malam

👉 Stretch betis sebelum tidur
👉 Minum air secukupnya sepanjang hari
👉 Jangan biarkan kaki ‘menjunam’ semasa tidur
👉 Kayuh “basikal angin” 2–3 minit sebelum tidur
👉 Pakai kasut yang menyokong tapak kaki
👉 Baiki postur & posisi tidur



Kejang malam memang tak bahaya,
tapi sakitnya bukan main,
dan tidur pun boleh hancur.

Anda bukan kurang vitamin,
dan bukan tanda penyakit serius bagi kebanyakan orang.
Selalunya ia cuma tindak balas otot akibat posisi atau aktiviti harian.

Tapi —
kalau kejang semakin kerap,
contoh seminggu beberapa kali,
atau ganggu tidur setiap malam,
jumpalah doktor.
Mungkin perlu periksa elektrolit, ubat yang diambil, atau fungsi saraf dan saluran darah.

Jika anda kenal seseorang yang selalu terjaga kerana kejang kaki,
kongsikan posting ini dengan mereka.

Tidur yang baik ialah asas kesihatan.

Dr Chris | Doktor Kecemasan

Cecair Hijau Itu Bukan Biasa.— Mari kita cakap tentang GonorrhoeaMinggu lepas, semasa syif malam,seorang lelaki muda dal...
28/11/2025

Cecair Hijau Itu Bukan Biasa.
— Mari kita cakap tentang Gonorrhoea

Minggu lepas, semasa syif malam,
seorang lelaki muda dalam lingkungan 20-an masuk ke kecemasan.

Dia bukan terhincut sebab sakit,
bukan sesak nafas,
tapi matanya tak berani pandang saya.

Dia duduk perlahan-lahan, kemudian berbisik:
“Doktor… ada cecair hijau keluar dari bawah…
sakit… gatal… pedih…”

Semasa pemeriksaan,
cecair bernanah warna hijau keluar dari uretranya —
macam z***r sedang “menangis”.

Ini tanda klasik Gonorrhoea.



🦠 Apa Itu Gonorrhoea?

Gonorrhoea ialah jangkitan bakteria
yang disebabkan oleh Neisseria gonorrhoeae.

Bakteria ni pintar, cepat membiak,
dan s**a “melekat” pada bahagian:
✔ Uretra lelaki
✔ Serviks wanita
✔ Dubur
✔ Tekak
✔ Malah mata

Ia tak pilih orang.
Ia cuma tunggu peluang.



Lelaki vs Wanita —
Simptom Sangat Berbeza

♂ Lelaki (simptom biasanya jelas)

• Cecair bernanah putih / kuning / hijau
• Pedih semasa kencing (“terbakar”)
• Buah z***r sakit atau bengkak

♀ Wanita (ini yang paling bahaya)

Kebanyakan wanita tiada simptom langsung.
Ini yang buat ia senyap dan merbahaya.

Jika ada simptom, mungkin:
• Keputihan luar biasa (kuning/putih pekat)
• Sakit ketika bersama
• Pendarahan di luar waktu haid
• Kencing pedih
• Sakit di bahagian bawah perut

Jika dibiarkan, gonorea pada wanita boleh menyebabkan:
👉 Keradangan pelvis (PID)
👉 Parut pada saluran telur
👉 Kemandulan
👉 Risiko kehamilan luar rahim



📌Macam Mana Ia Berjangkit?

Melalui:
✔ Hubungan seks
✔ Seks dubur
✔ Seks oral



📌Bagaimana Doktor Periksa?

👉 Ujian air kencing
👉 Swab di bahagian:
• uretra
• serviks
• tekak
• dubur



📌Boleh Dirawat? Ya, SEPENUHNYA.

Gonorrhoea boleh sembuh 100%
dengan rawatan doktor:

✔ Suntikan antibiotik
✔ Ditambah dengan antibiotik oral

Tetapi —
semua pasangan seksual mesti dirawat bersama.
Kalau tak, jangkitan akan berulang macam “ping pong”.



Gonorrhoea bukan isu malu,
tapi isu kesihatan.

Lebih cepat rawat → lebih mudah sembuh
Lebih lambat → lebih banyak komplikasi

Ingat:
Melindungi diri = melindungi pasangan.

Penggunaan kondom
ialah cara paling stabil, paling mudah & paling effective
untuk mencegah jangkitan ini.

Kalau anda pernah ada risiko,
atau sudah ada “tanda hijau” yang merisaukan —
jangan tangguh.
Periksa awal, rawat awal.

Nota Dr Chris | Doktor Kecemasan

Najis Hitam Itu Bukan Biasa“Doktor, saya buang air besar warna hitam, pekat macam kopi.”Lelaki itu pucat, nampak lemah d...
23/11/2025

Najis Hitam Itu Bukan Biasa

“Doktor, saya buang air besar warna hitam, pekat macam kopi.”
Lelaki itu pucat, nampak lemah dan pening.
Saya terus tahu — ini bukan cirit-birit biasa, tapi mungkin pendarahan dalaman di bahagian atas usus (Upper GIT Bleeding).

Keputusan darah keluar:
hemoglobin cuma 6.5.
Endoskopi menunjukkan 👉 Ulser perut sedang berdarah (Peptic Ulcer Bleeding).



📌Apa itu ulser perut?

Ulser ialah luka pada dinding perut atau duodenum (usus kecil bahagian awal) akibat asid perut yang terlalu kuat.
Biasanya, perut ada lapisan pelindung.
Tapi bila asid berlebihan atau lapisan ini rosak, dinding perut akan “terbakar” — dan akhirnya luka.



📌Kenapa boleh berdarah?

Bila luka semakin dalam, ia boleh tembus sampai ke salur darah.
Apabila salur darah pecah, darah akan keluar ke dalam perut.
Bila darah ini dicerna oleh asid perut, najis akan jadi:
➡️ Hitam, pekat, berbau hanyir —
kita panggil “najis tar” (Melaena).



📌Siapa berisiko tinggi?

1️⃣ Selalu ambil ubat tahan sakit (NSAIDs) – Brufen, Ponstan, Aspirin.
2️⃣ Tekanan tinggi & makan tak ikut waktu –
asid perut naik tanpa henti.
3️⃣ Jangkitan bakteria H. pylori – punca ulser paling biasa.
4️⃣ Merokok & minum alkohol – ganggu proses pemulihan perut.
5️⃣ Warga emas / ada penyakit kronik – contohnya kencing manis, buah pinggang lemah.



📌Tanda-tanda yang perlu awas
✔️Najis hitam, berbau kuat
✔️Muntah darah (macam serbuk kopi)
✔️Pening, berpeluh, muka pucat
✔️Sakit perut bahagian atas
✔️Lemah badan atau hampir pengsan

Kalau ada tanda-tanda ini, jangan tunggu — terus ke hospital!Pendarahan dalam boleh sebabkan renjatan (shock) dan boleh bawa maut.



📌Cara diagnosis & rawatan

✅ Ujian darah – periksa paras hemoglobin
✅ Endoskopi (OGDS) – lihat luka & hentikan pendarahan
✅ Rawatan termasuk:
• Suntikan ubat hentikan darah
• Klip atau kauterisasi tempat luka
• Ubat PPI (Omeprazole)
• Antibiotik jika ada H. pylori



Ingatlah: Perut tak boleh bercakap —
ia cuma tahu berdarah bila dah tak tahan.
Dan bila ia mula berdarah, itu bukan amaran kecil, itu signal kecemasan dari dalam tubuh anda.

👉🏻Kongsikan posting ini kepada kawan atau ahli keluarga yang selalu “sakit perut tapi malas jumpa doktor”.
Mungkin, ini boleh selamatkan nyawa mereka.

Nota Dr Chris

HPV Bukan Virus Untuk Perempuan Sahaja.“Doktor, saya tak rasa apa-apa.Kenapa saya perlu ambil vaksin HPV?”Ini soalan yan...
20/11/2025

HPV Bukan Virus Untuk Perempuan Sahaja.

“Doktor, saya tak rasa apa-apa.
Kenapa saya perlu ambil vaksin HPV?”

Ini soalan yang saya dengar paling kerap.

Dan inilah masalahnya:
HPV bukan menakutkan sebab banyak gejala,
tapi sebab langsung tak ada gejala.

Virus ini boleh diam dalam badan bertahun-tahun,
sunyi tanpa tanda.
Sampai satu hari,
bila dikesan…
selalunya sudah jadi kanser serviks.



📌Apa Sebenarnya HPV?

HPV bukan satu virus —
ia keluarga besar, lebih 150 jenis.

Kebanyakan akan hilang sendiri.
Tapi kalau dapat jenis berbahaya (high-risk),
terutamanya HPV-16 & 18,
sel-sel boleh berubah perlahan-lahan
👉🏻jadi pra-kanser
👉🏻akhirnya jadi kanser serviks.

Lebih 70% kanser serviks
berkait dengan dua jenis ini.

Di Malaysia,
lebih kurang 2000 wanita didiagnos kanser serviks setiap tahun.

Dan ini yang ramai tak tahu:
HPV juga menyebabkan kanser pada lelaki:
🌀 Kanser z***r
🌀 Kanser dubur
🌀 Kanser tekak / pangkal lidah (oropharyngeal cancer)

HPV tak pilih gender.



📌HPV Berjangkit Macam Mana?

Lebih mudah daripada yang anda sangka:
✔ Hubungan seksual (vaginal, oral, a**l)
✔ Sentuhan private parts
✔ Kadang melalui tangan yang tercemar



📌Vaksin: Satu-satunya perlindungan awal

HPV tiada ubat untuk rawat punca.

Satu-satunya perlindungan aktif ialah vaksin HPV.

Di Malaysia:
👉🏻Sekolah kerajaan: 13 tahun (kebanyakannya vaksin 2-valent atau 4-valent)
👉🏻Swasta: kebanyakan hospital & klinik guna 9-valent (Gardasil 9)



📌Apa Beza 2-valent, 4-valent & 9-valent?

2-valent (Cervarix)
→ Lindung HPV 16, 18
→ Fokus pencegahan kanser serviks

4-valent (Gardasil)
→ 16, 18 + 6, 11
→ Tambahan: cegah ge***al warts

9-valent (Gardasil 9)
→ 16, 18, 6, 11 + 31, 33, 45, 52, 58
→ Lindungi >90% jenis yang boleh sebabkan kanser
→ Termasuk jenis yang lebih banyak di Asia & Malaysia (52 & 58)



📌Dos Vaksin HPV

✔ 9–14 tahun: 2 dos (0 bulan + 6–12 bulan)
✔ 15 tahun ke atas: 3 dos (0, 2, 6 bulan)
✔ Lelaki & perempuan boleh ambil vaksin



HPV bukan virus yang “tiba-tiba jadi kanser”.
Ia perlahan, senyap, bertahun-tahun lama.

Sebab itu vaksin ini dianggap
antara “insurans kanser” paling berbaloi dalam hidup.

Kalau anda masih ragu,
atau ada anak usia remaja —
tolong pertimbangkan vaksin ini.
Awal lindung, awal selamat.

Nota Dr Chris | Doktor Kecemasan

Sakit Perut Bukan Selalu Gastrik“Doktor… saya rasa macam sakit perut biasa je.Mungkin salah makan.”Hampir tamat syif mal...
18/11/2025

Sakit Perut Bukan Selalu Gastrik

“Doktor… saya rasa macam sakit perut biasa je.
Mungkin salah makan.”

Hampir tamat syif malam,
seorang lelaki muda awal 20-an masuk ke kecemasan sambil pegang perut.
Mukanya pucat, tapi dia masih cuba senyum.

“Semalam makan ayam goreng,
lepas tu mula sakit sikit.
Ingat nak beli ubat gastrik je…”

Tapi makin lama, sakit makin kuat,
sampai keluarga terpaksa pimpin dia masuk.

Bila saya tekan di bahagian kanan bawah perut,
dia terus keras, muka bertukar putih.
Masa tu saya tahu —
ini bukan gastrik.

CT scan tunjuk:
➡️ Apendiks bengkak, tebal, dan dah ada nanah sekelilingnya.
➡️ Itu tanda appendix perforation — apendiks dah pun bocor.

Kalau lewat lagi,
seluruh rongga perut boleh dijangkiti.



📌Apa Itu Apendiks & Kenapa Ia Boleh Meradang?

Apendiks ialah satu “ekor kecil” yang melekat pada usus besar.
Biasanya dia tak kacau sesiapa.

Tapi bila laluan dia tersumbat dengan:
✔️ najis keras (faecolith)
✔️ tisu limfa membengkak
✔️ atau benda asing

Bakteria mula membiak,
tisu meradang → mati → kemudian pecah.

Dan kadang-kadang,
daripada “sakit sikit” kepada “bocor”
hanya ambil kurang 24 jam.



📌 Tanda-Tanda Apendiks

Awal:
👉 Sakit di kawasan pusat / sekeliling pusat (murky pain)

Beberapa jam kemudian:
👉 Sakit pindah ke kanan bawah perut
👉 Hilang selera makan
👉 Rasa loya / muntah
👉 Demam ringan
👉 Tekan sakit, lepaskan LAGI sakit (rebound tenderness)
👉 Berjalan, ketawa, batuk pun sakit

TAPI tidak semua orang “typical”:
✔️Kanak-kanak cuma cakap “perut rasa pelik”
✔️Warga emas ingat sakit perut biasa
✔️Wanita mengandung → apendiks tertolak ke atas, jadi sakit di atas perut



📌Bagaimana Doktor Sahkan?

✔️ Pemeriksaan fizikal (McBurney’s point)
✔️ Ujian darah (tanda jangkitan)
✔️ Ultrasound / CT scan

Kadang awal-awal susah nak nampak jelas,
jadi doktor akan wadkan untuk pemerhatian.
Apendiks boleh “tukar mood” dalam beberapa jam.



📌Rawatan Yang Betul

Kalau sah apendiks radang:
➡️ Pembedahan buang apendiks
Biasanya guna teknik laparoskopi (lubang kecil, cepat sembuh).

Kalau dah bocor / ada nanah:
➡️ Perlu antibiotik
➡️ Mungkin perlu cuci perut atau prosedur drain

Nota Dr Chris | Doktor Kecemasan

Kenapa Bahu Anda Tiba-Tiba “Beku”?“Doktor, bahu saya gerak sikit pun sakit…nak pakai baju pun susah.”Aduan macam ni saya...
13/11/2025

Kenapa Bahu Anda Tiba-Tiba “Beku”?

“Doktor, bahu saya gerak sikit pun sakit…
nak pakai baju pun susah.”

Aduan macam ni saya dengar setiap minggu.
Ada yang fikir sebab tidur salah posisi,
ada yang salahkan kena angin,
tapi puncanya biasanya ialah —
👉🏻Frozen Shoulder atau Bahu Beku.



📌 Apa Itu Frozen Shoulder?

Ringkasnya:
Lapisan kapsul di dalam sendi bahu menjadi tebal, ketat dan radang.

Bahu kita ialah sendi jenis ball-and-socket —
sepatutnya sangat fleksibel.
Tapi bila kapsul sendi “mengecut”,
bahu jadi macam kena kunci:
nak angkat tak boleh, nak pusing pun susah.

Paling biasa berlaku pada:
✔ Umur 40–60 tahun
✔ Kaum wanita
✔ Pesakit kencing manis



📌 Kenapa Bahu Boleh Jadi ‘Beku’?

Bahu adalah sendi paling aktif di seluruh badan.
Ia bergantung pada:
👉🏻tulang
👉🏻ligamen
👉🏻tendon
👉🏻bursa (kantung pelincir)
👉🏻otot

Apa-apa keadaan yang buat bahu “lama tak bergerak” boleh buat ia kaku.

Punca biasa:
👉🏻Lepas cedera, tangan lama tersangkut / digantung
👉🏻Pesakit kencing manis
👉🏻Selepas pembedahan
👉🏻Selepas strok



📌 Frozen Shoulder Ada 3 Fasa:

1️⃣ Fasa Sakit (Freezing Stage)
✔ Sakit teruk, terutama waktu malam
✔ Pergerakan mula terhad

2️⃣ Fasa Beku (Frozen Stage)
✔ Sakit berkurang
✔ Tapi bahu “tersangkut”, tangan tak boleh angkat

3️⃣ Fasa Pemulihan (Thawing Stage)
✔ Gerakan mula pulih perlahan-lahan
✔ Ambil masa 6 bulan hingga 2 tahun

Bahu beku tidak muncul sehari,
dan tidak hilang dalam sehari.



📌 Bagaimana Doktor Rawat?

Matlamat rawatan:
Kurangkan sakit + Pulihkan gerakan.

✔️Ubat tahan sakit
(Paracetamol / Ibuprofen / ubat radang)

✔️Suntikan steroid
Untuk kes yang sakit teruk atau kaku teruk.

✔️Rawatan haba
– Hot pack sebelum senaman
– Ice pack jika radang kuat

✔️Fisioterapi (yang paling penting!)
👉🏻Senaman regangan
👉🏻Latihan pergerakan
👉🏻Pemulihan kekuatan otot bahu

✔️Pembedahan
Jarang diperlukan — hanya jika semua rawatan gagal.

Ramai pesakit “takut sakit, tak berani gerak”,
tapi sebenarnya lagi tak gerak, lagi beku.

Nota Dr Chris | Doktor Kecemasan



Makan Ubat Tahan Sakit Boleh Rosakkan Buah Pinggang?“Doktor, mak saya sakit lutut — tak makan ubat tak boleh jalan.Tapi ...
11/11/2025

Makan Ubat Tahan Sakit Boleh Rosakkan Buah Pinggang?

“Doktor, mak saya sakit lutut —
tak makan ubat tak boleh jalan.
Tapi orang kata ubat tahan sakit ni boleh rosakkan buah pinggang, rosakkan perut,
dan tak boleh campur dengan ubat jantung… Betul ke?”

Soalan ni saya dengar hampir setiap hari di jabatan kecemasan.

Ada yang terlalu takut makan ubat, sampai menahan sakit berbulan.
Ada p**a yang terlalu berani, makan hari-hari macam vitamin.

Sebenarnya — ubat tahan sakit bukan tak boleh makan,
cuma tak boleh makan ses**a hati.



📌Tiga Jenis Ubat Tahan Sakit Paling Biasa:

1️⃣ Ibuprofen (Brufen)
Boleh dibeli di farmasi.
Kalau digunakan jangka pendek, biasanya selamat.
Tapi kalau tengah demam, dehydrated,
ubat ni boleh terus bebankan buah pinggang.

2️⃣ Diclofenac (Voltaren)
Lebih kuat dalam melegakan sakit,
tapi paling mudah iritasi perut — boleh sebabkan gastrik, ulser, atau pendarahan.

3️⃣ Celecoxib (Celebrex)
Lebih “mesra perut”,
tapi masih boleh ganggu fungsi buah pinggang kalau makan lama,
dan ada sedikit risiko pada pesakit kencing manis.

Ketiga-tiga ni tergolong dalam kump**an yang sama:
👉 NSAIDs (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs) —
ubat anti-radang bukan steroid, yang bantu kurangkan sakit dan inflammation.

Tapi kump**an ni jugalah yang paling kerap disalah guna.



📌Situasi Yang Doktor Selalu Jumpa
(Dan Paling Takut):

1️⃣ Demam & dehydrated tapi tetap makan Brufen
➡️ Aliran darah ke buah pinggang berkurang → risiko kegagalan buah pinggang meningkat.

2️⃣ Warga emas ada gastrik, tapi makan Ponstan setiap hari
➡️ Ubat halang pembentukan prostaglandin → lapisan perut jadi nipis → ulser & pendarahan.

3️⃣ Pesakit kencing manis + darah tinggi + ubat tahan sakit
➡️ Tiga beban sekaligus pada buah pinggang — cepat rosak.

4️⃣ Pesakit jantung ambil ubat cair darah + NSAIDs
➡️ Risiko pendarahan meningkat.



📌Pesanan Saya Sebagai Doktor:

✔️Makan ubat tahan sakit beberapa hari sahaja — biasanya selamat.
✔️Tapi makan tiap-tiap hari, campur-campur ubat, atau tak pantau kesan sampingan — itu bahaya.
✔️Pesakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, gastrik & jantung perlu ekstra berhati-hati.
✔️Ubat tahan sakit yang selamat ialah ubat yang doktor pilih ikut keadaan anda.



📌Cara Makan Yang Betul:

✔️ Minum air secukupnya sebelum dan selepas makan ubat.
✔️ Jangan makan ubat tahan sakit semasa perut kosong.
✔️ Jangan makan dua jenis ubat tahan sakit serentak.
✔️ Kalau ada sakit perut, najis hitam, kaki bengkak atau air kencing kurang —
terus jumpa doktor.

Dan kalau anda ada penyakit jantung atau diabetes,
tolong tanya doktor dulu sebelum ambil sebarang ubat NSAIDs.

Nota Dr Chris | Doktor Kecemasan

Kenapa Boleh Dapat Kayap (Shingles)?Pernah dengar orang tua cakap:“Muda dulu kena cacar air, tua nanti bayar balik.”Rama...
08/11/2025

Kenapa Boleh Dapat Kayap (Shingles)?

Pernah dengar orang tua cakap:

“Muda dulu kena cacar air, tua nanti bayar balik.”

Ramai ingat bila cacar air (chickenpox) dah sembuh, cerita pun habis.
Tapi sebenarnya — virus tu tak pernah hilang.

Ia cuma bersembunyi dalam saraf, senyap-senyap menunggu masa.
Bila umur meningkat dan immune badan menurun,
virus tu “bangun semula” dan mula menyerang dari dalam.

Itulah yang kita panggil — Kayap (Shingles).



📌Bagaimana Kayap Berlaku?

Punca kayap ialah Varicella Zoster Virus (VZV) —
virus yang sama menyebabkan chickenpox.

Masa kecil, virus ni buat kita naik bintik air seluruh badan.
Bila dah sembuh, ia tak keluar dari badan,
tapi “menyimpan diri” dalam saraf —
macam bom lama yang belum meletup.

Bila kita:
👉 Berumur lebih 50 tahun
👉 Tertekan, letih, atau immune lemah
👉 Sedang jalani chemotherapy

Virus ni akan aktif semula,
dan “meletup” di sepanjang saraf tu —
keluar di kulit dalam bentuk lepuh air seperti jalur panjang di satu sisi badan.



📌Tanda-Tanda Kayap:

Ramai ingat kayap ni sekadar ruam kulit,
tapi sebenarnya yang paling sakit ialah saraf.

Bayangkan ada wayar elektrik yang diserang renjatan berulang kali.
Itulah rasa pesakit kayap —
sakitnya bukan biasa-biasa.

Gejala utama termasuk:
✔️Rasa terbakar di kulit
✔️Sakit berdenyut / rasa dicucuk-cucuk
✔️Kulit sangat sensitif — geseran baju pun menyakitkan
✔️Timbul lepuh kecil berair di satu bahagian badan (biasanya sebelah sahaja)
✔️Tak pernah “lintas tengah badan”



📌Rawatan: Lagi Cepat Lagi Baik

👉 Ubat antivirus (Acyclovir / Valacyclovir)
Kena mula dalam 72 jam pertama untuk elak komplikasi.

👉 Ubat tahan sakit (painkiller)
– Untuk kes ringan: Paracetamol / NSAIDs
– Kalau sakit teruk: ubat saraf

Komplikasi paling menakutkan:
Sakit saraf selepas kayap (Post-Herpetic Neuralgia).
Kadang ruam dah hilang, tapi sakitnya kekal berbulan —
malah bertahun.



📌Berita Baik — Sekarang Dah Ada Vaksin!

✔️ Disyorkan untuk semua individu berumur 50 tahun ke atas.
✔️ Walaupun pernah kena chickenpox atau kayap sebelum ni — masih boleh vaksin.

Kajian tunjukkan:
✔️Vaksin dapat kurangkan risiko kena kayap dengan ketara.
✔️Kalau kena pun, symptoms lebih ringan dan cepat sembuh.
✔️Risiko sakit saraf kronik jauh lebih rendah.



Kayap bukan sekadar masalah kulit.
Ia adalah virus lama yang hidup semula dalam saraf.

Yang menakutkan bukan parut di kulit,
tapi sakit yang tak hilang walaupun luka dah sembuh.

Kalau anda atau ibu bapa dah berumur 50 tahun ke atas,
tolong pertimbangkan vaksin kayap.
Kerana bila virus tu aktif semula —
sakitnya bukan saja di kulit,
tapi boleh ganggu hidup bertahun-tahun.

Nota Dr Chris | Doktor Kecemasan

Semakin Dipegang, Semakin Tak Boleh LepasPernah tak, waktu dah baring nak tidur,lampu dah padam, tapi tangan masih cari ...
07/11/2025

Semakin Dipegang,
Semakin Tak Boleh Lepas

Pernah tak, waktu dah baring nak tidur,
lampu dah padam, tapi tangan masih cari telefon?

“Sekejap je nak tengok video.”
“Nak balas mesej kawan dulu.”
“Nak scroll TikTok kejap…”

Tapi sekejap tu, jadi sejam.
Dan makin scroll, makin segar.
Makin lama, makin tak boleh tidur.

Kenapa?
Jawapannya ada pada cahaya yang terpancar dari telefon tu sendiri.



1️⃣ Cahaya Biru — Buat Otak Fikir Masih Siang

Skrin telefon, tablet, komputer —
semua keluarkan cahaya biru (blue light).

Masalahnya, cahaya biru ni ganggu hormon tidur,
iaitu melatonin — bahan yang bagi isyarat pada otak:

“Hari dah malam, masa untuk rehat.”

Tapi bila kita asyik pandang skrin,
otak keliru —
“Eh, siang belum habis lagi!”

Akhirnya —
rasa mengantuk tertunda,
masa tidur makin lewat,
dan kualiti tidur makin teruk.



2️⃣ Dopamin — ‘Gula’ Untuk Otak Yang Buat Kita Ketagih

Setiap kali kita scroll,
setiap notifikasi, video baru, atau like —
semuanya aktifkan dopamin,
bahan kimia yang buat kita rasa “best”.

Dopamin ni ibarat “gula untuk otak” —
lagi banyak kita dapat,
lagi susah nak berhenti.

Itu sebab bila kita kata “last video je”,
otak jawab: “tak cukup lagi。”
Dan akhirnya — kita makin segar, makin susah nak tidur.



3️⃣ Kesan Jangka Panjang — Tidur Lewat, Bangun Letih, Emosi Tak Stabil

Kajian tunjukkan,
setiap satu jam lewat tidur,
penghasilan melatonin berkurang hingga 20%.

Akibatnya:
👉🏻Susah nak lelap
👉🏻Bangun rasa lesu, tak fokus
👉🏻Emosi tak stabil, cepat marah
👉🏻Tekanan dan keresahan meningkat
👉🏻Bagi remaja — boleh ganggu hormon tumbesaran



📌Nak Tidur Lebih Lena, Cuba Cara Ni:

✔️ “Puasa Cahaya” 30 minit sebelum tidur
Tutup semua skrin, malapkan lampu.
Biar badan mula hasilkan melatonin semula.

✔️ Ganti dengan aktiviti tenang
Baca buku, dengar muzik perlahan, atau tarik nafas dalam-dalam.

✔️ Bina rutin tidur tetap
Cuba tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
Badan akan “reset” jam biologi sendiri.



Kadang kita bukan tak mengantuk,
kita cuma terlalu sibuk bagi otak gula dopamine sampai lupa berhenti.

Dan kadang kita sangka diri tengah “rehatkan minda”,
padahal sebenarnya —
kita sedang mencuri masa rehat dari diri sendiri.

Malam ni,
cuba letak telefon tu jauh sikit.
Biar gelap betul-betul jadi gelap.
Biar otak tahu — dah masa untuk tenang.

Nota Dr Chris | Doktor Kecemasan

Dia Baru Sebulan… Tapi Dah Kena Mesin Pernafasan.Hari ni di ICU,kami terima seorang bayi berumur baru satu bulan.Dilahir...
04/11/2025

Dia Baru Sebulan…
Tapi Dah Kena Mesin Pernafasan.

Hari ni di ICU,
kami terima seorang bayi berumur baru satu bulan.
Dilahirkan cukup bulan, sihat sejak lahir.

Dua hari lepas — cuma “batuk sikit, nafas laju sikit”。
Semalam — masih bertahan dengan CPAP (alat bantuan oksigen).
Tapi pagi ni —
oksigen makin tinggi, nafas makin laju,
dan akhirnya, terpaksa intubasi — masukkan tiub pernafasan,
guna mesin untuk bantu dia bernafas。

Bayi ni dijangkiti RSV — Respiratory Syncytial Virus.
Satu virus yang ramai sangka cuma “selsema biasa”,
tapi bagi bayi sekecil ini,
virus ni boleh jadi pemangsa yang kejam。



📌RSV Bukan Selsema Biasa.

RSV ialah punca utama radang paru-paru (pneumonia)
dan bronchiolitis (jangkitan salur pernafasan bawah) dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil。

Hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti RSV sebelum umur 2 tahun.
Tapi bagi bayi bawah 6 bulan, terutama bayi baru lahir,
jangkitan ini boleh jadi mengancam nyawa.

Bila virus ni masuk ke paru-paru,
salur udara yang kecil mula tersumbat dengan lendir dan kahak.
Udara susah masuk, oksigen tak cukup.

Bayi akan mula:
👉🏻Bernafas laju dan kuat
👉🏻Dada tenggelam bila tarik nafas
👉🏻Bibir jadi kebiruan
👉🏻Kadang tak mampu menyusu langsung



📌Siapa Bayi Yang Berisiko Tinggi?
✔️Bayi pramatang
✔️Bayi ada penyakit jantung atau paru-paru konge***al
✔️Bayi dengan sistem imun lemah
✔️Rumah yang ada ahli keluarga demam / selsema tapi masih cium atau jaga bayi



📌Berita Baik: RSV Boleh Dicegah.

👉🏻Basuh tangan dengan kerap, terutamanya sebelum sentuh bayi.
👉🏻Jangan cium bayi baru lahir, terutama jika anda selsema / batuk.
👉🏻Elakkan bawa bayi ke tempat sesak.
👉🏻Bagi bayi berisiko tinggi — doktor mungkin cadangkan antibodi perlindungan RSV (nirsevimab)



Kadang, virus tu bukan yang paling menakutkan,
yang menakutkan ialah kita lambat sedar bahayanya.

Bila tengok dada kecil tu naik turun dengan susah payah,
setiap nafasnya macam satu perjuangan untuk terus hidup。

Dia baru sebulan。
Saya cuma harap dia kuat。
Dan saya harap anda yang baca ni,
akan tolong lindungi bayi di sekeliling anda —
sebelum virus ni sempat menyerang.

Tolong tekan 👍 dan SHARE
supaya lebih ramai ibu bapa tahu —
RSV bukan selsema biasa。
Ia boleh membunuh tanpa amaran。

Nota Dr Chris | Doktor Kecemasan

Hidung Tersumbat Tak Habis-Habis?Mungkin Bukan Selsema — Tapi Resdung (Sinusitis)Pernah tak jadi macam ni:Selsema dah se...
03/11/2025

Hidung Tersumbat Tak Habis-Habis?

Mungkin Bukan Selsema — Tapi Resdung (Sinusitis)

Pernah tak jadi macam ni:

Selsema dah sembuh, batuk pun dah hilang,
tapi hidung masih tersumbat, kepala rasa berat,
macam pakai topi keledar 24 jam sehari。

Ramai fikir:
“Tak apa, ni selsema lepas, nanti baik sendiri。”

Tapi sebenarnya —
ini mungkin resdung (sinusitis) yang ramai orang tak sedar。



📌Apa Sebenarnya Berlaku Dalam Hidung Kita?

Bayangkan salur sinus kita macam longkang kecil dalam rumah.
Bila semuanya bersih dan lancar,
udara dan lendir boleh keluar dengan mudah。

Tapi bila kita selsema, alergi,
atau struktur hidung ada masalah —
“longkang” tu tersumbat。

Lendir terkumpul, bakteria mula membiak,
dan akhirnya jadi radang dan jangkitan — itulah resdung.



📌Siapa Paling Berisiko Dapat Resdung?

✔️ Mereka yang kerap selsema / demam berulang
✔️ Pesakit allergic rhinitis (alahan hidung)
✔️ Ada polip hidung (nasal polyp)
✔️ Perokok atau sering terdedah pada asap rokok
✔️ Bekerja / tinggal dalam bilik berhawa dingin sepanjang hari
✔️ Duduk di kawasan berdebu atau udara tercemar



📌Tanda-Tanda Biasa Resdung:

🔸 Hidung tersumbat sampai susah tidur, terpaksa bernafas ikut mulut
🔸 Hingus pekat warna kuning atau hijau, meleleh ke tekak
🔸 Tekak gatal, batuk tak habis sebab lendir “turun belakang tekak”
🔸 Rasa tekanan / sakit di p**i, mata, atau kepala (lebih teruk bila tunduk)
🔸 Hilang deria bau, makan pun rasa hambar
🔸 “Selsema” dah lebih 10 hari tak baik — malah makin teruk

Kalau tanda-tanda ni ada, besar kemungkinan itu sinusitis, bukan selsema biasa.



📌Rawatan Yang Betul:

👉 Kes ringan:
Gunakan nasal saline spray (air garam untuk cuci hidung), ubat tahan sakit, rehat secukupnya。

👉 Kalau disebabkan bakteria:
Doktor akan beri antibiotik — pastikan habiskan seluruh tempoh rawatan.

👉 Kalau berulang atau kronik:
Perlu nasal steroid spray, ubat kawal alahan,
dan dalam kes tertentu — mungkin perlukan pembedahan sinus (ENT).



📌Apa Yang Bahaya Tentang Resdung?

Yang bahaya bukan sekadar hidung tersumbat,
tapi bila ia ganggu tidur, selera makan, dan tenaga seharian.

Ramai pesakit datang ke klinik cakap:
“Saya dah macam ni berbulan, doktor…”

Padahal, hidup mereka dah terganggu tanpa sedar —
tidur tak lena, kepala berat, bau tak rasa,
hidup pun jadi separuh penat.



Kalau selsema lebih 10 hari tak baik,
atau asyik ulang-ulang — jangan biar.

Datang jumpa doktor untuk periksa sama ada itu resdung.
Lebih cepat dirawat, lebih cepat anda boleh bernafas lega semula.

Nota Dr Chris | Doktor Kecemasan

Address

George Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nota Dr Chris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share