Jason Yew

Jason Yew JASON Update

Bidas Kenyataan Palsu, Sayap Mahasiswa Keadilan Nyatakan Sokongan Penuh Terhadap PM Anwar1. Satu kenyataan media yang di...
10/05/2026

Bidas Kenyataan Palsu, Sayap Mahasiswa Keadilan Nyatakan Sokongan Penuh Terhadap PM Anwar

1. Satu kenyataan media yang dikaitkan dengan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) telah tular hari ini.

2. Setiausaha Agung MKM, Aqeef Salih, menafikan bahawa kenyataan tersebut mewakili pendirian rasmi organisasi.

3. Kenyataan yang tular itu tidak pernah dibincang atau diluluskan melalui mana-mana saluran rasmi MKM.

4. Ia dipercayai tindakan beberapa individu dalam pimpinan pusat yang menggunakan platform organisasi untuk agenda peribadi.

5. Kenyataan tersebut juga dikeluarkan tanpa meletakkan nama serta jawatan pihak yang bertanggungjawab.

6. Pihak MKM melihat tindakan berselindung di sebalik nama organisasi ini sebagai tidak profesional.

7. Organisasi menegaskan bahawa pandangan peribadi tidak boleh diangkat menjadi pendirian rasmi tanpa sebarang mandat atau persetujuan bersama.

8. Sebagai sayap mahasiswa, MKM menyatakan mereka kekal menghormati institusi presiden dan menyokong penuh kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

9. Pihak sekretariat MKM akan meneliti isu ini secara serius.

10. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang didapati menyalahgunakan nama organisasi tanpa kebenaran.

10/05/2026

PM Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

10/05/2026

"Kita tak main sentimen kaum, kita main fakta & kerja untuk rakyat!" - Sany Hamzan

09/05/2026

Sultan Ibrahim mengundang Presiden Vladimir Putin untuk melawat Malaysia pada 2027.

🇲🇾🇷🇺

09/05/2026

Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Adik jangan menangis,
Bila atok suruh membaca. - PM Anwar Ibrahim

09/05/2026

PM Anwar Ibrahim tinjau kesiapsiagaan sempadan di Pos Dogoton, hargai pengorbanan ATM.

Seusai Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina, PM Anwar Ibrahim meneruskan lawatan kerja ke Pulau Banggi bagi meninjau kesiapsiagaan sempadan Malaysia-Filipina di Pos Dogoton. 🚤🌊

Pos ini adalah benteng hadapan yang sangat kritikal dalam mematahkan sebarang ancaman pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di perairan utara Sabah! 🛡️

Dalam lawatan ini, PM meninjau pengoperasian radar keselamatan dan menzahirkan penghargaan tertinggi buat wira-wira Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 🫡

Biarpun berdepan muka bumi yang terpencil dan cuaca mencabar, keteguhan dan semangat juang mereka adalah pengorbanan yang memastikan kita semua kekal hidup aman dan tenteram. Terima kasih wira negara! ❤️🇲🇾

09/05/2026

KJ mahu cukai GST dikembalikan kerana asas percukaian negara tidak mencukupi.

Tunggang Isu Babi: Bila Orang Ketandusan Hujah Terpaksa Putar Belit Teks.1. Penulis ini bijak. Dipetiknya satu kiasan "k...
09/05/2026

Tunggang Isu Babi: Bila Orang Ketandusan Hujah Terpaksa Putar Belit Teks.

1. Penulis ini bijak. Dipetiknya satu kiasan "kebulur" dari ucapan MB yang panjang lebar untuk dijadikan modal propaganda. Taktik biasa orang ketandusan hujah.

2. Kalau tonton video penuh, konteks MB cukup jelas. Kerajaan tidak boleh zalim menutup terus mata pencarian rakyat tanpa perancangan. Malah, MB tawar penyelesaian: bantu penternak ini beralih arah kepada pertanian atau ternakan haiwan lain.

3. Lebih kelakar, penulis cuba melagakan sentimen dengan mengheret isu pesawah dan harga diesel. Kononnya kerajaan negeri lebihkan babi dari pesawah.

4. Dia buat-buat buta. Pada 16 April 2026, Kerajaan Selangor sudah pun mengumumkan Pakej Ekonomi bernilai lebih RM130 juta. Di dalamnya siap ada bantuan khas untuk pesawah yang terkesan isu diesel. Kerajaan negeri sudah bertindak.

5. MB tegas akan laksana titah Sultan Selangor untuk tutup ladang ini atas faktor alam sekitar. Namun sebagai pentadbir yang waras, perlu ada 'titik keseimbangan'. Titah dijunjung, keadilan memelihara nasib rakyat diteruskan.

6. Tepat sindiran MB kepada golongan 'munafik' ini. Dulu ketika Agong menolak darurat, merekalah yang paling galak menentang istana. Tiba-tiba hari ini, mereka p**a yang paling kuat 'main wayang' kononnya membela titah Tuanku.

7. Nasihat saya, tonton video penuh dan rajinlah membaca berita semasa. Kalau niat nak sebar propaganda, jangan sampai orang awam nampak sangat kejahilan kita.

8. Renungkanlah.

09/05/2026

"Noktah dulu..." - PM Anwar Ibrahim akui asas Titah Sultan Selangor isu ladang babi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pandangan dan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan khinzir di negeri itu adalah sangat berasas.

PM menjelaskan, wujud terlalu banyak "keterlanjuran" oleh segelintir pihak, terutamanya apabila ladang beroperasi terlalu hampir dengan kawasan kampung dan perumahan awam seperti di Klang. Pencemaran yang berlaku bukan sahaja menjejaskan penduduk Muslim, malah penduduk Cina juga tidak selesa tinggal di kawasan tersebut.

Menjunjung titah teguran baginda, PM bersetuju supaya isu ini diletakkan "noktah" buat masa ini berikutan masalah kawalan yang longgar serta risiko pencemaran kesihatan awam. Kerajaan akan sentiasa menghormati keprihatinan Diraja.

8 Tahun Selepas Kleptokrasi: Angka Tidak Menipu, Penyamun Yang Menipu 1. Hari ini genap lapan tahun Pilihan Raya Umum ke...
09/05/2026

8 Tahun Selepas Kleptokrasi: Angka Tidak Menipu, Penyamun Yang Menipu

1. Hari ini genap lapan tahun Pilihan Raya Umum ke-14. Tiba-tiba ada pencacai yang rindu zaman "Bossku" buat karangan. Dia senaraikan 10 angka, kononnya untuk buktikan zaman kleptokrat adalah zaman paling gemilang untuk Malaysia.

2. Penulis ini kata, "angka tidak pandai menipu". Betul. Angka memang tidak menipu. Tetapi penyamun, perompak dan pengampu sangat pandai memanip**asi angka untuk menipu rakyat. Mari kita lihat satu persatu pembohongan angka ini.

3. Dia bising pasaran saham dan nilai Ringgit tak pulih macam April 2018. Dia buat-buat lupa kenapa pelabur lari. Pelabur lari sebab pada masa itu, satu dunia sudah tahu negara ini diurus oleh pencuri. Skandal 1MDB didedahkan oleh seluruh dunia. Bila kerajaan selepas 2018 terpaksa guna berbilion duit negara untuk bayar hutang yang dicuri, tentulah kantung negara terjejas dan keyakinan ambil masa untuk pulih.

4. Dia bangga dividen zaman Najib tinggi. Ya, memang tinggi. Tapi dia tidak berani sebut macam mana dividen itu dibayar. Laporan audit mendedahkan Tabung Haji telah membayar hibah secara tidak sah menggunakan wang pendeposit, melanggar Akta Tabung Haji sendiri semata-mata untuk nampak bagus sebelum pilihan raya. LTAT p**a mengubah suai buku akaun untuk menunjukkan keuntungan yang belum pun wujud. Memang senang nak jadi wira dan bayar dividen tinggi kalau kita 'cook the books' (manip**asi akaun). Selepas 2018, kerajaan terpaksa perbetulkan semua penipuan kewangan ini.

5. Dia kata KDNK 2018-2025 lebih rendah berbanding zaman Najib. Penulis ini agaknya tidur dari tahun 2020 hingga 2022. Dia lupa ada pandemik COVID-19 yang menutup ekonomi seluruh dunia. KDNK global merudum. Zaman Najib adakah Malaysia berdepan pandemik yang mengunci seluruh negara? Tiada. Tapi zaman itu duit tetap lesap.

6. Dia kata aset Khazanah merosot selepas 2018. Dia lupa kerajaan terpaksa mencairkan aset negara untuk membayar hutang-hutang luar jangka (contingent liabilities) dan menyelamatkan institusi yang dirosakkan oleh pentadbiran terdahulu. Tebus bon 1MDB sahaja makan berbilion ringgit duit rakyat. Kalau duit itu tidak dirompak masuk akaun peribadi dan anak tiri, aset Khazanah tidak perlu dikorbankan.

7. Dia menangis hutang kerajaan dan kos faedah naik berlipat kali ganda. Ini kelakar. Zaman Najib, berbilion hutang disembunyikan di luar kunci kira-kira (off-balance sheet) melalui jaminan kerajaan untuk entiti seperti 1MDB, SRC International, dan projek-projek mega kroni yang terlebih harga (overpriced). Apabila kerajaan baharu ambil alih, kita terpaksa masukkan hutang tersembunyi ini ke dalam buku hutang rasmi supaya telus. Hutang itu tidak tiba-tiba muncul dari langit; hutang itu memang sudah dibuat oleh Najib, cuma dulu disorok di bawah karpet. Hutang yang dia buat, hutang yang dia curi, faedahnya kitalah yang kena bayar hari ini.

8. Dia bising pasal cukai. Cukai Perkhidmatan Digital, Cukai Keuntungan Modal (CGT), dan LVGT disasarkan kepada syarikat, orang berada dan aliran modal luar. Sebaliknya, GST 6% zaman Najib adalah cukai regresif. Nelayan, petani, orang miskin beli sardin tin pun kena cukai 6% untuk tampung kebocoran negara. Kenapa kita perlukan cukai sekarang? Sebab kita mewarisi negara yang berhutang lebih RM1 Trilion gara-gara pengurusan kewangan yang korup.

9. Lapan tahun memang masa yang lama. Cukup lama untuk kita faham betapa teruknya kerosakan struktur dan institusi yang ditinggalkan oleh pentadbiran kleptokrasi. Membina semula rumah yang tiangnya telah dirobek anai-anai mengambil masa yang jauh lebih lama daripada meruntuhkannya.

10. Rindulah zaman itu. Rindulah zaman di mana pemimpin boleh merompak berbilion ringgit wang rakyat.

11. Benar, angka tidak menipu. Yang menipu sudah pun dihadapkan ke mahkamah dan ada yang sedang berehat di Kajang.

09/05/2026

Salam 509. Lapan tahun lalu, rakyat bangkit dan hantar mesej jelas: negara ini bukan harta pusaka penyakau.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jason Yew posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jason Yew:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share