Mohd Rais Zulkifli

Mohd Rais Zulkifli Content Creator

PERMUAFAKATAN dalam pimpinan tertinggi gabungan parti politik – termasuk Perikatan Nasional (PN) – sangat penting untuk ...
15/01/2026

PERMUAFAKATAN dalam pimpinan tertinggi gabungan parti politik – termasuk Perikatan Nasional (PN) – sangat penting untuk menentukan keyakinan dan sokongan pengundi dalam sesuatu pilihan raya di Malaysia.

Faktor ini perlu diperkasakan dengan standard setiakawan, disiplin, etika, adab dan akhlak yang tinggi, dalam sesebuah parti komponennya; dan antara seluruh parti komponennya.

Pra-syarat ini tidak boleh diremehkan. Sebaliknya, ia mesti ditikberatkan pada setiap masa oleh semua pihak; termasuk pimpinan sayap dalam parti komponennya.

Banyak contoh menunjukkan, sesuatu gabungan politik yang rapoh, pasti akan lumpuh. Pentadbiran PH 1.0 runtuh akibat keceluparan anggota DAP yang mendesak Bersatu tinggalkan pakatan tersebut.

Pentadbiran PN 1.0 roboh akibat pengkhianatan Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri Ketujuh (PM7).

Baru-baru ini, PN bergoncang apabila Muhyiddin mengosongkan jawatan pengerusinya. Ini setelah Ketua Pemuda Pas mendesak Muhyiddin “berambus” daripada kepimpinan PN, kononnya kerana Bersatu mengkhianati Pas di Perlis.

Keceluparan Ketua Pemuda Pas ini amat menyula perasaan Muhyiddin, dan menyakitkan hati pemimpin serta ahli Bersatu di seluruh negara.

Tetapi, fitnah terhadap Bersatu di Perlis terbukti palsu. Apa yang terjadi, adalah tindakan menutup aib pemimpin Pas yang mengamalkan nepotisme untuk melindungi perilaku besan serta menantunya!

Keceluparan Ketua Pemuda Pas, dan amalan nepotisme di sebalik fitnah ke atas Bersatu di Perlis; adalah antara insiden terbaharu yang boleh meruntuhkan PN.

Jadi, bagaimanakah masa depan PN jika dipimpin oleh Pas? Mampukah Pas menjamin prestasi PN yang lebih cemerlang dalam Pilihan Raya Umum 16 (PRU16), tanpa Muhyiddin?

Persoalan ini wajar dipertimbangkan secara serius ketika Majlis Tertinggi PN membuat keputusan untuk menerima atau menolak perletakan jawatan Muhyiddin.

Ini kerana banyak penganalisis –termasuk yang sebelum ini mengkritik Muhyiddin atas faktor usia – kini meramalkan PN dijangka memenangi jumlah kerusi yang lebih besar, di peringkat negeri dan persekutuan, jika Muhyiddin terus memimpinnya dalam PRU16.

Ramalan ini berdasarkan faktor pengalaman Muhyiddin yang luas, situasi geopolitik dan ekonomi dunia yang semakin mengancam negara kecil, dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia yang kian sengsara.

Ini kerana selain Tun Dr Mahathir Mohamad; Muhyiddin adalah antara pemimpin yang luas pengalamannya dalam bidang hubungan luar, perdagangan antarabangsa, keselamatan internasional, pembangunan sosio-ekonomi negara, dan pengurusan krisis.

Kesimp**annya, benarkan PN akan lingkup dan kuasa orang Melayu terus jatuh ke tangan lain, jika Muhyiddin tidak memimpin PN dalam PRU16? Fikir-fikirkanlah!

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili Roundup.)

— Roundup

Good vibes
14/01/2026

Good vibes

14/01/2026
13/01/2026
Untuk menang dalam pilihan raya, PN harus diterajui oleh figura yang boleh menjana penyatuan dan menggarap dukungan majo...
12/01/2026

Untuk menang dalam pilihan raya, PN harus diterajui oleh figura yang boleh menjana penyatuan dan menggarap dukungan majoriti rakyat Malaysia.

TV Pertiwi

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA MIPP1. Pagi ini, saya bersama-sama Ketua ARMADA BERSATU Malaysia dan Ketua Pemuda GERAKAN t...
12/01/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA MIPP

1. Pagi ini, saya bersama-sama Ketua ARMADA BERSATU Malaysia dan Ketua Pemuda GERAKAN telah bertemu YB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara untuk menyampaikan pandangan dan pendirian sayap pemuda masing-masing khususnya berhubung kedudukan Pengerusi Perikatan Nasional.

2. Kami menghormati keputusan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional. Walau bagaimanapun, perletakan jawatan tersebut pastinya memberi impak kepada wajah Perikatan Nasional khususnya dalam pilihan raya umum akan datang. Untuk menang dalam pilihan raya, Perikatan Nasional harus diterajui oleh figura yang boleh menjana penyatuan dan menggarap dukungan majoriti rakyat Malaysia.

3. Justeru, ketiga-tiga sayap berpendirian, perihal ini mestilah diselesaikan secara konsensus sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(I) Perlembagaan Perikatan Nasional.

4. Ketiga-tiga sayap pemuda juga berpendirian bahawa jawatan Pengerusi Perikatan Nasional mestilah diisi oleh mana-mana Presiden Parti yang mempunyai kuasa eksekutif dan autoriti bagi membuat sebarang keputusan dasar demi kelancaran pentadbiran. Perikatan Nasional wajar diperkasakan dengan etika gabungan, disiplin pentadbiran serta kerjasama politik dengan parti-parti yang terlibat dalam Ikatan Prihatin Rakyat.

5. Berhubung tafsiran bahawa jawatan Pengerusi Perikatan Nasional boleh disandang oleh mana-mana pemimpin selain presiden parti, kami menegaskan supaya ianya dirujuk menurut Fasal 20 Perlembagaan Perikatan Nasional yang menyatakan : “Jika timbul sebarang kekeliruan tentang pentafsiran, susunan dan pengertian mengenai mana-mana peruntukan di dalam fasal Perlembagaan ini atau mana-mana peraturan dan perintah tetapnya, maka tafsiran, susunan dan pengertian mengenai fasal itu yang dibuat dengan suara majoriti ahli-ahli Majlis Tertinggi adalah terpakai dan muktamad.”

6. Selaku teraju utama yang akan memimpin Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang, jawatan Pengerusi Perikatan Nasional mesti diisi oleh kepimpinan yang absah, inklusif, diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan mempunyai track record yang diyakini rakyat. Maka, ketiga-tiga sayap pemuda mencadangkan agar YB Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dan terus menerajui kepimpinan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.

JUSTIN PRABAKARAN
Ketua Pemuda Kebangsaan
Malaysia Indian People Party (MIPP)
(Parti Komponen Perikatan Nasional)

12 JANUARI 2026

12/01/2026

Isnin 12 Januari 2026
Serangan Demi Serangan
Oleh Daud Ibrahim

SAYA masih mahu menulis isu Bersatu.

Walaupun ada yang tak s**a, kerana mereka kata “Haji David punca Bersatu lemah”, saya berpendirian, kebenaran dan pembersihan minda perlu dilakukan.

Serangan terhadap Presiden, TSMY terus dibuat.

Tak cukup dengan ‘mereka yang sudah dikenakan tindakan’, mereka gunakan ‘tentera upahan’ yang mengatakan ‘sila berambus’ dan ‘kawan makan kawan’.

Tentera upahan ini seronok menyerang, kerana mereka nak tutup pembohongan parti mereka sendiri isu tandatangan SD untuk turunkan MB Perlis.

Khutbah politik tidak sesekali merubah fakta (baca AgendaDaily Sabtu 10 Januari - Surat terbuka kepada Abdul Hadi Awang : Apabila kegagalan ditutup dengan fitnah dan ….

Kini, beberapa nama samaran muncul menulis menyerang SUA Bersatu Datuk Seri Mohamad Azmin Ali (DSAA) yang dikatakan punca TSMY mungkin tarik balik perletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.

Tulisan yang tersebar melalui whasap itu, saya teliti dengan penuh berhati-hati.

Nama Ketua Penerangan, Datuk Tun Faisal Ismail (DTF) juga dikaitkan.

Maknanya, gagal mereka menjatuhkan TSMY, mereka menyerang p**a DSAA dan DTF.

Kata mereka, kedua-dua nama ini bergayut pada TSMY dan mendesak TSMY tidak berundur dari PN.

Kenapa dua nama ini mereka serang?

Sebab, mereka tahu selain dari beberapa MPT yang mempertahankan TSMY sebagai Presiden Bersatu, dua nama ini dianggap “benteng” yang memberi fakta tanpa fitnah.

Penyerang bersenjatakan fitnah. Benteng mempertahankan dengan fakta.

Maka, rapuhlah senjata fitnah bila berdepan dengan fitnah.

Seorang bekas anggota MPT yang dipecat berkata, “watak DTF macam cybertrooper” perlu ditukar jika mahu Bersatu kuat.

Yang dah kena pecat, tak payahlah risaukan Bersatu akan semakin kuat atau semakin lemah.

Apabila Lembaga Disiplin (LD) mengambil tindakan terhadap kamu (Geng Seluar Dalam), ramai yang sujud syukur.

Kata mereka, “tindakan pembersihan” perlu diteruskan kerana parti tidak perlu menyimpan ‘parasit’.

Maknanya, mereka yang sudah dikenakan tindakan dan bakal dikenakan tindakan dianggap parasit oleh ahli-ahli yang sayangkan parti ini.

Mereka tahu, TSMY akan lebih mudah diserang dan dicemarkan imejnya jika DSAA & DTF tidak memegang jawatan penting dalam parti.

DSAA dilihat banyak berdiam diri tetapi beliau seorang yang ‘no nonsense’.

Manakala DTF p**a seorang yang ‘sedia berhadapan dengan fitnah’ secara bersendirian.

Malahan, hujah beliau penuh dengan fakta yang menyebabkan fitnah dari penyerang ‘musnah begitu sahaja’.

Mereka terpaksa mengupah lebih ramai pencipta fitnah untuk teruskan agenda menyerang mereka.

Namun, dengan mudah dapat dipatahkan.

Yang marah-marah DSAA lupa bahawa DSAA adalah bekas MB dan bekas Menteri Kanan.

Dalam parti, beliau adalah bekas Timbalan Presiden PKR.

Yang menyerang beliau, bekas pemimpin parti mana?

Dapat jawatan sekarang pun bukan hasil pertandingan, sebaliknya ‘diaturkan’ oleh Presiden.

Ini yang menghantui mereka.

Itu sebab mereka fitnah kononnya percutian DSAA ke Tokyo hujung tahun 2025 disifatkan sebagai ‘Tokyo Move’.

Saya gelak besar apabila ada kawan-kawan bertanya, “betul ke”. Mereka itu pukul curi.

Tapi mereka membaca cerita orang lain pukul curi.

Mereka itu pencuri, mereka bawa cerita, kononnya orang lain pencuri.

Mereka itu serang Presiden Bersatu, mereka kata mereka nak bantu memperkukuhkan kedudukan Presiden.

Mereka itu ‘gila talak’, kesan minum air ketum banyak sangat - (HDHI Mohon like & share)

Daud Hj Ibrahim

POSTING YB AFNAN TAIB AZAMUDDEN 1. YB Afnan, saya telah membaca dengan teliti dan penuh perhatian posting YB berkenaan k...
12/01/2026

POSTING YB AFNAN TAIB AZAMUDDEN

1. YB Afnan, saya telah membaca dengan teliti dan penuh perhatian posting YB berkenaan keperluan untuk saling menghormati dalam Perikatan Nasional (PN). Alhamdulillah. Cuma ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan dan tanyakan kepada YB.

2. Pertama, izinkan saya mengingatkan YB bahawa posting YB bertarikh 29 Disember 2025, ketika mendesak PAS mengambil alih jawatan Pengerusi PN, yang ada menggunakan perkataan “berambus”, keseluruhannya bersifat kurang sopan serta tidak mencerminkan semangat saling menghormati antara rakan-rakan dalam PN.

3. Kedua, saya agak keliru dengan strategi PAS menyiarkan surat panggilan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN melalui media dan media sosial. Saya ingin bertanya kepada YB, apakah mesej sebenar yang ingin disampaikan melalui tindakan tersebut? Adakah pendekatan sedemikian mencerminkan rasa hormat sesama rakan gabungan? Saya juga difahamkan bahawa surat tersebut tidak dihantar dan dibincangkan terlebih dahulu dalam platform Majlis Tertinggi PN. Soalan saya, tolong YB jelaskan, jika usaha boleh dilakukan untuk menjejak Presiden BERSATU bagi mengatur pertemuan Naib Presiden PAS dengan beliau di luar negara, mengapa begitu s**ar untuk pihak YB mengatur pertemuan antara Presiden PAS dan Presiden BERSATU di dalam negara? Tidakkah isu berkaitan panggilan mesyuarat ini lebih wajar dibincangkan secara tertutup, sama ada melalui kump**an WhatsApp MT PN atau pertemuan terus antara kepimpinan kedua-dua parti?

4. Ketiga, YB Afnan, mengapa PAS kelihatan begitu mendesak dan tergesa-gesa? YB Hilman Idham sekadar memohon agar PAS memberi ruang kepada semua parti komponen PN untuk membuat ketetapan masing-masing terlebih dahulu sebelum perkara ini diangkat ke Mesyuarat MT PN. Permintaan ini pada hemat saya adalah munasabah dan adil, memandangkan BERSATU dan parti-parti komponen PN yang lain mempunyai proses dalaman parti yang perlu dilalui sebelum sesuatu ketetapan diputuskan dan diangkat ke dalam Mesyuarat MT PN. Tambahan p**a, YB sendiri menjadi saksi sepanjang tahun 2025 bahawa selain peletakan jawatan Bendahari PN, terdapat juga beberapa ahli MT PN daripada PAS yang tidak menghadiri mesyuarat MT PN ketika kehadiran mereka diperlukan. Dalam konteks ini, mengapa keperluan mengadakan mesyuarat ketika ini dianggap terlalu mendesak?

5. Keempat, memang Mesyuarat MT PN akan dipanggil secepat mungkin, namun ia perlu dilakukan mengikut kaedah dan peruntukan perlembagaan yang betul. Perlembagaan PN menyebut bahawa:

i. Fasal 8.3(I)(b) menyatakan bahawa "sekiranya Pengerusi meletakkan jawatan, peletakan jawatan tersebut hanya berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Majlis Tertinggi, yang kemudiannya akan memilih Pengerusi baharu secepat mungkin". Ini bermakna Pengerusi PN masih wujud dan atas sebab itu Fasal 8.3(II)(b) tidak terpakai.

ii. Selagi Pengerusi masih ada, menurut Fasal 8.3(I)(c) "Pengerusi mempunyai kuasa memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi" dan belum menjadi kuasa Timbalan Pengerusi PN untuk memanggil mesyuarat.

iii. Fasal 12.2 p**a memperuntukkan bahawa "Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi boleh diadakan atas permintaan bertulis kepada Setiausaha Agung oleh sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah parti anggota, dan Setiausaha Agung hendaklah memanggil mesyuarat tersebut dalam tempoh 14 hari." Jelas bahawa permohonan ini perlu dibuat oleh sekurang-kurangnya dua parti anggota dan dikemukakan kepada Setiausaha Agung, serta dilaksanakan oleh Setiausaha Agung, bukan oleh Timbalan Setiausaha Agung.
Dalam konteks ini, salah Bendahari PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, membuat posting di Facebooknya pada 30 Disember 2025 yang menyebut, “Sekiranya Pengerusi PN meletak jawatan maka Setiausaha Agung juga perlu berbuat demikian.” Hari ini Setiausaha Agung PN telah meletakkan jawatan, sedangkan tugas memanggil mesyuarat sepatutnya dilaksanakan oleh Setiausaha Agung PN. Bukankah lebih baik sekiranya YB menasihatkan Bendahari PAS agar menghormati rakan-rakan dalam PN? Tidakkah semua perkara berkaitan panggilan mesyuarat MT PN ini boleh dibincangkan secara tertib dan teratur terlebih dahulu dalam platform PN berbanding menyiarkan surat panggilan mesyuarat daripada PAS kepada umum melalui media dan media sosial?

6. Kelima, saya juga ingin bertanya mengapa YB mengaitkan permintaan YB Hilman berkenaan surat panggilan mesyuarat MT PN dengan ucapannya menamakan Presiden BERSATU sebagai calon Perdana Menteri mewakili BERSATU. YB Hilman tidak menamakan mana-mana pemimpin PAS sebagai calon PM bagi BERSATU, dan juga tidak menamakan calon PM bagi mewakili PN. Kenyataan tersebut adalah cadangan Ketua Armada BERSATU dalam platform BERSATU, untuk diangkat ke Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU sebelum dibahas dan dipersetujui untuk dibawa ke platform PN. YB sendiri pada 14 Ogos 2025 pernah menamakan lima calon Perdana Menteri bagi PN, iaitu empat pemimpin PAS dan Timbalan Presiden BERSATU. Adakah ini cara YB menunjukkan rasa hormat? Selain itu, pada 12 September 2025, dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS, YB turut menamakan Timbalan Presiden PAS sebagai 'calon Perdana Menteri bagi PN', pendekatan ini jelas berbeza dengan cadangan YB Hilman. Dalam konteks ini, bolehkah YB jelaskan mengenai prinsip saling menghormati yang YB maksudkan secara adil?

7. Keenam, YB menyebut: “Masa orang parti kamu sign SD di Perlis baru-baru ini, menjatuhkan MB dari parti rakan, mengkhianati kawan, ada kamu hormati pendirian dan ketetapan parti rakan?” Soalan saya kepada YB, adakah benar berlaku peristiwa seperti yang dilaporkan media pada 22 Disember 2025, iaitu “5 ADUN BERSATU dan 3 ADUN PAS menyerahkan SD menarik sokongan terhadap MB Shukri kepada Tuanku Raja Perlis”? Bolehkah YB kongsikan bukti bahawa peristiwa tersebut benar-benar berlaku? Sudahkah YB mengambil langkah bertabayyun dan menyiasat kesahihan laporan media tersebut? Setakat ini, berdasarkan kenyataan MB Shukri pada 25 Disember 2025, dia menyebut bahawa dia meletakkan jawatan secara s**arela atas faktor kesihatan, dan perkara ini telah disahkan melalui titah Tuanku Raja Perlis pada 28 Disember 2025. Jika YB ada bukti, tolong kongsikan dengan saya. Jika YB tidak mempunyai bukti untuk mengesahkan hal berkaitan SD ini, bolehkah YB jelaskan bagaimanakah cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada rakan?

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz

Good vibes
12/01/2026

Good vibes

11/01/2026

Baru 10 hari tak ada Pengerusi dah kecoh.

Dah lebih setahun tak ada Bendahari boleh buat bodoh jer.

Rileks la.

Datuk Marzuki Mohamad

11/01/2026

Dalam banyak kajian yang saya jalankan (dan juga kajian2 yang saya perhatikan), tahap puas hati rakyat terhadap pemimpin parti mestilah lebih tinggi daripada tahap puas hati rakyat terhadap partinya.

Ini kerana yang menyatakan puas hati terhadap parti biasanya hanyalah penyokong-penyokong parti.

Rakyat tak kisah kepada parti.

Yang menyatakan puas hati terhadap pemimpin p**a terdiri daripada penyokong parti dan bukan penyokong parti.

Dalam pilihanraya, yang menentukan kemenangan bukanlah penyokong parti sahaja, tetapi majoriti rakyat yang tidak berparti.

Kerana itu pemimpin yang pop**aritinya dalam kalangan rakyat lebih tinggi daripada pop**ariti parti akan memberikan nilai tambah kepada parti.

Dia akan "mengangkat" partinya dalam pilihanraya.

Sebaliknya pemimpin yang pop**aritinya lebih rendah daripada pop**ariti parti, tidak akan memberikan nilai tambah kepada partinya.

Malah, dia akan menarik partinya ke bawah dalam pilihanraya.

Partinya akan kalah.

Inilah kriteria sebenar dalam menilai pemimpin.

Jangan tengok puas hati orang itu orang ini, geng itu dan geng ini, puak itu puak ini, kabilah itu kabilah ini.

Tengoklah puas hati rakyat.

Kerana yang memilih itu rakyat.

Datuk Marzuki Mohamad

Terhibur dengan video arwah. Salam takziah buat keluarga.Alfatihah.
11/01/2026

Terhibur dengan video arwah. Salam takziah buat keluarga.

Alfatihah.

Address

Hulu Langat

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60192068000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Rais Zulkifli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Rais Zulkifli:

Share