31/01/2024
Assalamualaikum YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan
MAKLUMAN PELANJUTAN TARIKH PERPINDAHAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH BAGAN DATUK
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Bagan Datuk terpaksa melanjutkan tarikh perpindahan daripada pejabat lama ke pejabat baharu beralamat di B20, REGAT KOMERSIAL 2, PUSAT KOMERSIAL SIMPANG 4, 36400 HUTAN MELINTANG atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Tarikh perpindahan baru akan dimaklumkan kelak.
3.Sebarang urusan , YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan boleh menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk di talian 05-6413021 atau hadir ke pejabat lama kami di alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk, No 19 A, Lorong 1, Taman Desa Bernam, 36400 Hutan Melintang.
Maaf atas kesulitan.
Perhatian dan kerjasama pihak YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL SAMAD
PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH BAGAN DATUK