09/08/2026
๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ ๐๐ฒ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐๐ฅ ๐๐ ๐ฌ๐๐๐๐ซ๐ ๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค๐๐๐ฌ๐ฌ, membuka lebih banyak kemudahan untuk mengakses perkhidmatan digital Kerajaan Sarawak dengan pengesahan identiti yang selamat.
Integrasi antara MyDigital ID dan SarawakPass turut membolehkan pengguna mengimbas kod QR antara kedua-dua platform, memberikan pengalaman akses yang lebih lancar di samping memperkukuh keselamatan identiti digital.
Perkembangan ini diketengahkan di Majlis Pelancaran Rasmi Sarawakku Sayang (SKS) di Sarikei, Sarawak pada 8 Ogos 2026. YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, turut mengadakan lawatan ke Pavilion SKS yang mempamerkan kerjasama antara SarawakPass dan MyDigital ID.
Sebagai gerbang selamat kepada perkhidmatan digital Kerajaan Sarawak, SarawakPass memberi tumpuan kepada kemudahan akses dan pengalaman pengguna. Integrasi dengan MyDigital ID p**a menyokong pengesahan identiti dan log masuk ke sistem yang berkaitan secara lebih selamat.
Kerjasama ini merupakan susulan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 28 November 2025 antara Kerajaan Sarawak dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi mengintegrasikan SarawakPass dengan MyDigital ID. [ Rujuk berita: https://www.tvsarawak.my/2025/11/28/sarawakpass-diintegrasi-dengan-mydigital-id/ ]
Integrasi ini mencerminkan usaha berterusan untuk membangunkan ekosistem identiti digital yang lebih selamat, dipercayai dan mudah diakses, demi memberikan pengalaman perkhidmatan digital yang lebih baik kepada rakyat.
Kepada rakyat Sarawak yang mahu mendaftar MyDigital ID, pasukan kami sedia membantu secara bersemuka di lokasi-lokasi program Sarawakku Sayang yang dijadualkan berlangsung sehingga hujung November tahun ini.
๐๐๐ญ๐ฎ ๐๐๐๐ง๐ญ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐๐ฅ. ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ, ๐๐๐ง๐ญ๐๐ฌ ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐๐๐ก.
Perlukan bantuan?
Hubungi kami di talian +60386872772 atau emelkan kepada [email protected]
Maklumat lanjut, layari www.digital-id.my