Skydive Malaysia Channel

Skydive Malaysia Channel Berkongsi video & gambar menarik di Malaysia…sila support like, komen & share….terima kaseh🙏🙏🙏

05/10/2025

Spesis cicak besar bas😱😱😱

04/10/2025

Kreatif orang malaysia….guna ja selagi boleh👍👍👍

02/10/2025

Satu-satunya anak raja yang berani dan berjiwa rakyat mencuba melakukan terjunan bebas….🙏🙏🙏

02/10/2025

Tengku Mahkota Pahang (TMP) naik pesawat EC725AP untuk terjunan pertama👍👍👍

30/09/2025

Hai semua! 🌟 Anda boleh menyokong saya dengan menghantar Bintang - mereka membantu saya memperoleh wang untuk terus membuat kandungan yang anda s**a.

Setiap kali anda melihat ikon Bintang, anda boleh menghantar Bintang kepada saya!

Saya mendapat 6 reaksi dan 2 balasan pada siaran teratas saya baru-baru ini! Terima kasih semua atas sokongan berterusan...
30/09/2025

Saya mendapat 6 reaksi dan 2 balasan pada siaran teratas saya baru-baru ini! Terima kasih semua atas sokongan berterusan anda. Saya tidak boleh melakukannya tanpa anda. 🙏🤗🎉

TIPS

Tidur Lena 😴

Ramai orang susah nak tidur malam sebab otak penuh fikir kerja, hutang, masalah. Ada satu teknik mudah yang selalu dipakai oleh askar Amerika untuk tidur dalam masa 2 minit je walaupun tengah bising.�Caranya:
1. Baring selesa.
2. Rilekskan muka, bahu & tangan.
3. Tarik nafas 4 saat, tahan 7 saat, hembus 8 saat.
4. Bayangkan tempat tenang – pantai, sawah, langit malam.
👉 Dipanggil 4-7-8 Breathing Technique. Kalau amalkan konsisten, badan akan automatik “switch off” masuk mode tidur. Tak perlu ubat, tak perlu scroll phone sampai subuh.

25/09/2025

Kejadian dengar kata di bangkok geng….betul terjadi atau AI?sapa-sapa ada info

Jeritan untuk pengikut terbaharu saya! Teruja untuk bersama anda!Intan Salline, Anaqi Firdaus, Kath Leen, Trendy Shopee,...
24/09/2025

Jeritan untuk pengikut terbaharu saya! Teruja untuk bersama anda!

Intan Salline,
Anaqi Firdaus,
Kath Leen,
Trendy Shopee,
Yatt Lib,
Arnny Rumpidit,
Mikky Boss,
Mohd Iszat,
Cristinahusin Chris,
Polly Blie,
Azee Zee,
Jo Sabordo,
Awel Awel,
Angelina Chong,
Beverly Nazareno,
Rydir Carique,
Kak Long,
Will Lipertz,
Nurul Husna,
Retch Panganoron,
Bateriku.Com State Johor Bharu,
Edward Malbacias,
Belalang Tempur,
Prem Bhadur Bista,
Nur Amieraa,
Bibi Hj Das,
Rose Ita,
Zehey Rahman

Ramai yang ketawa bila dengar pesawat pejuang kita terhempas dek kerana seekor bangau. Tapi inilah realiti pahit yang te...
20/09/2025

Ramai yang ketawa bila dengar pesawat pejuang kita terhempas dek kerana seekor bangau. Tapi inilah realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh juruterbang TUDM.

Hasil siasatan oleh Lembaga Siasatan mengesahkan bahawa seekor burung bangau seberat kira-kira satu kilogram telah dikenal pasti sebagai punca nahas jet pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara Kuantan pada 21 Ogos 2025 yang lalu.

Seekor bangau jenis (Purple Heron) telah tersedut masuk ke dalam enjin di bahagian kiri ketika pesawat sedang berlepas.

Terdapat segelintir nurtizen yang cepat melatah. Ada yang menyindir TUDM dengan ayat jet kita “uzur”, malah ada juga yang buat lawak kononnya “baru kena langgar burung dah terhempas, belum guna untuk tempur lagi“, dan juga “Malaysia perlu ternak bangau sebagai barisan hadapan pertahanan udara negara“ dan disertai dengan komen-komen bodoh yang lain, yang mencerminkan tahap pemikiran seseorang individu tersebut.

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu betapa seriusnya isu ancaman bird strike ini dalam dunia penerbangan sama ada penerbangan komersial mahupun ketenteraan.

Ancaman Bird Strike bermaksud perlanggaran antara burung dengan pesawat, sama ada ketika berlepas, mendarat, atau sedang terbang rendah.

Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja, bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Burung yang besar seperti bangau atau helang, apabila tersedut masuk ke dalam enjin pesawat, boleh memecahkan bilah kipas, merosakkan turbine, dan menyebabkan enjin gagal berfungsi dalam beberapa saat.

Situasi seperti ini amat berbahaya terutamanya ketika fasa take off atau landing kerana ketika pesawat sedang berada di altitud rendah dengan kelajuan yang tinggi, dan juruterbang tidak mempunyai banyak masa untuk bertindak.

Insiden seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa. Di seluruh dunia, ribuan kes ancaman bird strike direkodkan setiap tahun, termasuk di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun.

Malah ada satu insiden terkenal di Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai “Miracle on the Hudson”, di mana sebuah kapal terbang komersial jenis Airbus A320-214 milik US Airways yang membawa penumpang terpaksa mendarat cemas di sungai Hudson, New York selepas kedua-dua enjinnya rosak akibat burung.

Bukan hanya TUDM yang pernah berdepan dengan ancaman bird strike.

Pesawat Pejuang F/A-18D US Marine Corps terhempas pada tahun 2022 kerana burung termasuk ke dalam enjin, pada 22 September 1995, pesawat E-3 Sentry milik Tentera Udara AS hilang 2 enjin akibat burung angsa semasa pesawat sedang berlepas dari Alaska telah mengorbankan seramai 24 orang, pada 15 Julai 1996, pesawat pengangkut Lockheed C-130 Hercules milik Tentera Belgium terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Eindhove, Belanda akibat burung telah mengorbankan seramai 34 orang, 7 orang cedera parah.

Ini membuktikan bahawa ancaman bird strike sememangnya berbahaya, dan ia tidak mengenal tahap kecanggihan teknologi sesebuah pesawat, dan ia boleh berlaku kepada mana-mana pesawat, sama ada tentera atau komersial, di mana sahaja di seluruh dunia.

Juruterbang dan jurusensor pesawat TUDM telah mengikut prosedur keselamatan dengan menggunakan kerusi lenting pada ketinggian 50 meter daripada udara.

Kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri walaupun berdepan situasi yang kritikal. Perkara ini jelas membuktikan tahap kesiapsiagaan serta profesionalisme juruterbang TUDM kita berada pada tahap terbaik dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Siasatan juga telah dijalankan dengan telus oleh Lembaga Siasatan disertai tenaga pakar TUDM, Jabatan Kimia, Tentera Laut Amerika Syarikat, Defense Science and Technology Research Institute (STRIDE), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN).

Susulan laporan pengesahan punca nahas disebabkan terlanggar burung bangau dan bukan disebabkan masalah enjin, TUDM serta-merta membatalkan penggantungan operasi jet pejuang F/A-18D Hornet dan pesawat itu dibenarkan terbang semula.

Komen-komen berbaur sindiran di media sosial dapat memberikan kesan yang amat negatif. Ia bukan sahaja menjatuhkan imej TUDM di mata rakyat, malah boleh melemahkan moral anggota yang setiap hari mempertaruhkan nyawa demi negara.

BAYANGKAN, selepas melalui pengalaman hampir maut, mereka masih terpaksa membaca komen-komen yang menghina daripada rakyat sendiri.

Sedangkan di negara lain, insiden sebegini disambut dengan simpati dan dizahirkan ucapan penghargaan terhadap keberanian juruterbang mereka.

Pesawat boleh diganti dengan wang dan masa, tetapi nyawa juruterbang TUDM kita tidak ternilai harganya. Nak melatih seorang juruterbang bukan mudah.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya berbangga kerana juruterbang kita terselamat hasil daripada latihan dan disiplin yang ketat. Negara luar pun kagum dengan keupayaan juruterbang TUDM kita.

Sindiran liar yang memperlekehkan insiden nahas ini bukan sahaja tidak berasas, malah seperti menghina usaha TUDM yang bertugas menjalani latihan siang dan malam demi mempertahankan ruang udara negara daripada ancaman musuh.

18/09/2025

Kenapa Manusia Sebenarnya Tak Mati Sebab Kekurangan Oksigen 🌍💨

Ramai orang percaya bila seseorang mati lemas, mati sesak nafas, atau berhenti bernafas, puncanya adalah kekurangan oksigen.
Tapi sebenarnya, saintis dah buktikan — kita bukan mati sebab oksigen kurang… kita mati sebab racun dari oksigen itu sendiri. 😱
Macam pelik kan? Mari saya cerita.

👉 Bila kita bernafas, oksigen masuk ke dalam paru-paru. Darah bawa oksigen ni ke seluruh badan. Oksigen ni penting untuk hidup sebab ia “bakar” makanan jadi tenaga.
Tapi setiap kali oksigen digunakan, ada side effect — ia hasilkan radikal bebas. Radikal bebas ni molekul jahat yang boleh “menggigit” sel badan kita, rosakkan DNA, dan buat sel jadi lemah.
Biasanya, badan kita ada tentera khas — dipanggil antioksidan — untuk kawal benda ni. Kalau seimbang, kita sihat.
Tapi bila kita kekurangan oksigen (contoh: lemas dalam air, terhidu asap kebakaran, sesak nafas), sel badan jadi panik.
Dalam keadaan panik, sel cuba sedut oksigen sebanyak mungkin, tanpa kawalan.
Hasilnya? Radikal bebas meletup banyak kali ganda.

💥 Akhirnya, sel bukan mati sebab tak cukup oksigen, tapi mati sebab terlebih racun dari oksigen itu sendiri.
Yang lebih menarik… bayi dalam kandungan tak bernafas macam kita. Mereka tak guna paru-paru. Sebaliknya, bayi hidup dengan oksigen yang dibawa terus dari darah ibu melalui tali pusat. Itu sebab bila bayi lahir, tangisan pertama tu penting. Ia macam butang “reset” untuk hidup baru, bila paru-paru kena mula kerja sendiri.
Dan ini lagi pelik… penyelam laut dalam atau angkasawan kalau terlalu lama bernafas oksigen tulen (oxygen pure) boleh jadi pengsan & sawan. Fenomena ni dipanggil oxygen toxicity.
Jadi, benda yang kita anggap paling penting untuk hidup, boleh jadi racun kalau terlebih.

💡 Pengajaran:
Dalam hidup, bukan semua benda baik perlu banyak.
Air terlalu banyak boleh lemaskan kita.
Matahari terlalu banyak boleh bakar kulit kita.
Oksigen terlalu banyak pun boleh bunuh kita.
Kadang-kadang, yang penting bukan berapa banyak kita dapat, tapi berapa bijak kita kawal keseimbangan.

👉 Kalau rasa info ni mind-blowing, tekan Share biar lebih ramai tahu. Sebab selama ni ramai salah faham tentang oksigen & kematian.

Address

Ipoh

Telephone

+60124567890

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skydive Malaysia Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share