
05/09/2025
Assalamualaikum..
Salam Maulidur Rasul.
Bersempena dengan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran insan agung, Nabi Muhammad SAW, yang membawa cahaya keimanan dan petunjuk kepada umat manusia.
Baginda bukan sahaja membawa wahyu, bahkan menunjukkan contoh terbaik dalam setiap aspek kehidupan — dari akhlak, kepimpinan, hingga kasih sayang sesama manusia.
Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk meneladani sunnah Rasulullah SAW dan menjadikan Baginda sebagai panduan dalam membentuk masyarakat yang berakhlak, berilmu, dan berkasih sayang.
"Suri Teladan Sepanjang Zaman"
Jangan lupa selawat
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ