Public Gold Ipoh

Public Gold Ipoh Authorised Dealer Public Gold Iman Hosseini Shariati | PG00329910 | Berkongsi Updates, Info, Ilmu & Tip Simpanan Emas Fizikal 999 bersama Public Gold

Fitrah seorang wanita semestinya sukakan emas dan permata. Wanita beruntung kerana mempunyai pilihan untuk memakai baran...
07/01/2025

Fitrah seorang wanita semestinya sukakan emas dan permata. Wanita beruntung kerana mempunyai pilihan untuk memakai barang kemas atau pun menyimpan emas dalam bentuk gold bar. Emas sebenarnya adalah aset yang sangat berharga untuk wanita. Emas mempunyai aura yang tersendiri di mana ia dapat meningkatkan keyakinan diri seorang pemakai atau pemilik emas itu.

Emas juga merupakan pelaburan paling klasik zaman berzaman di mana sejak zaman nenek moyang kita lagi sudah mula menyimpan emas. Emas merupakan aset mudah untuk dicairkan di mana kita hanya perlukan masa beberapa minit sahaja untuk dapatkan wang dengan menjual atau memajak emas tersebut jika kita perlukan wang dengan segera.

Sesungguhnya wanita mempunyai nafsu yang kuat untuk berbelanja. Wanita mempunyai keinginan dan minat dalam pelbagai perkara seperti beg tangan, kasut, pinggan mangkuk dan sebagainya. Jika kita tidak pandai mengawal nafsu, sudah pasti kita akan boros belanjakan wang dengan pelbagai kehendak nafsu kita. Oleh itu, emas mungkin dapat mengawal keinginan dan nafsu berbelanja kita. Sebelum wang kita habis dibelanjakan kepada perkara yang tidak berfaedah, adalah lebih baik jika kita tukarkan sebahagian wang kita kepada emas.

Jadi, buat semua insan yang bergelar wanita. Simpanlah emas sebagai salah satu aset untuk diri kita. Jadikan emas sebagai satu aset perlindungan diri jika berlaku kesusahan. Aset sekecil emas akan menjadi penyelamat ketika gawat.

Nak susah apa kan? Sekarang dah ada platform akaun emas GAP yang selamat dan patuh Syariah membolehkan wanita menabung emas serendah 1g setiap kalinya.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://www.publicgoldofficial.com/imanshariati

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Bagi golongan anak muda 20-an, mungkin kita rasakan hidup kita hanya untuk ‘enjoy’ sementara masih muda. Mungkin kita ra...
27/12/2024

Bagi golongan anak muda 20-an, mungkin kita rasakan hidup kita hanya untuk ‘enjoy’ sementara masih muda. Mungkin kita rasa tidak perlu untuk fikir soal masa depan dan hari tua di waktu muda ini. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah ‘enjoy’ dengan kehidupan muda kita sepuasnya. Betul tak?

Tetapi tahukah anda pemikiran sebegini sebenarnya akan merosakkan masa depan kita. Ramai yang tidak ada simpanan kecemasan, dana deposit rumah, dana perkahwinan atau dana persaraan. Sedangkan waktu muda inilah waktu terbaik untuk kita mulakan simpanan untuk masa depan kita.

Sebenarnya, ramai orang tidak boleh melihat wang. Bila kita tengok wang, kita akan fikir untuk berbelanja kerana itulah fitrah wang iaitu untuk dibelanjakan. Sebab itulah ramai orang gagal ada simpanan kecemasan walaupun seribu ringgit. Tetapi ianya berbeza dengan emas. Sifat emas ialah untuk disimpan, semakin banyak kita simpan, semakin sayang untuk kita gunakan emas untuk perkara yang tidak perlu.

Oleh itu, adalah baik jika kita sudah mula menyimpan emas seawal yang boleh. Jadikan emas sebagi satu platform untuk kita mencapai matlamat simpanan dengan lebih cepat. Jadikan emas sebagai dana perkahwinan, dana deposit rumah, dana umrah / haji dan sebagainya. Jadi, untuk anak muda sekalian, janganlah kita terlalu leka dan alpa tetapi hiduplah sederhana di hari muda agar kita dapat menikmati hidup yang sebenar di hari tua kelak.

Mula awal, kehidupan lebih baik. Bajet kecik tak de masalah. Kita boleh menabung di akaun emas GAP serendah RM100 secara berperingkat. Emas, semakin di simpan semakin berdisplin terhadap kewangan.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Kos pendidikan adalah salah satu kos yang sangat besar yang setiap ibu bapa pasti akan memikirkan apakah cara yang terba...
26/12/2024

Kos pendidikan adalah salah satu kos yang sangat besar yang setiap ibu bapa pasti akan memikirkan apakah cara yang terbaik bagi menampung kos pendidikan anak-anak kelak. Ada yang menabung di dalam Tabung Haji, ASB, SSPN dan sebagainya.

Ya. Memang kita boleh memohon pinjaman PTPTN mahupun biasiswa untuk menanggung kos pendidikan anak-anak. Tetapi adakah kita bersedia membebankan anak-anak kita dengan hutang dikala mereka baru mula mengenal erti kehidupan.

Sebagai ibu bapa, kita semestinya mahukan yang terbaik buat anak-anak kita. Salah satu cara untuk mengurangkan beban kos pendidikan anak-anak ialah dengan menyediakan simpanan pendidikan seawal usia anak.

Dengan simpanan emas, kita dapat mengekalkan nilai simpanan tersebut kerana harga emas sentiasa meningkat untuk jangka masa yang Panjang berbanding wang ringgit. Nilai wang ringgit akan sentiasa merosot disebabkan beberapa faktor antaranya ialah kesan inflasi.

Contohnya, RM30,000 hari ini tidak akan sama nilainya untuk 18 tahun akan datang kerana kesan inflasi terhadap nilai mata wang. Selain daripada itu, kos pendidikan juga pasti akan meningkat dalam tempoh 18 tahun tersebut. Dengan simpanan emas, kita dapat mengimbangi kesan inflasi dan juga kenaikan kos pendidikan tersebut.

Tahukah anda, hari ini dah ada platform akaun emas GAP yang membolehkan bayi seawall usia seminggu untuk mula menabung emas? Kita panggil akaun GAP Junior. Seawal usia anak sebulan, kita dah mula menabung secara konsisten.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Kisah 100 Dinar Emas.Cerita ini adalah pengalaman peribadi Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim. Kisah ini terjadi pada zama...
24/12/2024

Kisah 100 Dinar Emas.

Cerita ini adalah pengalaman peribadi Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim. Kisah ini terjadi pada zaman sebelum GST, kira-kira sebelum 2015.

Ada seorang lelaki yang hobinya mengumpul 1 Dinar (4.25g) emas. Setiap kali ada duit lebih atau dapat bonus, beliau akan beli 1 Dinar Emas. Beliau sangat konsisten hingga akhirnya berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas.

Satu hari, beliau telah menghubungi Tuan Syukor sebab nak jualkan 100 keping Dinar Emas tersebut. 100 keping Dinar Emas tersebut adalah dinar edisi 916.

Lelaki tersebut nak jualkan dinar itu sebab nak beli tanah secara tunai tanpa hutang. Ini sangat bagus. Kumpul aset kecil, kemudian ditukarkan kepada aset besar.

Tahukah anda berapa nilai 100 dinar tersebut pada masa itu? Jumlahnya RM46,500, cukup untuk membeli tanah pada masa itu.

Apa yang kita boleh ambil dari kisah 100 dinar emas ini adalah, kalau kita nak sesuatu, perlu sabar dan konsisten berusaha. Ia mungkin akan mengambil masa, tapi pasti akan nampak hasilnya.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Tak semua orang bertuah, pekerjaan pertama terus dapat gaji yang layak untuk memiliki rumah. Tambahan lagi yang duduk di...
23/12/2024

Tak semua orang bertuah, pekerjaan pertama terus dapat gaji yang layak untuk memiliki rumah. Tambahan lagi yang duduk di bandar besar kos sara hidupnya amat tinggi. Dah berjimat cermat menabung pun masih belum layak untuk memiliki rumah sendiri. Begitulah...

Rumah, tanah, kebun, dusun adalah aset yang kita tak boleh beli dalam amount kecil atau sedikit demi sedikit. Misalnya bulan ini beli 1 kaki persegi. Bulan depan lagi 1 kaki persegi. Tak boleh kan? Jadi sampai bila perlu tunggu untuk layak beli rumah? Risau juga harga hartanah setiap tahun meningkat. Lama-lama kita akan terlepas peluang miliki hartanah sendiri. Gelap rasa masa depan nak bagi keselesaan pada anak dan isteri.

Jangan risau, hartanah memang tak boleh beli sedikit demi sedikit, tapi ada satu aset yang kita boleh kumpul sedikit demi sedikit hingga banyak. Emas.

Ya, di akaun GAP, kalau ada RM100 pun kita boleh mula menabung emas. Semua orang boleh ada simpanan emas. Emas ini aset kecil. Kita kumpul hingga banyak. Bila dah cukup, kita boleh upgrade kepada aset yang besar seperti rumah, tanah, kebun, dusun dan sebagainya.

Yang baiknya tentang simpanan emas ni, kekayaan kita lebih kekal berbanding simpan duit. Jadi, kita tak perlu risau tentang kenaikan nilai hartanah kerana emas mampu mengekalkan kuasa belinya. Yang kita perlu risau ialah gram emas kita yang tak bertambah saban tahun.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Pelaburan emas bukanlah pelaburan jangka pendek. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang dan mengambil masa ...
17/12/2024

Pelaburan emas bukanlah pelaburan jangka pendek. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang dan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun ke atas bagi menampakkan hasil keuntungannya. Setiap pelaburan memerlukan ilmu dan pengalaman untuk mendapat keuntungan yang maksima.

Kebanyakan pelabur emas membeli emas kerana ikut-ikut atau setelah mendengar khabar tentang keuntungan pelaburan emas. Apabila harga emas turun mereka menjadi tidak senang kerana tidak mendapat untung. Inilah yang dikatakan simpan emas tanpa ilmu. Bagi penyimpan emas yang berilmu, bila harga rendah mereka mengambil peluang untuk menambahkan lebih gram emas. Mereka dapat barang mahal, pada harga rendah. Menguntungkan bukan?

Bagi penyimpan yang tak sabar ketika menabung emas, ramai pelabur yang telah terjebak dengan menyertai skim pelaburan emas haram atau skim cepat kaya. Skim ini menjanjikan pendapatan lumayan, cepat, tetap setiap bulan. Disebabkan tiada ilmu dan tamak menyebabkan kerugian atau bebanan bayar hutang tanpa ada emas.

Perlu diingatkan gais pelaburan emas adalah pelaburan yang menguntungkan jika kita mempunyai ilmu yang cukup. Beli emas mesti dapat emas. Tiada istilah beli emas dapat pulangan wang bulanan. Jadi buat tindakan yang bijak dengan mencari ilmu terlebih dahulu.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Pesanan Robert T. Kiyosaki’ “bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi yang membuatkan kita kaya ialah ILMU  tentang ...
12/12/2024

Pesanan Robert T. Kiyosaki’ “bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi yang membuatkan kita kaya ialah ILMU tentang emas itu sendiri”. Dalam apa jua cabang pelaburan sekali pun, paling penting adalah ilmu. Jika kita menabung dengan berharap kepada nasib, itu bukanlah pelaburan tetapi perjudian.

Untuk emas, mulakan belian pertama dengan bajet yang kecil. Dapatkan pengalaman pertama membeli emas dan dapatkan feel memiliki emas sendiri. Jangan fikir buat untung lagi. Untung akan datang kemudian apabila sudah ada ilmu dan pengalaman.

Sekiranya berminat mengikuti perkembangan pasaran emas dunia, boleh membaca berita berita terkini tentang emas di www.kitco.com atau website World Gold Council (WGC) di www.gold.org. Informasi di laman web tersebut sangat penting bagi sesiapa yang berada di posisi gold investor.

Kita juga boleh hadir ke seminar tentang ilmu emas supaya kita dapat berguru dan dibimbing tentang simpanan emas. Syarikat yang paling aktif mendidik masyarakat tentang emas sejak 2008 ialah Public Gold Marketing Sdn. Bhd ( www.publicgold.com.my). Untuk melihat update mengenai aktiviti Public Gold, kita boleh ikuti mereka di Facebook, Page, Instagram dan website Public Gold itu sendiri.

Jika saranan diatas dilaksanakan dengan baik, kita semua akan dapat memanfaatkan keuntungan yang maksimum daripada simpanan dan pelaburan emas. Emas ini akan memberi impak positif terhadap kewangan kuta secara keseluruhannya jika memiliki ilmu yang betul.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Dalam jual beli emas, ada tiga (3) strategi paling asas jana keuntungan dengan emas.1) Beli dan Simpan (Gold Saver)Beli ...
11/12/2024

Dalam jual beli emas, ada tiga (3) strategi paling asas jana keuntungan dengan emas.

1) Beli dan Simpan (Gold Saver)

Beli emas dan simpan dalam jangka masa panjang dan jual balik apabila hendak mengambil keuntungan. Kita dapat keuntungan hasil kenaikan harga emas. Sementara menunggu harga emas naik, emas itu kita boleh manfaatkan untuk perkara lain seperti dijadikan modal pusingan bisnes dengan cara gadaian Ah Rahnu.

2) Beli, Jual, Beli, Jual (Gold Investor )

Strategi kedua dipanggil trading, iaitu beli harga rendah, jual apabila harganya tinggi secara kerap. Kaedah ini memerlukan kemahiran ilmu asas Analisis Teknikal Harga Emas. Ketepatan bacaan graf dan kepantasan membuat keputusan bakal menentukan hasilnya.

3) Berniaga Emas ( Gold Dealer)

Strategi ini adalah yang paling senang untuk melihat hasil yang terpantas iaitu melalui cara menjadi ejen syarikat emas. Kemudian ejen ini memberikan kesedarandan ilmu kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas. Setiap orang yang menabung emas melalui ejen tersebut, ejen akan mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk insentif atau margin jualan.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Tuan Syukor Hashim, Mahaguru Emas Malaysia, selalu memberi petua emas gold bar lima gram untuk meletakkan emas di dalam ...
10/12/2024

Tuan Syukor Hashim, Mahaguru Emas Malaysia, selalu memberi petua emas gold bar lima gram untuk meletakkan emas di dalam dompet. Emas memberi kita rasa seperti berduit dan terjamin apabila sentiasa di bawa bersama. Secara amnya, orang berduit ni, wajah lebih berseri. Ehem!

Keunikan emas adalah, walaupun nilainya melebihi RM 1,000 tetapi tiada risiko untuk dibelanjakan langsung sebagaimana kita meletakkan duit ringgit di dalam dompet. Bahkan aura emas itu sendiri telah memberikan semangat kepada pemiliknya untuk terus menambahkan simpanan emas.

Emas sebagai sumber pendapatan?
Secara amnya emas tidak ada pendapatan. Kalau simpan duit dalam akaun Tawbong Haji atau AESBEE, akan ada pendapatan tahunan yang dipanggil dividen. Kalau pelaburan hartanah ada pendapatan bulanan melalui sewa rumah. Sebaliknya emas tiada pendapatan.

Sekiranya ada sesiapa yang memberi jaminan emas menjana pendapatan bulanan atau tahunan, itu adalah “Scammer” . Segeralah angkat kaki jauhkan diri dengan segera. Sudah banyak syarikat yang menawarkan skim emas semuanya lingkup. Emas tidak dapat, duit pun lesap bergitu sahaja. Ruginya simpanan kita bertahun tahun lesap begitu sahaja.

Asasnya, untung dalam pelaburan emas adalah “buy low sell high”. Selain dengan memiliki emas, kekayaan kita lebih stabil dan berdiri dengan sendiri. Kalau hendak jana pendapatan dari emas, hanya ada satu sahaja caranya iaitu berniaga emas. Sekarang dah ada cara yang termudah, termurah dan terpantas untuk menjana pendapatan melalui emas iaitu menjadi ejen syarikat emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Kenapa kita tengok penyimpan emas relax-relax jer? Ini adalah kerana, penyimpan emas yang berilmu sentiasa tenang. Harga...
09/12/2024

Kenapa kita tengok penyimpan emas relax-relax jer? Ini adalah kerana, penyimpan emas yang berilmu sentiasa tenang. Harga naik dia happy, harga turun, dia tetap happy.

Persoalannya… Kenapa?

1) Penyimpan emas yang berilmu telah mengasingkan duit kecemasan jangka pendek.

Penyimpan emas menyediakan duit simpanan kecemasan minimum 3 bulan pendapatan. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, penyimpan akan guna dana kecemasan yang disediakan tanpa perlu menjual emas. Emas? Sebolehnya penyimpan nak peram minima 3 tahun ke atas.

2) Penyimpan Emas Membeli emas dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman.

Penyimpan emas tahu, harga emas bergerak naik turun setiap masa. Maka.. Emas tak sesuai simpan hari ni, jual bulan depan. Maka, Penyimpan akan menabung emas menggunakan hasil duit bisnes, duit simpanan gaji bulanan dan bonus tahunan yang ada lebihan. Penyimpan emas berilmu tidak akan meminjam untuk menabung emas.

3) Penyimpan emas membeli emas untuk “Wealth Protection”.

Penyimpan emas tahu, emas adalah duit dalam bentuk yang sukar bocor, bertahan lama dan bernilai sepanjang hayat. Jadinya, penyimpan menukarkan sebahagian wang tunai untuk melindungi duit simpanan daripada dibelanjakan oleh diri sendiri, melindungi dari kesan inflasi dan melindungi kekayaan daripada kesan keruntuhan sistem mata wang. Harga naik atau turun? Chill & Relaz Je !

4) Pantau harga emas jika perlu sahaja.

Mindset penyimpan emas yang berilmu adalah, harga tak penting. Yang penting, Pantau harga emas setiap hari memang boleh menganggu emosi dan sungguh memenatkan. Pelabur dan penyimpan melihat harga emas hanya waktu semasa mahu membeli emas dan menjual emas sahaja.

5) Menabung emas cuma perlu konsisten.

Penyimpan emas yang berjaya tak perlu modal yang besar sebenarnya. Mereka cuma perlu konsisten menabung secara berkala dan berterusan. Mana-mana penyimpan emas yang bersikap konsisten dalam perjalanan membina tabungan, akan nampak hasilnya. Sikit-sikit? Pun boleh asalkan berterusan untuk melihat hasilnya.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Tak kenal, maka tak cinta. Kenapa emas di katakan logam yang bernilai dan kenapa manusia sukakan emas?Emas adalah satu s...
19/11/2024

Tak kenal, maka tak cinta. Kenapa emas di katakan logam yang bernilai dan kenapa manusia sukakan emas?

Emas adalah satu satunya aset kewangan yang berdiri sendiri. Ia tidak perlu jaminan sesiapa, ia tidak berkait dengan mana-mana sistem atau rekod kewangan.

Emas telah digunapakai sebagai alat penyimpan nilai yang paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, dan tidak boleh dibinasakan dengan menggunakan apa cara sekalipun. Emas disebut berkali-kali di dalam Al-Quran malah Allah memberikan jaminan bahawa emas akan kekal bernilai sehingga kiamat.

Jumlah emas di mukabumi adalah terhad, jika Tuhan takdirkan sebanyak 100,000 tan emas tertanam di dalam perut bumi, maka jumlah tersebut tu sahaja yang akan wujud dan bertukar tangan di antara manusia. Ini adalah kerana emas tidak boleh diciptakan dan emas merupakan matawang yang paling ebrtahan sejak beribu-ribu tahun.

Disebabkan faktor nilai emas it sendiri yang luar biasa, emas adalah satu satunya aset kewangan yang tidak sekali- kali boleh jatuh nilai nya kepada kosong. Ia dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman. Ada emas? Ada duit!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Pakar sejarah mata wang Michael Maloney  berkata, emas dan perak merupakan satu-satunya aset kewangan yang tidak berada ...
17/11/2024

Pakar sejarah mata wang Michael Maloney berkata, emas dan perak merupakan satu-satunya aset kewangan yang tidak berada di dalam sistem kewangan. Pendek kata tiada siapa yang tahu berapa banyak kekayaan kita ada kalau disimpan dalam bentuk emas. Kecuali kita sendiri yang beritahu la kan?

Demikian juga bagi seseorang yang disahkan bankrap, hartanya dalam bentuk emas itu tidak boleh dibekukan oleh kerajaan kerana emas tidak terikat dengan sistem kewangan. Sebab itulah, melalui emas nak miskin sehelai sepinggang tu hamper mustahil. Menyimpan emas tidak memerlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan daripada mana-mana institusi. Ini fakta. Emas hanya terikat dengan ketulenan dan beratnya.

Secara amnya, emas berfungsi sebagai pelindung kekayaan. Ada emas? Nak miskin tu susah. Emas adalah talian hayat terakhir bukan sahaja apabila keruntuhan sistem kewangan dunia, tetapi boleh dijadikan talian hayat jika berlaku perubahan besar seperti perubahan kerajaan, kegawatan ekonomi, penurunan nilai matawang, penularan wabak penyakit dan sebagainya.

Syukur kita hari ini memiliki platform yang patuh Syariah, ringkas dan mudah untuk menabung emas. Menabung sahaja serendah 1g pertama hingga capai matlamat simpanan kita.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://linktr.ee/imanshariati_

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Gold Ipoh:

Share