27/08/2026
Gambar ini diambil dua hari lalu ketika saya menghadiri program Musyawarah Nasional 2.0: “Realiti & Persepsi : Jangan Politikkan Tabung Haji.”
Sewaktu kami hendak mengambil gambar, DS Azeez Rahim sempat berkata kepada saya, “Doakan saya ye, bro.”
Saya jawab, ”Insya-Allah, DS. Berani kerana benar.”
Untuk rekod, ini merupakan kali kedua DS Azeez Rahim direman dan disiasat berhubung kes yang sama.
Sebelum ini, beliau juga pernah melalui proses yang sama ketika era PH 1.0, iaitu selepas Barisan Nasional buat pertama kalinya tewas dalam PRU.
Namun ketika itu, selepas siasatan dijalankan, tiada tindakan lanjut diambil kerana tiada salah laku dapat dikesan.
Saya tidak mahu membuat kesimp**an terhadap proses siasatan yang sedang berjalan. Biarlah segala-galanya ditentukan berdasarkan fakta, bukti dan proses undang-undang yang adil.
Cuma saya tertanya-tanya, sampai bila penjawat awam perlu berdepan tekanan apabila sesuatu siasatan dilihat seolah-olah dipengaruhi oleh kepentingan atau percaturan politik pihak tertentu?
Jangan kerana kepentingan politik, institusi dan penjawat awam p**a yang menjadi mangsa.
Kita mungkin berbeza parti dan pendirian politik, tetapi prinsip keadilan, integriti dan kedaulatan undang-undang mesti kekal menjadi pegangan.
Buat DS Azeez Rahim, teruskan menghadapi segala dugaan dengan tenang.
Jika benar, kebenaran akhirnya akan tetap menang.
Nota kaki: Jika ada yang mengatakan pimpinan Umno tak buat apa atau tak ambil tahu hal-hal pemimpin Umno yang diasak dengan siasatan, reman dan pendakwaan di mahkamah, saya nak bagitahu lebih baik korang diam dari buka mulut..!! Dalam masa sekarang kita tak mampu untuk berbalah sebaliknya bersatu dan fokus untuk matlamat yang lebih besar iaitu PRU16.