Sebbuku

Sebbuku Kolektif, perpustakaan, kedai buku, art space dan ruang fleksibel di Super Kinta (Pasar Besar) Ipoh. ZSM boleh dihubungi melalui email; [email protected].

Zine Satu Malam (ZSM) merupakan sebuah kolektif pengkarya dan penggerak seni yang terdiri daripada penulis, pemuzik, penyajak, pelukis, pembikin filem, designer, fotografer, aktivis teater, traveler, komedian dan lain-lain. Nama ZSM diambil daripada sifat kolektif ini sewaktu diawal penubuhannya yang aktif menerbitkan zine dalam bentuk digital dalam masa satu malam. Zine (baca: zin) berasal daripa

da perkataan fanzine atau magazine yang membawa maksud buku/booklet/majalah yang dicetak atau diterbitkan sendiri, biasanya dalam skala yang kecil. Selain menerbitkan zine versi digital, ZSM juga menerbitkan zine & buku versi cetak selain daripada bergerak aktif di seluruh negara mengadakan sesi baca/deklamasi puisi secara santai. Pernah mengadakan beberapa acara seni seperti Puisi Satu Petang, TaraKuChaCha, Borak Sajak, dan berkolaborasi bersama Frinjan dalam banyak acara seperti Festival Belia Putrajaya, Big Bad Woof dan banyak lagi. "Yang indah memang bisa menghibur selama-lamanya, membubuhkan luka selama-lamanya, meskipun puisi dan benda seni bisa lenyap. Ia seakan-akan roh yang hadir dan pergi ketika kata dilupakan dan benda jadi haus. Tapi apa arti roh tanpa tubuh yang buncah dan terbelah? Keindahan tak bisa jadi total. Ketika ia merangkum total, ia abstrak, dan manusia dan dunia tak akan saling menyapa lagi."

- Geonawan Mohamad, Tuhan & Hal Hal Yang Tak Selesai.

GERAN RM20,000 AKADEMI RAKAN MUDASabtu depan Akademi Rakan Muda akan turun Ipoh dan buat hari terbuka khas untuk perkena...
05/04/2025

GERAN RM20,000 AKADEMI RAKAN MUDA

Sabtu depan Akademi Rakan Muda akan turun Ipoh dan buat hari terbuka khas untuk perkenalkan Geran Akademi Rakan Muda (hingga RM20,000) untuk anak muda (18-35 tahun) yang nak bikin projek impak sosial.

Projek impak sosial yang dimaksudkan ialah apa saja idea & aktiviti komuniti yang akan memberi kesan kepada sekurang kurangnya 100 orang. Tempoh projek p**a ialah 2 bulan sahaja.

Terbuka untuk semua orang dengan projek baru mahupun projek yang sedang berjalan. Kalau belum ada idea pun silalah join, sebab kita akan ada taklimat brainstorm idea sama-sama, tengok cara bikin kertas kerja dan sesi soal jawab sampai cerah kepala.

Lokasi: Ipoh Social Club
Masa: 10 pagi

Ruang terhad, sarapan & makan tengahari disediakan. DM kami untuk sebarang pertanyaan.
Daftarlah sekarang sebelum penuh, klik sini - https://bit.ly/PendaftaranHariTerbukaAkademiRakanMuda2025

Petikan puisi Helah oleh .Karya ini telah dipersembahkan di Pasar Puisi, Super Kinta. Puisi ini boleh dibaca dari zine y...
01/11/2024

Petikan puisi Helah oleh .

Karya ini telah dipersembahkan di Pasar Puisi, Super Kinta. Puisi ini boleh dibaca dari zine yang boleh anda dapatkan dari penulis sendiri.

Baris akhir tu tema Halloween.

Sekitar tayangan & diskusi filem Man Bites Dog di Sebbuku tempohari. Sedutan video & nota perbincangan akan diberikan ke...
21/10/2024

Sekitar tayangan & diskusi filem Man Bites Dog di Sebbuku tempohari.

Sedutan video & nota perbincangan akan diberikan kemudian. Tapi antara yang menarik ialah bagaimana sesebuah filem dapat merakam, atau untuk filem Man Bites Dog ini, mempersendakan (mock) kebenaran & cara kita menilai kebenaran.

Penonton pada awalnya dihidangkan dengan dark comedy, juga pembunuh bersiri yang berkarisma - baca sajak, ada falsafah & pemerhatian hidup yang tinggi, menghargai seni bina dan lain-lain. Namun semuanya berubah apabila konflik cerita menjadi lebih serius & provokatif (18PL).

Kelab Filem Jalan Che Tak juga akan bertukar nama menjadi... nantikan pengumumannya. Siapa yang berminat nak join the club boleh DM.

Terima kasih yang sudi jadi pembentang, yang support, dan semua yang turut hadir menonton filem & menyertai sesi perbincangan kita.

Ada filem yang kome nak tayang dan bincang? Cadangkan ler.

Kenapa filem Man Bites Dog dipilih? Sebab tajuk asal filem dari Belgium berbahasa Perancis ini adalah C'est Arrive Pres ...
18/10/2024

Kenapa filem Man Bites Dog dipilih? Sebab tajuk asal filem dari Belgium berbahasa Perancis ini adalah C'est Arrive Pres De Chez Vous atau terjemahan literal ke bahasa melayu - Berlaku Dekat Dengan Rumah Kamu.

Sinopsis simple mockumentary ini: sekump**an pelajar yang nak buat dokumentari merakamkan kehidupan harian seorang pembunuh bersiri jahanam, akhirnya terpaksa terlibat sama buat kerja-kerja jahanam walaupun pada mulanya neutral dan berada di luar kononnya.

Amaran keras - filem ganas dan explicit, jangan bawa budak budak dan perangai kebudak budakan. Tapi filem ni memang vibe Super Kinta dan kritikan sosialnya terpakai di sini.

Sebab apa? Haaa kena tengok & join diskusi esok, jeng jeng jeng.

Man Bites Dog (1992) adalah sebuah filem mockumentary gelap dan provokatif dari Belgium yang memerhatikan sisi gelap man...
18/10/2024

Man Bites Dog (1992) adalah sebuah filem mockumentary gelap dan provokatif dari Belgium yang memerhatikan sisi gelap manusia dengan menggunakan dark humour. Filem ini mengisahkan sekump**an pembikin filem amatur yang merakamkan kehidupan harian Ben, seorang pembunuh bersiri yang karismatik tetapi kejam. Dalam setiap babak, Ben dengan tenang membincangkan falsafah pembunuhan, seni, dan masyarakat sambil terus melakukan pembunuhan sadis tanpa rasa bersalah.

Para pembikin filem kemudian terpaksa terlibat dalam aksi ganas Ben, sehingga mereka melanggar sempadan moral dan etika.

Man Bites Dog menawarkan kritikan tajam terhadap obsesi media dengan kekerasan, menjadikan penonton merenung tentang pengaruh media, tanggungjawab moral, dan sifat hiburan itu sendiri.

Amirul Ariff merupakan seorang pensyarah filem di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dan juga seorang sinematografer berpengalaman. Beliau akan membedah filem ini dari sudut cinematography & kritik sosial dengan lebih dalam. Kemudian kita bincang ramai-ramai.

Kelab Filem Jalan Che Tak merupakan nama kelab yang dibuat secara spontan setelah sekump**an peminat filem berkumpul di Ah Mat Kafe () dan bersetuju perlunya sebuah kelab filem di Ipoh. Rancangan kelab ini selain tayangan & diskusi, ia juga akan mengadakan kelas videografi, kelas sinematografi, kritikan filem seterusnya membikin filem sendiri.

Ayuh jadi sebahagian daripada peminat & pembikin filem yang berbudaya di Ipoh, Sabtu ini (esok) jam 8.30 malam hanya di Sebbuku.

AMARAN: FILEM UNTUK 18 TAHUN KE ATAS & PENONTON MATANG SAHAJA. JANGAN BAWA BUDAK-BUDAK.

Hi dan selamat sejahtera. 1. Untuk makluman semua, page kolektif Zine Satu Malam kini bertukar nama ke Sebbuku. 2. Walau...
17/10/2024

Hi dan selamat sejahtera.

1. Untuk makluman semua, page kolektif Zine Satu Malam kini bertukar nama ke Sebbuku.

2. Walaupun organisasi berbeza, ia masih diselenggarakan oleh orang yang sama dan buat benda yang hampir sama. Bezanya kali ini dah ada space sendiri.

3. Sebbuku Bookstore & Library merupakan ruang komuniti yang telah aktif sejak beberapa bulan lalu di Ipoh.

4. Antara acara yang telah dibikin di sini ialah Pasar Puisi, teater Aksi Emosi dan akan datang tayangan dan diskusi Kelab Filem Jalan Che Tak.

5. Selain itu Sebbuku turut aktif dalam acara di luar pasar seperti Piknik Puisi dan turut serta memeriahkan Lorong Seni di Medan Selera Dato Sagor.

6. Sebbuku mengalu-alukan sebarang kolaborasi untuk apa jua acara dan aktiviti. Juga terbuka jika ada mana mana syarikat penerbitan atau penulis yang ingin menjual buku di kedai, atau ingin meletakkannya di ruang perpustakaan untuk dibaca secara percuma.

7. Jadual buka & tutup akan dikemaskini kemudian, tetapi kami boleh dihubungi di [email protected]. Juga boleh DM di sini atau ke laman Instagram kami - .

8. Jemput follow untuk yang belum, dan yang dah p**a mai la lepak di Super Kinta.

Entri Baru!
08/10/2021

Entri Baru!

Tubuh aku letih gila. Tapi hati ini ingin berjalan. Di Seksyen 7.

Hai, kami kembali lagi dengan Puisi Satu Petang!Hari Ahad ini (esok) Puisi Satu Petang akan diadakan di Taman Tasik Rekr...
26/01/2019

Hai, kami kembali lagi dengan Puisi Satu Petang!

Hari Ahad ini (esok) Puisi Satu Petang akan diadakan di Taman Tasik Rekreasi Seksyen 7, Shah Alam pada jam 5 hingga 7 petang.

Puisi Satu Petang merupakan acara baca puisi santai di mana sesiapa pun boleh membaca atau mendeklamasikan sajak pilihan masing masing. Bukan saja bersajak, kita juga ada sesi bercerita, tarian, akustik, teater pendek dan macam macam lagi aktiviti.

Apa yang perlu anda bawa ke acara ini? Yang utama, bawa sebuah sajak atau buku sajak yang anda gemari dan nak kongsikan bersama orang lain. Jangan lupa bawa lapik duduk sendiri atau tak perlu jika anda selesa duduk di atas rumput. Jika anda nak jual buku atau zine, boleh juga bawa sendiri ke acara ini. Ruang percuma dan terbuku untuk semua!

Datang ramai ramai bawa kawan-kawan, keluarga, makwe, pakwe, jiran, atau sesiapa saja yang anda s**a.

Jika sesat atau ada sebarang pertanyaan, hubungi saudara Zoul - 013 4389391. Jumpa esok!

Ini ialah orang-orang yang akan membuat persembahan di  . Setiap seorang daripada mereka diberi satu slot berdurasi seki...
03/12/2017

Ini ialah orang-orang yang akan membuat persembahan di . Setiap seorang daripada mereka diberi satu slot berdurasi sekitar 30 minit.

Petak Daud dan acapsegitiga masing-masing akan mengendalikan slot akustik + puisi manakala Omorq Iwan akan membuat bengkel mempelajari ilmu hitam bebas kesan sampingan, Abbas Mahmoud dan Boy Iman yang masing masing adalah pelajar teater ASWARA p**a akan mempersembahkan monolog bertajuk Sebaliknya dan Hidup. Kami janji Boy Iman yang ini takkan pujuk anda beli rumah. Diana yang juga seorang pelajar teater p**a akan membawakan naskhah sasterawan negara A. Samad Said bertajuk Lantai T. Pinkie. Nesa Idrus yang juga merupakan pelakon wanita terbaik Festival Teater Perak 2017 akan membawakan naskhah bertajuk Emak yang kami jangka akan buat penonton menangis. Tisu tidak disediakan.

Selain itu juga ada pasar buku & zine. Anda boleh beli & baca buku/zine kegemaran anda di sini. Bawa keluarga serta kawan-kawan dan boleh duduk di blackbox tonton teater atau baca buku. Aduh, sejuknya hati bayang korang buat benda berfaedah di hari Ahad yang mulia ini.

Masuk percuma, jadi datanglah!

@ blackbox SACC Mall, Shah Alam, 4PM-10PM (3 Disember 2017)

Untuk info lanjut atau sesat jalan, whatsapp Zoul - 013-4389391. Kongsikan post ini dengan kawan-kawan FB anda! Terima kasih dan YOLO!

Apa itu Solo Yolo? Menurut urban dictionary, "Solo yolo - When you are alone and you suddenly decide to scream "yolo!" y...
01/12/2017

Apa itu Solo Yolo?

Menurut urban dictionary,

"Solo yolo - When you are alone and you suddenly decide to scream "yolo!" you must make sure no one heard this in order to be a proper solo yolo.

i was basically alone in the desert when i screamed yolo. aint no body heard me so it was a solo yolo"

YOU ONLY LIVE ONCE!

Jadi event SoloYolo ini p**a akan menampilkan makhluk-makhluk seni yang akan membuat persembahan secara solo. Akan ada monolog, akustik, deklamasi puisi, sesi menughun dan sebagainya oleh individu-individu yang dikenali sebagai,

Omorq Irwan
Nesa Idrus
Boy Iman (yang tidak berpangkat datuk mahupun doktor)
Petak Daud
Abbas Mahmood
acapsegitiga
Diana

Mereka akan mengisi ruang slot selama 30 minit setiap seorang dan anda kena hadir menyaksikan persembahan mereka kerana you only live once.

Selain itu SoloYolo juga ada pasar buku & zine yang menampilkan penerbit-penerbit yolo seperti Negarabuku, Terbitan Langit, Kolektif Ketepi, Kedai Buku Mak Ali dan lain-lain lagi. Berminat nak buka booth di sini? Hubungi saudara Gaban di nombor 013-3173332

Jadi, ajaklah keluarga dan kawan-kawan, atau orang asing yang kamu temui di hentian bas, ke

SoloYolo
Blackbox SACC Mall, Shah Alam
3 Disember 2017 (Ahad)
4PM-10PM

Masuk percuma, keluar kena bayar.

Address

B-043, Jalan Laxamana, Super Kinta
Ipoh
30300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sebbuku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sebbuku:

Share