Ragam Orang Malaysia

Ragam Orang Malaysia Jual hartanah

07/01/2026

“Kenapa sekarang orang dah malas tekan LIKE?”

Dulu satu post boleh dapat 200 like.
Sekarang?
View ribu-ribu…
LIKE kosong.

Bukan sebab cerita tak best.
Bukan sebab ayat tak padu.

Tapi sebab orang dah penat.

Penat kerja.
Penat fikir duit.
Penat scroll berita buruk hari-hari.

Buka FB,
– harga barang naik
– gaji sama
– orang lain nampak berjaya
– hidup sendiri rasa stuck

Jari scroll laju.
Baca dalam diam.
Simpan dalam hati.

Bukan tak s**a.
Cuma tak ada tenaga nak tunjuk reaksi.

Kadang-kadang orang baca post kita sambil:
– tunggu anak tidur
– tunggu nasi masak
– tunggu gaji masuk

Dia faham.
Dia relate.
Tapi dia senyap.

Kalau kau admin page yang tengah kecewa,
ingat satu benda:

Diam bukan bermaksud tak peduli.

Kadang-kadang,
yang paling perlukan cerita kita
ialah orang yang tak sempat tekan LIKE.

Kalau kau baca sampai habis,
komen titik (.)
Aku nak tahu berapa ramai sebenarnya masih ada di sini.

07/01/2026

“Ayah Tak Pernah Cerita”

Ayah aku jenis tak banyak cakap.
Balik kerja, mandi, makan, lepas tu diam.

Kalau aku tanya,

“Ayah penat ke?”

Dia jawab ringkas,

“Biasa.”

Aku ingat ayah memang kuat.
Tak rasa apa-apa.

Sampailah satu hari aku jumpa buku kecil dalam laci ayah.
Buku lama. Kertas dah kuning.

Dalam tu ada tulisan:

“Gaji bulan ni cukup-cukup.”
“Tangguh beli kasut.”
“Anak masuk sekolah, duit tak cukup.”

Aku baca satu-satu.
Baru aku faham…

Ayah bukan tak penat.
Ayah tak sempat mengadu.

Ayah keluar rumah sebelum subuh.
Balik masa kami semua dah tidur.

Baju kerja sama je.
Kasut sama bertahun-tahun.

Bila ibu suruh ayah beli baju baru,

“Tak payah… yang ni masih elok.”

Padahal tapak kasut ayah dah haus.
Baju dah nipis.

Ayah tak pernah cerita bila dia lapar.
Tak pernah cerita bila duit tinggal RM5 dalam dompet.

Yang ayah tahu cuma satu:

“Asalkan anak-anak cukup makan, cukup sekolah.”

Sekarang ayah dah tua.
Jalan pun perlahan.

Bila aku hulur duit,
ayah senyum malu-malu.

“Tak payah… simpan untuk anak kamu.”

Ayah…
masa muda ayah bagi kami segala tenaga.
Bila tua, ayah cuma minta
jangan dilupakan.

Kalau ayah masih ada,
pandang muka dia lama-lama.

Sebab pengorbanan ayah
selalu dibuat dalam diam.

🖤

04/01/2026

RUMAH IMPIAN JADI NERAKA: SELAMAT TINGGAL SELEPAS 20 TAHUN..........................................

Saya menulis ini dengan linangan air mata. Kami telah pun menjual rumah kami di Taman Pulai Indah yang didiami selama 20 TAHUN ini dan akan berpindah keluar hujung bulan ini.

Rumah ini adalah hasil titik peluh kami suami isteri selama dua dekad. Kami dah renovate dengan belanja PULUHAN RIBU RINGGIT termasuk mencantikkan laman tepi kerana niat hati nak jadikan ini sebagai rumah persaraan kami untuk hari tua.

Namun, segala impian, pelaburan dan kasih sayang yang kami curahkan pada rumah ini musnah sekelip mata.

Sebabnya?
Kami sudah tidak mampu lagi menanggung "seksaan" kencing dan tahi kucing jiran yang berlarutan selama 5 TAHUN tanpa henti.

Memandangkan rumah kami unit corner lot, laman kami yang luas telah menjadi "tandas awam" kucing-kucing ini. Sepanjang tempoh ini, macam-macam usaha kami dah buat untuk jaga ukhuwah jiran:-

* Tegur Secara Direct:- Saya sudah cuba tegur secara baik dan bersemuka dengan jiran terlibat, tetapi kecewa apabila teguran saya dibalas dengan "tarik muka" sehingga sekarang. Malah pemberi makan melepaskan tangan dengan alasan "hanya bagi makan, bukan tuan kucing".

* Sediakan Litter Box:- Kami sendiri keluarkan duit beli litter box dan pasir letak di luar rumah supaya kucing tak berak merata di laman kami, tapi tidak berkesan.

* Pindahkan Kucing:- Kami pernah cuba pindahkan kucing-kucing tersebut ke kawasan pasar, tapi selang beberapa hari, ada p**a kucing baru yang dibawa datang oleh jiran.

* Pasang Pagar:- Walaupun rumah kami kawasan pagarnya luas, kami tetap cuba pasang pagar tambahan untuk halang kucing masuk, namun tetap gagal.

Semua usaha kami sia-sia kerana punca utamanya tetap ada—iaitu pemberian makan tanpa tanggungjawab.

KESAN PADA KAMI:-

* Upah Cleaner: Kami terpaksa berhabis duit membayar upah cleaner hampir setiap bulan untuk mencuci najis dan menyental bau hancing di laman.

* Sakit mata tengok cat dinding luar rumah habis kena 'marking' dengan kencing. Kos upah dan cat sekarang bukannya murah. Kalau cuci biasa, bau dan kesan tetap tak hilang. Bila dah sental berkali-kali, cat p**a yang rosak dan luntur. Penat emosi, penat poket.

* Barang Terpaksa Dibuang: Sudah tidak terhitung berapa banyak selipar, kasut, pasu bunga, pakaian yang dijemur, karpet dan perabot laman yang terpaksa kami BUANG terus kerana baunya sudah meresap dan tidak boleh hilang walaupun dibasuh.

* Ibadah Jadi Was-was: Ini yang paling saya terkilan. Berapa banyak kali kami terpijak kencing kucing di laman, kemudian masuk ke dalam rumah baru sedar yang dipijak tadi bukan air tapi kencing. Terpaksa deep clean dan mop satu rumah semula. Hati jadi tak tenang dan was-was setiap kali nak beribadah.
* Hilang Berkat Hidup: Penat balik kerja niat nak berehat di rumah impian, tapi disambut bau hancing dan najis merata-rata. Mood terus hilang, jiwa jadi kacau kerana hampir setiap hari kena menyental laman dahulu.

* Pagi Yang Malang: Nak keluar cari rezeki, tapi pagi-pagi lagi dah "sial" sebab selipar dan kasut kerja kami kena kencing kucing. Kalau sekali sekala masih boleh diterima, tapi kalau kerap kali?

Kepada pemberi makan kucing, anda kena faham FAKTA ini: Kucing secara semula jadi tidak akan berak atau kencing di rumah tempat dia makan, kecuali jika dilatih atau disediakan pasir (litter box).

Jadi, bila anda bagi makan tapi tak sediakan tempat najis, kucing itu akan cari rumah jiran (iaitu rumah kami) untuk melepaskan hajat. Anda dapat pahala bagi makan, kami yang menanggung tahi dan kencingnya!

Pesanan saya buat yang s**a aniaya jiran begini:
Kalau anda rasa hidup anda serba tak kena, rezeki sempit, atau jiwa tak tenang, cuba semak balik—mungkin itu sebab anda menganiaya jiran dengan cara ini.

Memberi makan haiwan itu sunat, tapi menjaga hak jiran daripada kotoran dan bau itu WAJIB. Jangan sampai ibadah anda sia-sia sebab kezaliman ini.

TINDAKAN KAMI:
* Laporan pada pihak berkuasa: Aduan rasmi akan dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Seksyen 80 & 81 (Kacau Ganggu).

* Akta Baru KPKT 2026: Untuk makluman semua, bermula 1/1/2026, garis panduan baru KPKT mengenai pengurusan haiwan peliharaan akan dikuatkuasakan lebih ketat. Jangan ingat anda boleh lepas tangan lagi selepas ini.

* Bukti Lengkap: Segala rakaman CCTV, gambar, dan alamat jiran terlibat akan kami serahkan untuk tindakan denda sehingga RM1,000.

* Hutang Dunia Akhirat: Kami berpindah dengan hati yang sangat berat. SAYA, SUAMI & AHLI KELUARGA TIDAK AKAN MEMAAFKAN ANDA DUNIA DAN AKHIRAT atas segala penderitaan kami selama 5 tahun ini.

Terima kasih kepada jiran-jiran yang baik sepanjang 20 tahun ini. Semoga hantaran ini menjadi pengajaran dan kesedaran agar tiada lagi jiran lain yang terpaksa 'terusir' dari rumah sendiri akibat sikap pentingkan diri orang lain.

Kredit : Orang awam

04/01/2026
03/01/2026

“Mak, hari ni makan apa?”

Soalan tu ringkas.
Tapi untuk seorang mak, soalan tu boleh jadi penat, boleh jadi sebak.

Pagi-pagi bangun, orang lain masih lena.
Mak dah fikir:

“Nak masak apa hari ni?”
“Beras cukup tak?”
“Gas tinggal sikit je ni…”

Anak-anak makan, suami makan.
Bila semua dah kenyang, mak senyum.
Walaupun pinggang sakit, walaupun tangan melecur sikit tadi.

Kadang-kadang mak tak makan sama.
Bukan sebab tak lapar.
Sebab dia lebih biasa dahulukan orang lain.

Petang nanti, ulang lagi rutin sama.
Basuh, sapu, lipat.
Tak ada punch card.
Tak ada cuti tahunan.

Tapi bila anak cakap,

“Sedap la masakan mak…”

Terus hilang penat.
Terus rasa berbaloi.

Kita selalu kata mak kuat.
Sebenarnya mak letih, tapi dia pilih untuk terus kuat.

Kalau hari ni masih ada mak,
peluk dia.
Tanya khabar dia.

Sebab suatu hari nanti,
rindu tu tinggal rindu je.

Nak acah2 healing atau nak create sweet memory bersama pasangan atau keluarga. Meh sini Nak shoot video serendah RM30. B...
29/05/2023

Nak acah2 healing atau nak create sweet memory bersama pasangan atau keluarga. Meh sini Nak shoot video serendah RM30. Boleh follow tiktok ni.

Lokasi: Taman Metropolitan Kepong aka Taman Layang-Layang.

Acah2 healing. Do PM me if you are interested to shoots a short video.

26/01/2022
[OPEN FACING] RUMAH TERES 2 TINGKAT UNTUK DIJUAL DI TAMAN PUNCAK JALIL Lokasi yang strategik dengan pelbagai kemudahan. ...
25/12/2021

[OPEN FACING] RUMAH TERES 2 TINGKAT UNTUK DIJUAL DI TAMAN PUNCAK JALIL

Lokasi yang strategik dengan pelbagai kemudahan. Rumah p**a tidak mengadap rumah lain.

INFO
- 4 bilik
- 3 bilik air
- Leasehold 2113
- Saiz tanah 20x70.26 sqft
- Lot ke 2 dari corner lot
- Tidak menghadap rumah lain (extra parking)
- Berhampiran taman permainan kanak-kanak sebelah tasik

KEMUDAHAN
- Lot2 kedai berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti bank, bengkel, kedai runcit, restoran dan lain-lain.
- 5 min ke SMK Bandar Puncak Jalil
- 11 min ke Pasar Borong Selangor, AEON Equine Park
- 13 min ke Stadium bukit Jalil, LRT Bukit Jalil
- Univerisiti berhampiran: UPM, UNITEN
- Hospital berhampiran (< 20 minit): Andorra Medical Center, Hospital Putrajaya, Hospital Serdang
- 4KM ke PAVILION BUKIT JALIL (Opening soon)

HARGA: RM535K nego

Hubungi saya jika berminat.

Call / Mesej / Whatsapp : 0172747485

Atau klik link untuk terus ke whatsapp saya https://wa.me/60172747485

Lagu TERIMA KASIH, ALHAMDULILLAH yang dicipta oleh Abu (gitaris kump**an May) adalah penghargaan beliau kepada peminat -...
09/10/2021

Lagu TERIMA KASIH, ALHAMDULILLAH yang dicipta oleh Abu (gitaris kump**an May) adalah penghargaan beliau kepada peminat - peminatnya serta rakan - rakan yang selama ini menyokong dan membantu beliau didunia Industri musik.

Mohon support lagu beliau di saluran YouTube beliau ABU MAY STUDIO dengan tidak skip iklan yang terpapar. Video klip pun pakai handset je.

MOHON SHARE DAN SUBSCRIBE guys...

LAGU TERIMA KASIH ALHAMDULLILAHAlhamdullilah, dalam lebih kurang masa 3 bulan menyiapkan lagu ini akhirnya telah siap jua. Terima Kasih kepada yang selama in...

MERDEKA SALE❗❗❗ *BUKU RM1* 😱BUKU RAHSIA ANAKKU BIJAK BM,BI DAN BA untuk anak 3-8 tahun✅ Ada QR code 50video✅ Ada 80 ms ✅...
27/08/2021

MERDEKA SALE❗❗❗

*BUKU RM1* 😱

BUKU RAHSIA ANAKKU BIJAK BM,BI DAN BA untuk anak 3-8 tahun

✅ Ada QR code 50video
✅ Ada 80 ms
✅ Ada guide untuk parents
✅ Ada aktiviti utk anak2
✅ Buku bercetak
✅ akan dipost ke rumah. pengeposan 5/9

Atau wasap kami disini http://www.wasap.my/60172832854/NakBukuSeringgit

Boleh sebarkan pada kawan atau sedara yang lain juga ya. moga membantu anak anak dirumah. Terima kasih😊

13/08/2021

Jangan yakin dengan vaksin mampu merawat kite dari jangkitan Covid19 tanpa izin Allah. YAKIN dengan izin Allah sahaja vaksin mampu melawan Covid19 didalam badan kita.

Doa kepada Allah moga asbab mengambil vaksin, Allah izinkan ia mampu melawan Covid19. Begitu juga asbab2 yang lain seperti makanan sunnah.

Address

Tambun
Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ragam Orang Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category