Kembara Iktikaf

Kembara Iktikaf Kembara Iktikaf
"Permulaan demi Pengakhiran"

30/09/2026

luh ibu je.. tak b*k pon.. moh ler bantu sorang sikit..

Misi naik taraf Musalla An Nur Kg Org Asli Peroi telah bermula.. Sumbangan anda amat kami hargai.. RM350,000 diperlukan ...
16/09/2026

Misi naik taraf Musalla An Nur Kg Org Asli Peroi telah bermula.. Sumbangan anda amat kami hargai.. RM350,000 diperlukan untuk menambahbaik kemudahan dan infra surau ini..

Karpet telah dipilih, impian sudah dipasang, maka bermula misi yang kedua, kutipan dana karpet utk Surau KOA Peroi Bermu...
10/08/2026

Karpet telah dipilih, impian sudah dipasang, maka bermula misi yang kedua, kutipan dana karpet utk Surau KOA Peroi Bermula..

Dana sudah berjaya dikumpulkan sepenuhnya pada jumaat lepas.. Next misi memasang karpet baru di Surau KOA Peroi..
10/08/2026

Dana sudah berjaya dikumpulkan sepenuhnya pada jumaat lepas.. Next misi memasang karpet baru di Surau KOA Peroi..

Kemarin saya rasa fedup..Hampir give up..Dah beberapa minggu saya cuba cari dana untuk menggantikan PA system surau yang...
08/08/2026

Kemarin saya rasa fedup..

Hampir give up..

Dah beberapa minggu saya cuba cari dana untuk menggantikan PA system surau yang telah rosak sepenuhnya..

Bukan tak ada usaha..

Saya cuba cari, saya cerita, saya sebarkan..

Tapi bila tengok dana masih belum cukup, jujurnya ada masa saya rasa penat..

Ada satu ketika saya terfikir…

“Sampai bila?”

Semalam p**a, seorang hamba Allah dari Shah Alam membantu mencukupkan baki yang diperlukan..

Alhamdulillah, dana PA system ini akhirnya dah cukup..

Tapi sebenarnya, bukan jumlah sumbangan itu yang paling buat saya terkesan..

Ada satu ayat yang beliau cakap:

“Allah yang bagi, bukan saya. Ini titipan.”

Saya terdiam......

Sebab sebelum itu saya terlalu sibuk melihat kepada apa yang masih belum cukup..

Terlalu fokus kepada angka..

Terlalu fikir bagaimana nak selesaikan baki yang ada..

Tapi melalui seorang hamba Allah ini, saya diingatkan semula…

Bila Allah nak cukupkan sesuatu, Dia boleh pilih sesiapa saja untuk menjadi perantara..

Kita mungkin rasa usaha kita kecil..

Kita mungkin rasa sumbangan kita tak seberapa..

Tapi kita tak pernah tahu apa kesannya kepada orang lain..

Satu sumbangan boleh menjadi penyelesaian..

Satu perkongsian boleh menemukan orang yang mahu membantu..

Satu doa p**a mungkin menjadi sebab Allah bukakan jalan..

Jadi jangan terlalu cepat menganggap sesuatu itu mustahil hanya kerana kita belum nampak jalannya..

Terima kasih buat hamba Allah dari Shah Alam yang memilih untuk menjadi perantara kepada titipan tersebut..

Semoga setiap kali azan, kuliah dan pengumuman bergema melalui PA system ini nanti, ia menjadi sebahagian daripada manfaat yang terus mengalir buat beliau..

“Allah yang bagi, bukan saya. Ini titipan.”

Ayat itu mungkin ringkas..

Tapi bagi saya, ia satu peringatan yang besar..

07/08/2026

Jom kita cukupkan dana PA system nie.. seterusnya nnt kita akan kumpulkan dana utk karpet dan kerja2 naik taraf..

Teruskan menyumbang.. Surau KOA Peroi Perlukan PA System baru..
06/08/2026

Teruskan menyumbang.. Surau KOA Peroi Perlukan PA System baru..

Update kutipan dana utk membeli PA System baru utk Surau Kg. Org Asli, Peroi, Sg. Siput..
04/08/2026

Update kutipan dana utk membeli PA System baru utk Surau Kg. Org Asli, Peroi, Sg. Siput..

Ini bukan sekadar PA System yang rosak.Ini tentang suara azan yang perlu terus berkumandang. Tentang bacaan al-Quran yan...
24/07/2026

Ini bukan sekadar PA System yang rosak.

Ini tentang suara azan yang perlu terus berkumandang. Tentang bacaan al-Quran yang perlu terus didengari. Tentang kelas agama, tazkirah dan majlis ilmu yang tidak sepatutnya terhenti hanya kerana sebuah sistem pembesar suara sudah uzur.

Surau KOA Peroi, Sungai Siput telah beberapa minggu berdepan masalah PA System yang rosak. Sepanjang tempoh itu, urusan ibadah dan program surau menjadi terbatas.

Hari ini kami membuka ruang kepada sesiapa yang ingin berkongsi rezeki.
Mungkin kita tidak mampu menjadi imam.
Mungkin kita tidak mampu memberi tazkirah.

Tetapi kita mampu membantu memastikan setiap kalimah yang disampaikan dapat didengari dengan jelas.
Setiap sumbangan, tidak kira besar atau kecil, membawa manfaat yang akan digunakan setiap hari, insya-Allah.
Semoga setiap kali azan dilaungkan, setiap ayat al-Quran dibaca, setiap kuliah disampaikan melalui sistem yang baharu nanti, Allah mengalirkan pahala berterusan kepada semua yang turut membantu.

Dana Penggantian PA System
Surau KOA Peroi, Sungai Siput

Marilah bersama-sama kita merealisasikan keperluan ini.

PA system Surau An-Nur KOA Peroi perlu diganti segera.. Jom sama2 bantu..
12/07/2026

PA system Surau An-Nur KOA Peroi perlu diganti segera.. Jom sama2 bantu..

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Iktikaf posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kembara Iktikaf:

Shortcuts

Share