02/07/2024
Hai semua! 😄
Siapa s**a makan manis-manis? 🍭🍫 Memang seronok kan, tapi korang tahu tak ada beberapa makanan yang boleh merosakkan gigi kita? Jom kita bincang sikit tentang 3 makanan yang paling 'berbahaya' untuk gigi dan apa kesan buruknya. Jangan risau, bukan nak larang makan, cuma nak bagi info je. 😉
1. Gula-gula keras dan getah
Gula-gula keras boleh menyebabkan gigi kita retak atau patah, manakala gula yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan kaviti jika tidak dibersihkan dengan baik. Tambahan pula,gula gula yang melekat pada gigi kita memakan masa yang lama untuk larut lalu mendedahkan gigi kepada kerosakan.
2. Makanan manis dan melekit
Makanan ini cenderung melekat pada gigi dan s**ar dibersihkan, yang boleh menyebabkan pembentukan plak dan akhirnya kaviti. Hadkan benda-benda manis dan apabila anda memakannya, segerakan memberus gigi selepas selesai untuk mengurangkan kerosakan.
3. Minuman berasid / bersoda
Minuman ini mengandungi asid dan gula yang tinggi, yang boleh menghakis enamel gigi, menyebabkan gigi menjadi lemah dan mudah berlubang. ika anda ingin minum sesuatu selain daripada air, cari jenama yang tiada gula tambahan atau cuba tambahkan potongan buah atau sayur, seperti tembikai atau timun, ke dalam air kosong untuk perasa segar yang kurang merosakkan.
Jadi, apa pendapat korang? Ada tak makanan yang korang s**a tapi rupanya boleh merosakkan gigi? Share sikit kat komen, dan jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan gigi! 🦷✨
Stay happy, stay healthy! 💖