
29/09/2024
Gambar ini menceritkan anak SYURGA yang menarik ibunya bersama menuju Syurga π
Anak OKU ini ditemui meninggal dunia dicelah kelapa sawit dalam banjir. Ibunya masih belum ditemui.
Sahabat kami Khairul Anuar Mat Noor yang anaknya satu kelas PPKI dengan mangsa, menceritakan mangsa berasal dari keluarga susah - kawasan dilanda banjir adalah perkampungan keluarga paling miskin di Kuala Nerang.
"...dah tak ada lagi Rosman nak memasak untuk kami...π " - kata anak sahabat saya ni.
Ibunya seorang ibu tunggal (juga seorang OKU) struggle membesarkan anak OKU ini dalam keadaan miskin, berniaga jual ikan pekasam. Mereka berjalan dari rumah ke rumah jual pekasam tolong mak berniaga. Berjuang habiskan persekolahan anak pendidikan khas ini hingga akhir tahun.
Ramai saksi bercerita, mereka jerit panggil dua beranak ni patah balik selepas beli nasi lemak, tapi kelihatan macam pasangan anak beranak tu tak endah dan terus redah menuju ke dalam banjir menuju ke rumah. Macam dah nampak 'arah' mereka π
Salam Takziah dan bersama sedekahkan Al Fatihah buat mereka. Didoakan semoga ibunya ditemui dengan selamat.
Kredit: Shuhaimi Zulkefli